Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pembentukan Bayang-bayang

Total questions: 22

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

K, L , M dan N adalah objek yang berlainan.


K- Buku

L- Pensil

M- Kepingan Kaca

N- Bola


Objek-objek manakah yang akan membentuk bayang-bayang apabila disinari cahaya?

a)

K dan M

b)

L dan M

c)

K, L dan M

d)

K, L dan N

2.

Gambar rajah diatas menunjukkan pembentukan bayang-bayang. Pada kedudukan manakah bayang-bayang menjadi lebih besar?

a)

P

b)

Q

c)

R

3.

Saiz bayang-bayang akan berkurang apabila jarak objek dengan sumber cahaya............................

a)

Berkurang

b)

Sama

c)

Bertambah

4.

Apakah yang akan berlaku pada saiz bayang-bayang apabila skrin bergerak mendekati bola?

a)

Saiz bayang-bayang bertambah

b)

Saiz bayang-bayang berkurang

c)

Saiz bayang-bayang tiada perubahan

d)

Tiada bayang-bayang yang terbentuk

5.

Antara berikut, yang manakah contoh sumber cahaya?

a)

Cahaya matahari

b)

Lampu suluh

c)

Radio

d)

Petroleum

6.

Bagaimanakah bayang-bayang terbentuk?

a)

Pantulan cahaya dari objek yang boleh memantulkan cahaya dengan baik

b)

Apabial cahaya terhalang oleh suatu objek legap

c)

Apabila cahaya bergerak dari medium berbeza

7.

Antara berikut yang manakah bayang-bayang bagi objek berikut?




a)
b)
c)
8.

Antara berikut yang manakah mempengaruhi saiz bayang-bayang

a)

Kedudukan sumber cahaya

b)

Jarak antara objek dengan skrin

c)

Jarak antara objek dengan sumber cahaya

d)

Jenis cahaya

9.

Apakah yang berlaku apabila jarak antara objek dengan sumber cahaya di dekatkan?

a)

Saiz bayang-bayang lebih besar

b)

Saiz bayang-bayang lebih kecil

c)

Saiz bayang-bayang tidak berubah

10.

Antara berikut yang manakah mempengaruhi saiz bayang-bayang

a)

Kedudukan sumber cahaya

b)

Jarak antara objek dengan skrin

c)

Jarak antara objek dengan sumber cahaya

d)

Jenis cahaya

11.

Antara yang berikut, yang manakah mempengaruhi bentuk bayang yang dihasilkan?

a)

Jarak antara objek dengan sumber cahaya

b)

Kedudukan lampu suluh dan orientasi objek

c)

Jarak antara objek dengan skrin

d)

Kedudukan skrin

12.

Khalish menjalankan eksperimen untuk menguji saiz bayang seperti di dalam Rajah. Apakah yang perlu dilakukan oleh Amin supaya bayang yang terhasil menjadi lebih besar?

a)

Dekatkan patung beruang dengan skrin

b)

Ubah kedudukan objek sedikit senget

c)

Dekatkan patung beruang dengan lampu suluh

d)

Jauhkan patung beruang dengan lampu suluh

13.

Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya objek yang berada di antara lampu dan skrin digerakkan mendekati skrin.

a)

Saiz bayang menjadi lebih kecil

b)

Saiz bayang menjadi lebih besar

c)

Saiz bayang tidak berubah

d)

Bentuk bayang berubah

14.

Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya objek yang berada di antara lampu dan skrin digerakkan menjauhi skrin.

a)

Saiz bayang menjadi lebih kecil

b)

Saiz bayang menjadi lebih besar

c)

Saiz bayang tidak berubah

d)

Bentuk bayang berubah

15.

Khalish menjalankan eksperimen untuk menguji saiz bayang seperti di dalam Rajah. Apakah yang perlu dilakukan oleh Amin supaya bayang yang terhasil menjadi lebih kecil?

a)

Dekatkan patung beruang dengan skrin

b)

Ubah kedudukan objek sedikit senget

c)

Dekatkan patung beruang dengan lampu suluh

d)

Jauhkan patung beruang dengan lampu suluh

16.

Inas menjalankan satu eksperimen. Dia meletakkan lampu sulu di hadapan sebiji muk. Bayang yang terhasil adalah seperti di dalam Rajah. Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya dia meletakkan lampu suluh di sisi muk tersebut.

a)

Bayang menjadi lebih besar

b)

Bayang menjadi lebih kecil

c)

Bentuk bayang tidak berubah

d)

Bentuk bayang berubah

17.

Seorang murid telah meletakkan sekeping kertas yang telah digunting mebentuk corak di hadapan lampu suluh. Bentuk bayang yang terhasil adalah seperti di dalam rajah. Apakah yang perlu dia lakukan untuk mendapat bentuk bayang yang berlainan dari yang diperolehnya sekarang

a)

Dekatkan lampu suluh

b)

Jauhkan objek dari skrin

c)

Ubah kedudukan objek

d)

Jauhkan skrin

18.

Sekumpulan murid dari 5 Vega telah menjalankan satu penyiasatan untuk menyiasat kaitan antara jarak antara objek dan lampu suluh. W adalah jarak antara lampu suluh dengan objek.Pada mulanya W adalah sejauh 30 cm dan saiz bayang adalah seperti di dalam rajah. Mereka kemudiannya mengubah W menjadi 20 cm dan seterusnya diubah pula menjadi 10 cm. Ramalkan saiz bayang yang terhasil.

a)

Saiz bayang menjadi semakin kecil

b)

Saiz bayang menjadi semakin besar

c)

Saiz bayang tidak berubah

19.

Sekumpulan murid dari 5 Vega telah menjalankan satu penyiasatan untuk menyiasat kaitan antara jarak antara objek dan lampu suluh. W adalah jarak antara lampu suluh dengan objek.Pada mulanya W adalah sejauh 30 cm dan saiz bayang adalah seperti di dalam rajah. Mereka kemudiannya mengubah W menjadi 20 cm dan seterusnya diubah pula menjadi 10 cm. Apakah pemboleh ubah dimanipulasi bagi penyiasatan ini?

a)

Jarak antara lampu suluh dan objek

b)

Jarak antara lampu suluh dan skrin

c)

Saiz bayang

d)

Saiz objek

20.

Sekumpulan murid dari 5 Vega telah menjalankan satu penyiasatan untuk menyiasat kaitan antara jarak antara objek dan lampu suluh. W adalah jarak antara lampu suluh dengan objek.Pada mulanya W adalah sejauh 30 cm dan saiz bayang adalah seperti di dalam rajah. Mereka kemudiannya mengubah W menjadi 20 cm dan seterusnya diubah pula menjadi 10 cm. Apakah pemboleh ubah bergerak balas bagi penyiasatan ini?

a)

Jarak antara lampu suluh dan objek

b)

Jarak antara lampu suluh dan skrin

c)

Saiz bayang

d)

Saiz objek

21.

Sekumpulan murid dari 5 Vega telah menjalankan satu penyiasatan untuk menyiasat kaitan antara jarak antara objek dan lampu suluh. W adalah jarak antara lampu suluh dengan objek.Pada mulanya W adalah sejauh 30 cm dan saiz bayang adalah seperti di dalam rajah. Mereka kemudiannya mengubah W menjadi 20 cm dan seterusnya diubah pula menjadi 10 cm. Apakah pemboleh ubah dimalarkan bagi penyiasatan ini?

a)

Jarak antara lampu suluh dan objek

b)

Jarak antara objek dan skrin

c)

Saiz bayang

d)

Saiz objek

22.

Sekumpulan murid dari 5 Vega telah menjalankan satu penyiasatan untuk menyiasat kaitan antara jarak antara objek dan lampu suluh. W adalah jarak antara lampu suluh dengan objek.Pada mulanya W adalah sejauh 30 cm dan saiz bayang adalah seperti di dalam rajah. Mereka kemudiannya mengubah W menjadi 20 cm dan seterusnya diubah pula menjadi 10 cm. Apakah hipotesis yang boleh dibuat bagi penyiasatan ini?

a)

Untuk menyiasat hubungan antara jarak antara objek dan lampu suluh dengan saiz bayang

b)

Semakin bertambah jarak antara objek dengan lampu suluh semakin berkurang saiz bayang

c)

Semakin bertambah saiz bayang semakin bertambah jarak objek dengan lampu suluh

d)

Semakin bertambah jarak lampu suluh dengan skrin semakin berkurang saiz bayang