wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM TAHUN 4 - KATA SENDI NAMA (KUIZ)

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Cikgu Dani menampal notis keselamatan itu ________ papan kenyataan kelas.

a)

ke

b)

pada

c)

kepada

d)

di

2.

Encik Lim memberikan topi keledar berwarna hijau itu ________ anaknya.

a)

ke

b)

kepada

c)

pada

d)

dari

3.

Damia berasal ________ Kuala Terengganu.

a)

ke

b)

dari

c)

daripada

d)

kepada

4.

Kerusi itu diperbuat ________ kayu yang bermutu tinggi.

a)

ke

b)

di

c)

daripada

d)

kepada

5.

Kami sekeluarga berkelah ________ Pantai Cenang.

a)

di

b)

kepada

c)

dari

d)

ke

6.

Ayah mengajak abang ________ Kedai Buku Popular untuk membeli kertas warna.

a)

dari

b)

ke

c)

di

d)

daripada

7.

Gayatri memberi sebuah buku cerita ________ Sephia.

a)

ke

b)

kepada

c)

di

d)

daripada

8.

Aina memberikan hadiah ________ Delina sempena hari jadinya.

a)

pada

b)

kepada

c)

dengan

d)

di

9.

Puan Diana menyapu marjerin________ roti itu.

a)

ke

b)

kepada

c)

pada

d)

dari

10.

Ibu memasukkan secawan tepung ________ dalam adunan kek coklat itu.

a)

ke

b)

kepada

c)

di

d)

dari

11.

Sandra mengeluarkan sisa-sisa makanan ________ celah-celah giginya dengan menggunakan pencungkil gigi.

a)

dari

b)

kepada

c)

daripada

d)

daripada

12.

Amira pergi ________ sekolah dengan berpakaian bersih dan kemas.

a)

ke

b)

kepada

c)

di

d)

dari

13.

"Lebih baik membaca buku __________ asyik bermain sahaja," kata emak kepada Kamil.

a)

dari

b)

pada

c)

kepada

d)

daripada

14.

Rekod kedatangan itu hendaklah diserahkan __________ pejabat sebelum pukul sembilan pagi pada setiap hari.

a)

di

b)

ke

c)

kepada

d)

pada

15.

Galah yang panjang itu digunakan __________ mengait buah rambutan yang sedang masak.

a)

untuk

b)

kepada

c)

dengan

d)

pada

16.

Pak Cik Zainal tidak bersetuju __________ cadangan anaknya untuk menjual tanah sawah di hujung kampung mereka.

a)

akan

b)

untuk

c)

dengan

d)

tentang

17.

Para pelajar memperoleh pengetahuan yang berguna __________ lawatan sambil belajar ke Melaka tempoh hari.

a)

dari

b)

untuk

c)

dengan

d)

daripada

18.

Buah mangga itu dikupas oleh ibu __________ sebilah pisau yang tajam.

a)

dengan

b)

hingga

c)

tentang

d)

daripada

19.

Kami dijangka _________ terlewat sampai __________ Pulau Langkawi kerana kereta mengalami kerosakan.

a)

dari.....di

b)

akan.....di

c)

akan...dari

d)

dengan.....ke

20.

Pasar raya baru itu terdiri __________ beberapa tingkat.

a)

daripada

b)

dari

c)

pada

d)

ke

21.

Bantuan kewangan telah disampaikan __________ keluarga yang terjejas dengan wabak Covid-19.

a)

dari

b)

pada

c)

kepada

d)

daripada

22.

Perbicaraan kes samun itu akan disambung __________ minggu hadapan.

a)

di

b)

oleh

c)

akan

d)

pada

23.

Setiap pasukan bola jaring yang akan bertanding mestilah terdiri __________ tujuh orang pemain.

a)

dari

b)

pada

c)

kepada

d)

daripada

24.

Anggota pasukan keselamatan sanggup berkorban nyawa __________ mempertahankan kedaulatan negara.

a)

demi

b)

pada

c)

bagai

d)

daripada

25.

Pelancong-pelancong yang datang __________ Malaysia amat tertarik oleh keindahan alam semula jadi dan keramahan para penduduk di sini.

a)

di

b)

ke

c)

dari

d)

pada