wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

4.2 Persekutuan Tanah Melayu

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 1 Februari 1948 bagi menggantikan...

a)

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

b)

Perjanjian Malayan Union

c)

Perjanjian Negeri-Negeri Selat

d)

Perjanjian Persekutuan Malayan

2.

Sokongan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua juga telah mendorong British membentuk Persekutuan Tanah Melayu.

Antara pegawai British tersebut termasuklah...

a)

Sir Edward Gent

b)

Sir Ralph Hone

c)

Sir Frank Swettenham

d)

Sir Theodore Adams

3.

Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union di bawah pimpinan...

a)

Dr. Burhanuddin al-Helmy

b)

Dato' Onn Ja'afar

c)

Dato' Abdul Rahman Muhammad Yasin

d)

Dato' Nik Ahmed Kamil

4.

Bantahan besar-besaran orang Melayu terhadap Malayan Union turut disokong oleh pegawai tinggi British iaitu

a)

A. T Newboult

b)

Sir Edward Gent

c)

Sir Cecil Clementi

d)

Sir Ralph Hone

5.

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu merupakan satu langkah yang sesuai ke arah mencapai hasrat PBB. Antara hasrat PBB ialah...

a)

tidak menggalakkan penjajahan baru

b)

memerdekakan tanah jajahan

c)

menggalakkan penjajahan baru

d)

memberi latihan bekerja sendiri

6.

Mengapakah orang dagang menentang cadangan Persekutuan Tanah Melayu1948?

I Kerana melaksanakan dasar yang menyokong orang Melayu

II Kerana Jawatankuasa Eksekutif tidak diwakili orang dagang

III Kerana Tanah Melayu tidak berkonsepkan sebuah republik

IV Kerana cadangan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 tidak demokratik

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

7.

Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?

I Gabungan sembilan Negeri Melayu dan dua Negeri Selat

II Singapura termasuk dalam pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948

III Pesuruhjaya Tinggi British mengetuai pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu

IV Konsep Raja Berperlembagaan diterima sebagai institusi dalam pentadbiran

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

8.

Sikap sederhana orang Melayu dalam menentang Malayan Union telah mendorong British menerima kehendak mereka. Sikap sederhana ini antaranya ditunjukkan dengan...

a)

menuntut kemerdekaan

b)

menggunakan senjata api

c)

membuat provokasi

d)

berdemonstrasi

9.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 antara Raja-Raja Melayu dengan British di King's House, Kuala Lumpur.

Antara ciri-ciri utama perjanjian tersebut ialah

a)

Raja Melayu menjaga kedudukan istimewa orang Melayu

b)

konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan

c)

kerakyatan yang sama rata

d)

Singapura disatukan dengan Tanah Melayu

10.

Dalam sistem pentadbiran, Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh

a)

Majlis Raja-Raja

b)

Majlis Perundangan Negeri

c)

Majlis Eksekutif Negeri

d)

Pesuruhjaya Tinggi British