wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Tatabahasa

Total questions: 40

Worksheet time: 1hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


Sulur pokok duit-duit itu______________dahan mempelam.

a)

menyelubungi

b)

melingkari

c)

mengaburi

d)

menutupi

2.

Hazlin gemar melakukan senaman ringan_____________belajar menjahit baju pada hujung minggu?

a)

dan

b)

jika

c)

atau

d)

kerana

3.

Puan Salimah mengeluh apabila melihat bilik anak bujangnya yang _______________ itu.

a)

tunggang-langgang

b)

lintang-pukang

c)

pontang-panting

d)

rebah-rempah

4.

Keropok itu______________ketika panas selepas digoreng.

a)

lemau

b)

rangup

c)

liat

d)

pejal

5.

Kerajaan menyediakan pelbagai _____________untuk menarik pelabur asing ke negara ini.

a)

prasyarat

b)

pratonton

c)

prabayaran

d)

prasarana

6.

Dia hanya ________________daun pisang untuk melindungi diri daripada hujan.

a)

payung

b)

berpayung

c)

berpayungan

d)

berpayungkan

7.

Puan Ainun_________________gulai daging masak Minang untuk diberikan kepada Puan Salbiah dan Puan Cheng dengan menggunakan senduk kayu.

a)

mencedok

b)

mencebok

c)

mencekup

d)

menggaul

8.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D.

Pilih jawapan yang paling sesuai.


Hadiah itu tidak (A) untuk Hamidah tetapi (B)untuk (C) kakaknya. Tiada kesalahan (D).

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

9.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D.

Pilih jawapan yang paling sesuai.


Pandai-pandailah awak melayani (A) perangai berpuluh-puluh kanak-kanak (B) yang bermacam-macam (C) ragam. Tiada kesalahan (D).

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

10.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D.

Pilih jawapan yang paling sesuai.


Kebanjiran (A) pendatang asing tanpa izin ke negara ini sejak dua dekad yang lalu menimbulkan pelbagai (B) masalah sosioekonomi (C). Tiada kesalahan (D).

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

11.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D.

Pilih jawapan yang paling sesuai.


Kontraktor (A) itu telah membina (B) masjid berdasarkan pada (C) pelan yang telah ditetapkan. Tiada kesalahan (D).

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

12.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D.

Pilih jawapan yang paling sesuai.


Pemuda itu membeloki (A) motosikalnya ke (B) kiri selepas memotong (C) lori tersebut. Tiada kesalahan (D).

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

13.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D.

Pilih jawapan yang paling sesuai.


Beliau (A) sedang sibuk membincangkan lain-lain hal (B) dalam mesyuarat di bilik gerakan (C) itu. Tiada kesalahan (D).

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

14.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D.

Pilih jawapan yang paling sesuai.


Sultan Mansur Syah menganugerahi (A)sebilah (B) keris serta sepersalinan (C) pakaian kepada Laksamana Hang Tuah. Tiada kesalahan (D).

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

15.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.


I Buah langsat itu masih kuning mencelah dan rasanya agak masam.

II Perempuan itu mencelah antara kedua-dua anaknya yang bergaduh.

III Belum pun sempat saya habiskan ucapan, dia terus mencelah dengan muka yang merah padam.

IV Ayah sangat marah jika anak-anaknya yang cuba mencelah semasa dia sedang

bercakap.

a)

I, II dan III sahaja.

b)

I, II dan IV sahaja.

c)

I, III dan IV sahaja.

d)

II, III,dan IV sahaja.

16.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.


I Dingin hawa pada waktu subuh di kampung begitu terasa.

II Lokman menggigil sewaktu mandi di telaga itu kerana airnya sangat dingin.

III Hubungan mereka dingin semenjak mereka bertengkar kelmarin.

IV Kami sekeluarga bercuti di Pulau Tioman untuk dingin fikiran.

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

III dan IV sahaja

d)

I, II dan IV sahaja

17.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.


I Liza menyentap daripada lamunannya apabila bahunya dicuit oleh guru kelasnya.

II Raman terus menyentap jorannya dengan kuat sebaik saja pelampung pancingnya

tenggelam kerana umpannya diragut ikan.

III Apabila melihat orang yang mengamuk itu menghampiri Bendahara, Hang Tuah

terus menyentap kerisnya dan berdiri di hadapan Bendahara.

IV Baju buatan luar negara itu menyentap selepas dibasuh walaupun baru saja dibeli.

a)

I dan III sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

I, III, dan IV sahaja

d)

II,III, dan IV sahaja

18.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


Mi kari yang tersedia di restoran itu mendapat pujian pelanggan kerana rasanya yang lazat.

a)

Kari mi yang tersedia

b)

Kari mi yang disediakan

c)

Mi kari yang disediakan

d)

Mi kari yang tersedia

19.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


Mereka berbincang tentang rancangan untuk bergotong-royong membersihkan kawasan masjid itu hingga lewat petang.

a)

berbincang rancangan

b)

bincangkan tentang rancangan

c)

membincangkan tentang rancangan

d)

berbincang tentang rancangan

20.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


Tudung biru yang ibu beli itu saya akan pakai pada hari raya nanti.

a)

yang dibeli oleh ibu itu akan saya pakai

b)

yang dibeli oleh ibu itu akan dipakai oleh saya

c)

yang ibu belikan itu akan dipakai oleh saya

d)

yang ibu beli itu saya akan pakai

21.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


Dalam lain perkataan, orang ramai membanjiri Dataran Merdeka untuk menyaksikan perarakan kereta berhias itu.

a)

Dengan kata lain

b)

Dengan kata-kata lain

c)

Dengan lain-lain perkataan

d)

Dalam lain perkataan

22.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.


Bagi menjamin warga tua menikmati kehidupan yang sempurna, mereka perlu diberikan penjagaan dan tempat tinggal yang selesa.

a)

Tempat tinggal yang selesa amat penting bagi warga tua agar mereka hidup dengan sempurna.

b)

Warga tua hendaklah mendapat kehidupan yang sempurna dengan diberikan tempat tinggal yang selesa pada masa depan.

c)

Warga tua perlu diberikan penjagaan serta tempat tinggal yang selesa agar mereka dapat menikmati kehidupan yang sempurna.

d)

Sebagai jaminan, warga tua memerlukan penjagaan dan tempat tinggal yang lebih sempurna.

23.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.


Sebilangan remaja lebih cenderung untuk mencurahkan masalah peribadi mereka kepada rakan.

a)

Rakan menjadi tempat luahan perasaan bagi remaja bermasalah.

b)

Banyak remaja lebih suka menceritakan masalah peribadi kepada rakan mereka.

c)

Sebilangan remaja yang bermasalah lebih gemar berkongsi rahsia dengan rakan mereka.

d)

Remaja yang suka meluahkan masalah mereka akan bermasalah dengan rakan mereka.

24.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.


Amar berjaya menjadi pelajar cemerlang kerana usaha yang berterusan sejak awal tahun hingga hari peperiksaan.

a)

Usaha Amar sejak awal hari peperiksaan telah menyebabkan dia berjaya dalam peperiksaan.

b)

Usaha Amar menjelang peperiksaan telah mendorong kejayaannya yang cemerlang.

c)

Kejayaan Amar itu disebabkan usahanya yang berterusan sejak awal hingga menjelang peperiksaan.

d)

Kejayaan Amar bergantung pada usaha saat terakhir menjelang peperiksaan sahaja.

25.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Keadaan penyakit Ramlan amat membimbangkan keluarganya.

II Bas sekolah yang dinaiki oleh saya dipandu oleh Pak Cik Imran.

III Dia pelajari seni silat gayung dari bapa saudaranya.

IV Kita perlu berkongsi perasaan suka dan duka dengan orang lain.

a)

I dan IV sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

I, III dan IV sahaja

d)

II ,III dan IV sahaja

26.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Pelajar-pelajar yang nakal itu saling bertolak-tolakan di kantin sekolah.

II Lee Chong Wei adalah antara pemain badminton yang terkenal di Malaysia.

III Kedua orang itu ialah pekerja di Jabatan Bekalan Air Selangor.

IV Jiran sepakat membawa berkat.

a)

I,II dan III sahaja

b)

II dan IV sahaja

c)

II, III dan IV sahaja

d)

II dan III sahaja

27.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Jiran saya bangun di waktu pagi untuk pergi ke ladang.

II Dewan itu akan digunakan oleh kami semasa upacara penyampaian hadiah esok.

III Tolong lap pinggan mangkuk itu hingga kering.

IV Pesanan Cikgu Manizah itu telah saya sampaikan kepada mereka.

a)

I, II dan III sahaja

b)

II, III dan IV sahaja

c)

III dan IVsahaja

d)

I dan II sahaja

28.

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.


Kampung Nangka baru sahaja mendapat sebuah dewan serba guna untuk digunakan oleh masyarakat setempat. Beberapa bulan kemudian, banyak kemudahan dewan tersebut rosak akibat tidak dijaga dengan baik.

a)

Kera kena belacan

b)

Indah khabar daripada rupa

c)

Harimau menyembunyikan kukunya

d)

Kera mendapat bunga

29.

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.


Ketika bergotong-royong di rumah jirannya yang mengadakan kenduri, Puan Rosni memujuk tetamu wanita supaya membeli alat solek yang dijualnya. Keadaan ini dikatakan

a)

Sambil menyelam minum air

b)

Indah khabar daripada rupa

c)

Alah membeli menang memakai

d)

Ada udang di sebalik batu

30.

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.


Sesuatu perkara yang telah selesai tetapi masih menjadi perbualan orang diumpamakan seperti

a)

Duduk dalam duri

b)

Wau melawan angin

c)

Api padam, puntung berasap

d)

Aur ditarik songsang

31.

Para pelancong haruslah mematuhi __________ berpakaian ketika melawat ke Masjid Putrajaya.

a)

tatacara

b)

tataetika

c)

tatatertib

d)

tatasusila

32.

Ketika menyusuri pinggir hutan itu, kami dapat mendengar dengan jelas bunyi __________ yang nyaring.

a)

pepijat

b)

reriang

c)

lelabah

d)

lelabi

33.

Encik Ahmad telah membayar wang __________ untuk membeli sebuah rumah.

a)

pendahuluan

b)

permulaan

c)

pelepasan

d)

pertaruhan

34.

Tangisan anak kecil itu benar-benar __________ hati kami.

a)

meminggirkan

b)

menitiskan

c)

menghibakan

d)

melarutkan

35.

Pertandingan sayembara puisi di dewan itu __________ hingga pukul 12.00 tengah malam.

a)

terlarut

b)

berlarut

c)

berlarutan

d)

dilarutkan

36.

Ahmad __________ seribu bahasa apabila ditanya oleh guru matematiknya.

a)

terbisu

b)

berbisu

c)

pembisu

d)

membisu

37.

Akibat __________ wang pada hujung bulan, Ali terpaksa meminjam wang daripada Abu.

a)

kesempitan

b)

kecukupan

c)

kecetekan

d)

ketiadaan

38.

Pelbagai golongan __________ telah menghadiri Simposium Intelek Melayu yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka hujung minggu lalu.

a)

hartawan

b)

dermawan

c)

bangsawan

d)

cendekiawan

39.

Orang tua itu mengunyah se__________ pinang dan se__________ daun sirih.

a)

keping ... helai

b)

biji ... untai

c)

ulas ... helai

d)

butir ... keping

40.

Polis berjaya __________ demonstrasi yang diadakan di hadapan bangunan mahkamah itu.

a)

meleraikan

b)

membantutkan

c)

membubarkan

d)

membolehkan