wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGAWETAN MAKANAN

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Makanan menjadi rosak disebabkan oleh_____________________________ yang bertumbuh dalam makanan.

a)

udara

b)

serangga

c)

air

d)

tindakan mikroorganisma

2.

Pengawetan makanan ialah

a)

proses penyediaan makanan yang berkhasiat

b)

proses mengekalkan zat-zat makanan

c)

kaedah pemprosesan makanan yang boleh menghalang atau melambatkan proses hidup mikroorganisma

3.

Tujuan pengawetan makanan ialah

a)

supaya makanan sentiasa kekal segar.

b)

supaya makanan menjadi lebih berkhasiat

c)

supaya lebih tahan lama dan tidak mudah rosak.

4.

Kepentingan Teknologi Pengawetan Makanan ialah

a)

memudahkan makanan disimpan dan mudah diangkut untuk dipasarkan ke tempat lain

b)

makanan menjadi murah

c)

makanan menjadi lebih sedap

5.

Pempasteuran ialah

a)

Proses pemanasan makanan sehingga suhu tertentu untuk beberapa ketika dan diikuti dengan pendinginan segera

b)

mengeringkan makanan dengan cara mengasapnya untuk satu tempoh yang agak lama

c)

Proses menyalut buah dan sayuran dengan lilin cair untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma di permukaannya.

6.

Pembungkusan vakum ialah

a)

Proses mengeluarkan semua udara daripada bekas atau pembungkus makanan.

b)

Kaedah mengeluarkan atau menyingkirkan kebanyakan air daripada makanan.

c)

Proses merendam makanan di dalam cuka, larutan gula dan garam.

7.

Pelilinan ialah

a)

Kaedah menyimpan makanan pada suhu takat beku

b)

Proses menyalut buah dan sayuran dengan lilin cair untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma di permukaannya

c)

Kaedah mengeluarkan atau menyingkirkan kebanyakan air daripada makanan

8.

Penyalaian ialah

a)

Proses menyalut buah dan sayuran dengan lilin cair untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma di permukaannya

b)

Kaedah mengeringkan makanan dengan cara mengasapnya untuk satu tempoh yang agak lama.

c)

Proses pemanasan makanan sehingga suhu tertentu untuk beberapa ketika dan diikuti dengan pendinginan segera

9.

Penjerukan ialah

a)

Proses merendam makanan di dalam cuka, larutan gula dan garam.

b)

Proses mengeluarkan semua udara daripada bekas atau pembungkus makanan.

c)

Kaedah mengeluarkan atau menyingkirkan kebanyakan air daripada makanan.

10.

Pengeringan ialah

a)

Menggunakan garam bagi menyingkirkan kelembapan pada makanan.

b)

Kaedah mengeluarkan atau menyingkirkan kebanyakan air daripada makanan.

c)

Kaedah mengeringkan makanan dengan cara mengasapnya untuk satu tempoh yang agak lama.

11.

Antara berikut yang manakah BUKAN faktor pertumbuhan mikroorganisma?

a)

Nutrien

b)

Air

c)

Keasidan yang tinggi

d)

Suhu yang sesuai

12.

Antara makanan berikut, yang manakah paling cepat rosak?

a)
b)
c)
d)
13.

Mikroorganisma akna menjadi TIDAK AKTIF apabila disimpan di dalam

a)

Peti sejuk

b)

Almari lauk

c)

Beg

d)

Bekas

14.

Antara berikut , yang manakah boleh diawet dengan cara yang sama seperti rajah di atas?

a)

Ikan

b)

Buah belimbing

c)

Mihun kering

d)

Kismis

15.

Kenapakah telur masin terasa sangat masin?

a)

Kerana disaluti tepung.

b)

Kerana disaluti cuka.

c)

Kerana disaluti gula.

d)

Kerana disaluti garam.

16.

Berikut adalah beberapa kaedah Pengawetan Makanan kecuali

a)

Pendinginan

b)

Penyejukbekuan

c)

Penyejukdinginan

d)

Pengeringan

17.

Apakah cara pengawetan yang sesuai bagi buah ini ?

a)

Penyejukbekuan

b)

Pelilinan

c)

Pemasinan

d)

Pengeringan

18.

Makanan di dalam gambar sesuai menggunakan kaedah pengawetan secara....

a)

Pendinginan

b)

Penyejukbekuan

c)

Pendinginbekuan

d)

Pempasteuran

19.

Bagaimanakah cara untuk mengelakkan makanan di dalam gambar ini rosak?

a)

Penjerukan

b)

Pempasteuran

c)

pendinginan

d)

Penyejukbekuan

20.

Berapa suhu yang diperlukan semasa proses pendidihan?

a)

70˚C

b)

90˚C

c)

100˚C

d)

120˚C