WorksheetsUlangkaji Perniagaan Tingkatan 4 Bab 1 - 2
Total questions: 60
Worksheet time: 2hrs 0mins
Apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan?
Aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan antara penjual dengan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
Aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan antara penjual dengan pembeli bagi memenuhi keperluan pengguna.
Aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan antara penjual dengan pembeli bagi memenuhi kehendak pengguna.
Aktiviti yang melibatkan import dan eksport antara penjual dengan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
Komponen manakah yang berkaitan dengan konsep asas perniagaan?
I Melakukan pertukaran nilai
II Melatih tenaga kerja mahir
III Menyediakan barang dan perkhidmatan
IV Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Maklumat berikut adalah berkaitan dengan perniagaan yang dimiliki oleh Puan Rina.
Puan Rina adalah lepasan Diploma Pengajian Perniagaan dari Universiti Malaysia Sarawak yang berminat untuk menubuhkan sebuah perniagaan berasaskan bakeri. Puan Rina hanya mempunyai modal yang kecil hasil simpanan sendiri dan pinjaman daripada saudara mara dan rakan-rakannya. Di samping itu, Puan. Rina mempunyai masalah kerana pengalaman dan kepakaran amat terhad dalam bidang perniagaan.
Merujuk kepada maklumat di atas, cadangkan nama jenis milikan perniagaan yang patut diceburi oleh Puan Rina ialah___________.
A Kedai Bakeri Rina
B Bakeri Rina dan Rakan-Rakan
C Bakeri Rina Sendirian Berhad.
D Bakeri Rina Berhad
Puan Wong adalah satu-satunya pemilik perniagaan Restoran Makanan Laut Song. Puan Wong berhak mengawal keseluruhan operasi perniagaan restorannya dan arahan kepada pekerja hanya datang daripada Puan. Wong sahaja. Jenis milikan perniagaan yang dimiliki Puan Wong ialah________.
A Syarikat Berhad
B Koperasi
C Milikan Tunggal
D Perkongsian
Perniagaan manakah yang merupakan perkongsian?
A Kedai Runcit Ali
B Restoran Said dan Sheikh
C Koperasi Kg Gelam Berhad
D Syarikat JKB Sdn Bhd
Maklumat berikut adalah berkaitan dengan sejenis rakan kongsi.
Encik Jeffery tidak menyumbangkan sebarang modal
kepada perniagaan perkongsian yang disertainya. Beliau hanya membenarkan namanya disenaraikan sebagai pekongsi. Beliau tidak mengambil bahagian secara aktif dalam pengurusan syarikat tetapi turut menanggung liabiliti perkongsian.
Berdasarkan maklumat tersebut, Encik Jeffery adalah …
A Rakan Kongsi Aktif
B Rakan Kongsi Nominal
C Rakan Kongsi Berhad
D Rakan Kongsi Lelap / Tidur
Apakah kelebihan perkongsian liabiliti terhad (PLT) berbanding dengan perkongsian berhad?
I Mudah diuruskan
II Mudah ditubuhkan
III Hayat perkongsian yang berterusan
IV Semua rakan kongsi mempunyai tanggungan terhad
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Encik Benedict dan rakan-rakannya Encik Alfred dan Encik Mathias telah menubuhkan satu perniagaan perkongsian iaitu Perniagaan Perabot BAM. Encik Mathias telah menghadapi masalah kewangan dan diisytiharkan muflis. Masalah kewangan Encik Mathias telah menyebabkan Perniagaan Perabot BAM _________.
A membantu masalah kewangan Encik Mathias
B tiada apa-apa kesan
C membuka permohonan pemindahan syer Encik Mathias kepada pekongsi lain
D terpaksa dibubarkan
Apakah faktor utama yang mendorong peniaga untuk mengambil tindakan dari Milikan Tunggal berubah keada Syarikat Sendirian Berhad?
A Supaya pengurusan bermbah mantap
B Operasi perniagaan dapat dipertingkatkan
C Dapat menambahkan kawalan perniagaan
D Supaya dapat menjimatkan pembayaran cukai
Antara berikut yang manakah benar tentang kelebihan Syarikat Awam Berhad?
I Modal lebih besar
II Liabiliti terhad
III Menikmati ekonomi bidangan
IV Beban cukai yang tinggi
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Apakah maksud koperasi?
A Sebuah organisasi perniagaan yang ditubuhkan oleh sekumpulan individu secara sukarela
B Sebuah organisasi perniagaan yang ditubuhkan oleh kerajaan pusat
C Sebuah organisasi perniagaan yang ditubuhkan oleh syarikat berhad
D Sebuah organisasi perniagaan yang ditubuhkan oleh sekumpulan pertubuhan dunia
Bilangan ahli maksimum dalam jenis milikan koperasi ialah
A 50 orang
B 100 orang
C 20 orang
D Tiada had maksimum
Berdasarkan gambar di atas, apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?
A Milikan tunggal
B Francais
C Syarikat Awam Berhad
D Koperasi
Antara yang berikut, yang manakah kelebihan usaha sama?
I Dapat meningkatkan keuntungan
II Risiko perniagaan dapat dikurangkan
III Dapat mengelakkan berlakunya konflik
IV Mudah untuk mendapat pelbagai sumber
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Apakah kelebihan perniagaan berskala tempatan?
I Saiz pasaran adalah kecil
II Menikmati ekonomi bidangan
III Tidak melibatkan operasi yang besar
IV Kos yang ditanggung adalah rendah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Antara yang berikut yang manakah merupakan peranan kerajaan untuk menangani masalah perniagaan?
I Dasar pembangunan
II Dasar fiskal
III Dasar kewangan
IV Dasar pendidikan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan satu langkah kerajaan untuk menangani masalah perniagaan.
§ Merupakan satu langkah kerajaan untuk mengubah perbelanjaan kerajaan dan struktur percukaian.
Apakah langkah tersebut?
A Dasar pendidikan
B Dasar fiskal
C Dasar kewangan
D Dasar pembangunan
Semasa inflasi, Bank Pusat akan menjalankan dasar kewangan menguncup. Apakah yang akan dilakukan oleh Bank Pusat?
I Meningkatkan kadar bunga
II Menurunkan kadar bunga
III Menambahkan penawaran wang
IV Mengurangkan penawaran wang
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Akta manakah yang bertujuan melindungi kepentingan pengguna?
A Akta Syarikat 1965
B Akta Perkongsian 1961
C Akta Perihal Dagangan 1972
D Akta Perhubungan Industri 1967
Agensi kerajaan manakah yang terlibat dalam pemberian bantuan kewangan kepada para peniaga.
A MARA
B MARDI
C FELDA
D SIRIM
Agensi X terlibat dalam penyediaan kursus dan latihan keusahawanan kepada para peniaga tempatan
Apakah agensi X?
A MPC
B MARDI
C SIRIM
D FELDA
· Memastikan keluaran menepati piawaian yang ditetapkan
· Memastikan produk tidak menyeleweng dari segi kualiti yang ditetapkan
· Aktiviti penyelidikan membantu dalam pembangunan dan perubahan teknologi
Apakah agensi berkenaan?
A MPC
B MARDI
C SIRIM
D FELDA
Pernyataan manakah yang benar tentang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
A PBT melaksanakan tanggungjawab sosial
B PBT ditubuhkan di bawah Enakmen Negeri
C PBT melaksanakan aktiviti perniagaan tempatan
D PBT memainkan peranan penting melatih para peniaga tempatan
Apakah peranan yang dimainkan oleh MATRADE?
A Mempromosikan produk keluaran tempatan di luar negara
B Menyediakan pembiayaan kepada para usahawan kecil
C Menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang pertanian
D Menyediakan latihan keusahawanan kepada para usahawan tempatan
· Ekonomi negara meleset
· Perniagaan mengalami kejatuhan dalam pendapatan
· Majikan terpaksa mengurangkan bilangan pekerja
Apakah jenis pengangguran berkenaan?
A Pengangguran kitaran
B Pengangguran struktur
C Pengangguran teknologi
D Pengangguran bermusim
Apakah maksud inflasi?
A Satu fenomena lambakan barang dan perkhidmatan di pasaran
B Satu fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
C Satu keadaan di mana harga barang menurun akibat pengeluaran berlebihan
D Satu keadaan di mana permintaan untuk barang dan perkhidmatan jatuh mendadak
Apakah yang dimaksudkan dengan Trend Persekitaran Perniagaan?
A Berlaku disebabkan keadaan ekonomi negara
B Dasar pemerintahan oleh kerajaan
C Suatu arah aliran perkembangan sesuatu perniagaan
D Merupakan arah perniagaan yang berdaya maju
Antara berikut yang manakah benar tentang pasaran untuk semua?
A Berkaitan dengan permintaan dan penawaran semua jenis produk seperti makanan, pelancongan dan perumahan.
B Berkaitan dengan jual beli saham dan sekuriti, pertukaran wang asing, pinjaman dan pelaburan.
C berbentuk perbankan yang memberikan bantuan modal
D Produk yang dikeluarkan adalah untuk ditawarkan kepada semua pengguna seperti sabun pencuci dan sos tomato.
Majikan terlalu memberi ruang atau kebebasan kepada pekerja mereka. Hal ini mewujudkan masalah tingkah laku pekerja yang sukar dikawal dan menyebabkan organisasi gagal mencapai prestasi.dan matlamat yang telah ditetapkan.
Apakah gaya pengurusan yang sesuai bagi situasi berikut?
A Gaya pengurusan sokongan
B Gaya pengurusan autokratik
C Gaya pengurusan sederhana
D Gaya pengurusan laissez-faire
Antara yang berikut, yang manakah merupakan organisasi bermotifkan untung?
I.Majlis Belia Malaysia
II.Syarikat Pertiwi KK. Sdn Bhd
III.Kedai Makanan Sedap Mak Sami
IV.Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Apakah Carta GANTT?
Carta yang menunjukkan masa permulaan bagi beberapa aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek.
Carta yang menunjukkan tempoh matang bagi beberapa aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek.
Carta yang menunjukkan jenis aktiviti yang dirancang dengan tempoh yang masa telah ditetapkan.
Carta yang menunjukkan tarikh yang dirancang dan sebenar bagi beberapa aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek.
Restoran Makanan Laut Siti ingin meningkatkan keuntungan sebanyak 25% dalam masa setahun.
Apakah ciri-ciri SMART yang terdapat dalam objektif Restoran Makanan Laut Siti?
Ringkas
Munasabah
Boleh diukur
Boleh dicapai
Encik Ibrahim telah menubuhkan sebuah perniagaan yang menjual baju kurung di Cheras, Kuala Lumpur pada 14 Ogos 2016.
Apakah misi yang sesuai bagi perniagaan Encik Ibrahim?
Menjual baju kurung yang menepati cita rasa tempatan
Menjadi sebuah perniagaan yang popular di Kuala Lumpur
Melahirkan pekerja yang mahir dalam membuat baju kurung
Mencapai jualan sebanyak 2000 helai baju kurung dalam setiap bulan
Apakah maksud Titik Pulang Modal?
Kaedah yang digunakan untuk menentukan jumlah yang diterima bersamaan dengan jumlah wang yang dibelanjakan
Kaedah yang digunakan untuk menentukan jumlah hasil yang diterima bersamaan dengan jumlah kos yang ditanggung
Kaedah yang digunakan untuk menentukan jumlah modal yang diperlukan untuk mengeluarkan sesuatu produk atau perkhidmatan
Kaedah yang digunakan untuk menentukan jumlah kos berubah bersamaan dengan jumlah kos tetap
Apakah maksud pertumbuhan perniagaan?
Menghasilkan barang dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi
Mengurangkan kos perbelanjaan untuk mencapai matlamat organisasi
Meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan
Menambahkan hasil dari semasa ke semasa untuk mencapai matlamat organisasi
Pernyataan yang manakah merupakan konsep kecekapan?
Memaksimumkan hasil dengan kos yang minimum
Meminimumkan kos dengan pengeluaran output yang maksimum
Memaksimumkan hasil dengan pengeluaran output yang maksimum
Memaksimumkan hasil dengan meningkatkan harga barang yang dijual
Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor sebuah perniagaan bertahan dalam industri?
i.Kewangan
ii.Pengeluaran
iii.Ekonomi negara
iv.Sumber manusia
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah yang dimaksudkan sampel dalam jualan?
harga barang diturunkan pada musim tertentu seperti musim perayaan
Pengurangan harga daripada harga asal berdasarkan peratus yang ditentukan
Pemberian satu contoh produk yang diberikan kepada pengguna secara percuma
melayakkan pengguna tersebut memasuki sesuatu peraduan dengan menawarkan hadiah yang menarik
Antara berikut, apakah kesan kegagalan mencapai matlamat dan objektif?
I Jualan Merosot
II Gagal dalam persaingan
III Imej perniagaan terjejas
IV Pekerja berhenti kerja
I, II dan III
II, III dan IV
I, III dan IV
I, II, III dan IV
Antara berikut, apakah faktor dalaman yang mempengaruhi perubahan Visi, Misi dan Objektif dalam perniagaan?
I Teknologi
II Sosiobudaya
III Kewangan
IV Sumber Manusia
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Akta manakah yang menguatkuasakan perjanjian yang dibuat antara penjual den pembeli?
Akta kontrak 1950
Akta kawalan Bekalan 1973
Akta Perihal Dagangan 1972
Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011
Pernyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang meningkat?
Guna tenaga semakin menurun
Peniaga mengurangkan opreasi pengeluaran
Cukai yang dikutip oleh kerajaan meningkat
Jualan dan keuntungan perniagaan adalah malar
Apakah faktor luaran yang mempengaruhi perniagaan?
Sumber kewangan
Sumber manusia
Pengeluaran
Politik
Apakah matlamat utama sesebuah organisasi perniagaan?
Menguasai syer pasaran
Memaksimumkan keuntungan
Membesarkan oprasi perniagaan
Menjalankan tanggungjawab sosial
Apakah langkah yang perlu diambil oleh organisasi untuk meningkatkan keupayaan sumber manusia organisasi?
Meningkatkan pembayara gaji
Membawa masuk teknologi baharu
meningkatkan bilangan kakitangan
mengadakan latihan dan pembangunan
Pernyataan yang manakah benar tentang kos Tetap?
Kos yang ditanggung bergantung pada kuantiti produk
Kos akan meningkat apabila kos bahan mentah meningkat
Kos yang perlu ditanggung walaupun kilang tidak beroperasi
Kos elektrik dan air adalah sebahagian daripada komponen kos tetap
- Memeriksa bajet Jabatan
- Menyediakan unjuran Jualan Tunai
- Menganalisis maklumat kewangan harian
Siapakah personnel tersebut dalam bahagian kewangan?
Akauntan
Pegawai Kredit
Staf Kewangan
Pegawai Kewangan
Apakah kelebihan perniagaan perkongsian berbanding perniagaan milikan tunggal?
Tanggungan terhad
Berkongsi kepakaran
Perniagaan berterusan
Mudah membuat keputusan
- Perniagaan yang dikendalikan mengikut sistem piawaian yang ditetapkan oleh pemegang hak sesuatu jenama
- Peniaga tidak boleh melakukan sebarang inovasi tanpa kebenaran pemegang hak
Apakah bentuk perniagaan berkenaan?
Kontrak pengeluar
Usaha sama
Kedai Sejaras
Francais
Pernyataan yang manakah berkaitan dengan Guna Tenaga Penuh?
Tidak berlaku keadaan inflasi dalam ekonomi
Kadar pengangguran kurang daripada empat peratus
Ekonomi negara bakal mengalami kemelesetan
Semua orang dewasa dalam negara bekerja
Berikut cara kerajaan mengatasi sejenis pengangguran.
- Laksanakan dasar fiskal dan kewangan untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi
- Perniagaan terus dapat beroperasi dan mengelakkan pengurangan bilangan pekerja.
Apakah jenis pengangguran yang cuba diatasi oleh kerajaan?
Pengangguran bermusim
Pengangguran teknologi
Pengangguran kitaran
Pengangguran struktur
Apakah langkah yang bijak diambil oleh pengguna dalam keadaan inflasi?
Meningkatkan pembelian barangan mewah
Membeli barang semasa musim perayaan
Membuat perancangan kewangan yang terperinci
Mengurangkan perbelanjaan bagi barang keperluan
Antara yang berikut, manakah yang merupakan komponen kos berubah bagi sebuah syarikat yang menghasilkan dan menjual minuman?
I Air
II Sewa Kilang
III Gaji Pengurus
IV Gula
I dan II
I dan III
I dan IV
III dan IV
Bagaimanakah Kawalan Selepas dapat membantu sesebuah organisasi perniagaan yang menghasilkan barang industri?
Menjamin permintaan untuk barang keluaran
dapat meningkatkan jualan dan keuntungan
mengelakkan barang rosak sampai ke tangan pengguna
dapat membantu meningkatkan kepakaran pasukan pemasaran
Pernyataan manakah tujuan utama bahagian Fungsian Penyelidikan dan Pembangunan?
menghasilkan produk baharu
Ubah suai produk yang sedia ada supaya lebih bermutu
Hasilkan produk yang mampu memuaskan keperluan masyarakat
Membolehkan perniagaan menghasilkan produk yang sentiasa berdaya saing
Pernyataan manakah benar tentang OBU?
terdiri daripada pelbagai pertubuhan sukarela
menyediakan barang dan perkhidmatan percuma
bermatlamat memaksimumkan pemegang saham
didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Faktor manakah yang menentukan kemampuan perniagaan bertahan dalam industri?
Perundangan
Dasar kerajaan
Keadaan ekonomi
Kewangan yang kukuh
- Menjalankan urusan dalm organisasi
- Menguruskan rekod
- Mengendalikan mesyuarat
Apakah bahagian fungsian tersebut?
kewangan
pentadbiran
sumber manusia
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
Manakah peranan MATRADE?
promosikan produk kelauaran tempatan ke luar negara
menyediakan pembiayaan kepada paa usahawan kecil
menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang pertanian
menyediakan latihan keusahawanan kepada para usahawan tempatan
- Pengurus mengamalkan toleransi dan menjalin hubungan yang baik dengan pekerja.
Apakah gaya pengurusan tersebut?
Gaya pengurusan laissez-faire
Gaya Pengurusan autokratik
Gaya Pengurusan demokratik
Gaya pengurusan sokongan
