wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH T4 KSSM BAB 6: 6.4 (KESAN DARURAT)

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah rancangan penempatan semula Kampung Baru merenggangkan hubungan kaum?

a)

A.Ramai orang Cina menyertai komunis

b)

B.Penguasaan komunis terhadap Kampung Baru

c)

C.Penempatan Kampung Baru didominasikan oleh kaum Cina

d)

D. Orang Melayu tidak dibenarkan tinggal di penempatan Kampung Baru

2.

Kerajaan membelanjakan sebanyak $250 ribu hingga $300 ribu sehari untuk pertahanan negara antara tahun 1948 hingga tahun 1960.

Mengapakah keadaan sedemikian berlaku?

a)

A. Menamatkan konfrontasi

b)

B. Membendung rusuhan kaum

c)

C. Menghapuskan kegiatan lanun

d)

D. Membanteras ancaman komunis

3.

Pada tahun 1952, seramai 1.2 juta orang Cina dan 80 ribu orang India telah menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu ekoran daripada syarat kewarganegaraan yang dilonggarkan.

Nilai apakah yang telah dipraktikkan oleh orang Melayu untuk mewujudkan perpaduan rakyat?

a)

A. bekerjasama

b)

B. pengorbanan

c)

C. kasih sayang

d)

D. toleransi

4.

Zaman darurat telah mendorong Sir Henry Gurney untuk menawan hati orang Cina dengan menggalakkan penubuhan parti politik berunsur tempatan.

Apakah parti berunsur tempatan yang ditubuhkan untuk orang Cina?

a)

A. DAP

b)

B.MCA

c)

C.MIC

d)

D. CLC

5.

Apakah sumbangan MCA untuk memerangi komunis?

I Mengutip derma melalui jualan loteri kebajikan

II Menyediakan senjata untuk memerangi komunis

III Mewujudkan rukun tetangga untuk menjaga keselamatan kampung baru

IV Membantu menempatkan semula 500 ribu penduduk semula ke kampung baru.

a)

A.I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

6.

Darurat menjadi faktor yang mendorong British bersedia untuk mempercepatkan kemerdekaaan Persekutuan Tanah Melayu.British berkeyakinan Persekutuan Tanah Melayu dapat menewaskan komunis melalui perpaduan berbilang kaum.Keyakinan ini timbul melalui

a)

A. Orang Cina dan India dapat berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik.

b)

B. Kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya umum

c)

C. Jumlah komunis yang terbunuh bertambah

d)

D. Jumlah kawasan putih telah bertambah

7.

Pernyatan yang manakah BUKAN kesan darurat dari segi politik?

a)

A. peningkatan jumlah warganegara

b)

B. Kos perbelanjaan menangani ancaman komunis meningkat.

c)

C. Penubuhan Malayan Chinese Association

d)

D. Mempercepatkan kemerdekaaan

8.

Berikut adalah penderitaan dan kesengsaraan yang dihadapi rakyat semasa darurat KECUALI

a)

A. pengeluaran padi dan makanan berkurangan

b)

B. Peniaga, pengusaha kebun dan pelombong diperas ugut

c)

C.Catuan bekalan makanan menyukarkan kehidupan

d)

D. Aktiviti menoreh getah tidak terancam di estet-estet.

9.

Bilakah darurat ditamatkan di Persekutuan Tanah Melayu?

a)

A. 31 Ogos 1960

b)

B. 31 Julai 1960

c)

C. 3o Julai 1960

d)

D. 30 Ogos 1960

10.

Apakah nilai yang telah diamalkan semasa zaman darurat untuk menjamin keamanan negara ?

a)

A. Berani menentang musuh

b)

B. Bekerjasama memerangi musuh

c)

C. Bertoleransi memerangi musuh

d)

D. Berkeyakinan memerangi musuh

11.

Semasa darurat, catuan bekalan makanan menyebabkan rakyat mula bergantung kepada makanan berikut....

I ubi kentang

II ubi keledek

III ubi kayu

IV ubi keladi

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan Iv

12.

Kawalan pasukan keselamatan yang ketat di kampung-kampung baru menyebabkan hubungan antara kaum terbatas. Ini kerana.....

a)

A. Penduduk kampung baru tidak boleh menerima tetamu

b)

B. Penduduk kampung baru tidak dapat bersosial dengan kaum lain.

c)

C. Penduduk kampung baru tidak dapat berkomunikasi dalam Bahasa Melayu

d)

D. Penduduk kampung baru suka hidup menyendiri