NEW
Font size
WorksheetsPerbendaharaan kata (Tatabahasa)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Hujan lebat selama dua hari menyebabkan air sungai Tembeling melimpah sehingga __________________ paras bahaya.
menembusi
melepasi
melintasi
merentasi
Puan Dahlia ______________ meja yang berhabuk itu dengan sehelai kain tuala.
menggilap
menggosok
mengusap
mengipas
____________ seseorang pelajar sewaktu mengulang kaji pelajaran membolehkannya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan.
Kecekapan
Ketabahan
Ketekunan
Ketelitian
Mereka sedang ______________ barangan makanan dari lori untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa kebakaran.
memuat
mengubah
memungut
memunggah
Sejak bertugas di luar negara, Encik Malik dan keluarganya tidak ___________ tentang perkembangan yang berlaku di kampung halaman mereka.
tahu-menahu
tanya-menanya
kenal-mengenal
tengok-menengok
Sebelum tempat itu diserbu, beberapa anggota polis melakukan __________ di kawasan tersebut.
lawatan
risikan
intipan
tilikan
Kamilia __________ke sekolah kerana sudah lewat.
tercungap-cungap
terkocoh-kocoh
terketar-ketar
terkial-kial
Ketika kami sedang menunggu buah durian gugur di kebun datuk, kedengaran ________________ suara harimau mengaum.
jauh-jauh
jelas-jelas
sayup-sayup
samar-samar
Untuk mengetahui punca kematian beberapa ekor orang utan di pusat pemeliharaan itu, suatu ______________ akan dijalankan oleh beberapa pakar dari luar negara.
penelitian
penyiasatan
penyelidikan
pemeriksaan
Adik menangis setelah tali layang-layangnya terputus lalu ___________ ke dalam tasik itu.
terjatuh
terjunam
terbenam
terhempas
Kakak __________ kulit buah kiwi itu sebelum memakannya.
mengopak
menyiat
mengupas
memenggal
Irina menggunakan garpu untuk _______________ daging bakar itu.
merodok
mencucuk
menetak
menusuk
Anak-anak ayam itu ______________ makanan yang bertaburan di tanah.
mengerit
mencatuk
menggigit
melulur
Siew Bee ________________ lantai kotor itu dengan air sebelum memberusnya.
merenjis
merendam
menyiram
menyimbah
Lori itu _______________ ke dalam sungai setelah bertembung dengan sebuah bas.
terjatuh
tercampak
terkandas
terhumban
Tindakan yang ________________ perlu diambil terhadap murid-murid yang terlibat dalam kes buli.
benar
keras
patut
kuat
Samad sudah biasa dengan suasana _______________ di pasar borong itu.
huru-hara
kucar-kacir
hiruk-pikuk
lintang-pukang
Kebanyakan kejadian kebakaran berpunca daripada _____________ orang ramai menjaga keselamatan.
kecuaian
kelupaan
kelekaan
kealpaan
Warna pakaian itu menjadi pudar setelah lama ________________ kepada cahaya matahari.
tersinar
terampai
terdedah
terbentang
Pemenang utama pertandingan cerpen itu telah ________________ dengan pelbagai soalan oleh para wartawan.
dihujani
dilempari
diusulkan
dikemukakan
