WorksheetsBM Tahun 6 - Kata Ganda
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Menurut nenek saya, pada masa dahulu semua tilam dan bantal dirumahnya dibuat sendiri menggunakan __________.
kebuan
kekabu
kabu-kabuan
kekabu-kekabu
Puan Letchumi memilih __________ yang terbaik untuk menyediakan hidangan istimewa itu.
rempah-ratus
rempah-rempahan
rempah-rempuh
rerempah
Sekumpulan lelaki ditahan pihak berkuasa ketika menyeludup __________ itu keluar dari hutan simpan tersebut.
saki-baki
lauk-pauk
rumput-rampai
kayu-kayuan
__________ ialah satu keratan kayu yang dipakukan pada tiang bagi menyangga sesuatu.
Jejari
Sesiku
Kekisi
Tetupai
__________ berterbangan apabila __________ di tengah sawah itu bergoyang ditiup angin.
Burung-burung ... sesibur
Unggas-unggas ... orang-orang
Serangga-serangga ... pepatung
Layang-layang ... jejari
Pekerja itu sedang memasang __________ jendela di rumah pak cik Jahidin.
tetupai
pepapan
sesangga
kekisi
Orang ramai __________ di Dataran Merdeka untuk menyaksikan persembahan kumpulan itu.
bersesak-sesak
berlumba-lumba
bertarik-tarik
berbual-bual
Sampan yang dinaiki oleh nelayan itu __________ dialun ombak.
kucar-kacir
lintang-pukang
terpontang-panting
terumbang-ambing
Yuna akan mengambil masa yang lama untuk __________ sebelum pergi ke sekolah.
beria-ia
bersiap-siap
kelam-kabut
tertunggu-tunggu
Mata Vijay hanya __________ semasa dimarahi gurunya kerana ponteng kelas.
tercuit-cuit
teresak-esak
terkebil-kebil
tersedak-sedak
