Font size
WorksheetsSEJARAH TING 2 (BAB 5) Kesultanan Melayu Melaka
Total questions: 25
Worksheet time: 6hrs 15mins
Apakah keistimewaan bentuk muka bumi Melaka yang sesuai dijadika benteng pertahanan?
Tanah rata
Tanah pamah
Berbukit bukau
Bergunung ganang
Bilakah bermulanya pengasasan Kesultanan Melayu Melaka?
Awal abad ke-13
Akhir abad ke-13
Awal abad ke-14
Awal abad ke-15
Apakah nilai yang dimiliki oleh Parameswara apabila memilih lokasi Sungai Bertam sebagai tapak kerajaan?
Adil
Tegas
Amanah
Bijaksana
Karya Sulalatus Salatin menyatakan salasilah Kesultanan Melayu Melaka berasal daripada ........
Raja Palembang
Raja Majapahit
Raja Acheh
Raja Pasai
Gambar diatas menunjukkan ....
Nobat
Cap mohor
Pending diraja
Mahkota
Apakah peranan Temenggung terhadap Kesultanan Melayu Melaka?
Hakim di darat
Ketua di laut
Pemungut ufti
Penasihat raja
Antara berikut yang manakah tugas Penghulu Bendahari?
Penasihat raja
Ketua di laut
Pemungut hasil
Pemungut ufti
Gambar diatas menunjukkan Hukum Kanun Melaka. Penulisannya dilakukan semasa era pemerintahan...
Sultan Muhammad Shah
Sultan Mahmud Shah
Sultan Muzaffar Shah
Sultan Alauddin Riayat Shah
Berapakah fasal yang terkandung dalam hukum kanun Melaka?
22 fasal
40 fasal
31 fasal
44 fasal
Apakah tugas kiwi terhadap Kesultanan Melayu Melaka?
Menyewa petak tempat barang
Memilih anak kapal
Menerangkan peraturan di laut
Melantik syahbandar
Negeri manakah yang tidak mengamalkan Adat Temenggung di negara kita?
Pahang
Perlis
Negeri Sembilan
Pulau Pinang
Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca di Melaka. Berapakah bilangan bahasa yang dipertuturkan dalam kalangan masyarakat ketika itu?
80
85
84
82
Apakah kerajaan yang awal menerima Islam di Alam Melayu?
Samudera-Pasai
Demak
Inderagiri
Acheh
Kapal jong merupakan pengangkutan yang digunakan oleh golongan pedagang di Melaka. Kapal tersebut dibina oleh masyarakat....
Siam
Pegu
Banda
China
Kadar cukai 3% dibayar oleh pedagang daripada?
Siam
China
Banda
Alam Melayu
Pedagang Jepun ramai menjalankan perdagangan di pelabuhan Melaka. Kedatangan mereka akan dikenakan cukai sebanyak?
6%
3%
4%
5%
Mata wang Cowrie digunakan oleh Kesultanan Melayu Melaka. Mata wang tersebut diperbuat daripada ?
Jongkah timah
Serbuk emas
Kulit siput
Perak
Rempah ratus dan tentera dibawa oleh pedagang dari ?
Majapahit
Luzon
Demak
Pegu
Apakah faktor yang membawa kepada kewujudan hubungan antara Kesultaan Melayu Melaka dengan kerajaan Pasai?
Penaklukan
Diplomatik
Naungan
Perkahwinan
Apakah bentuk hubungan yang berlaku antara Kesultanan Melayu Melaka dengan Kerajaan Gujerat?
Perkahwinan
Ketenteraan
Persahabatan
Perdagangan
Kerajaan Siam pernah melancarkan serangan ke atas Kesultanan Melayu Melaka semasa pemerintahan ?
Sultan Mahmud Shah
Sultan Muzaffar Shah
SultanMansur Shah
Sultan Alauddin Riayat Shah
Kegemilangan Kesultanan Melaka berakhir apabila Melaka dikuasai oleh Portugis. Peristiwa tersebut berlaku pada tahun ?
1511
1512
1510
1509
Portugus telah melakukan serangan ke atas Sultan Mahmud Shah pada tahun 1526 dan memusnahkan pusat pemerintahan X. Apakah pusat pemerintahan X?
Kampar
Bentan
Siak
Bengkalis
Apakah faktor berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka?
Ketiadaan semangat juang
Rakyat tidak bersatu padu
Kelemahan SultanMahmud Shah
Perebutan Takhta
Portugis menyerang Melaka sebanyak....
4 kali
2 kali
3 kali
1 kali
