wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Kata Majmuk

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Datuk tidak dapat membaca surat khabar kerana_______nya hilang.

a)

cermin mata

b)

cermin tingkap

c)

mata pena

d)

mata wang

2.

Beliau belum memberikan _________tentang perkara itu.

a)

kata dua

b)

kata putus

c)

kata hati

d)

kata hikmat

3.

Budak lelaki itu terpaksa menggunakan ___________kerana kedua-dua belah kakinya lumpuh.

a)

roda kasut

b)

kasut bola

c)

kerusi roda

d)

kerusi malas

4.

Beberapa orang penduduk kampung sedang bekerjasama membaiki __________ yang rosak akibat ditimpa pokok.

a)

balai raya

b)

jalan raya

c)

pasar raya

d)

bandar raya

5.

__________ yang dilepaskan oleh Amirul tepat mengenai sasaran.

a)

Anak sungai

b)

Anak kunci

c)

Anak tangga

d)

Anak panah

6.

Tuk Lemon mengisi pelita itu dengan _____________.

a)

minyak tanah

b)

minyak angin

c)

minyak sapi

d)

minyak rambut

7.

Sebagai ___________ Malaysia, kita mesti mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kehidupan.

a)

warganegara

b)

setiausaha

c)

sukarela

d)

bumiputera

8.

"Segala maklumat tentang pertandingan itu akan saya__________ kelak,"kata Anis selaku Pengerusi Kelab Catur.

a)

sukarela

b)

beritahu

c)

kerjasama

d)

tanggungjawab

9.

Murid-murid dikehendaki memakai _____________ketika bersenam di padang.

a)

pakaian adat

b)

pakaian sukan

c)

pakaian seragam

d)

pakaian angkatan

10.

_____________Beng Keong berdarah dengan banyak kerana terkena pisau.

a)

ibu pejabat

b)

ibu negara

c)

Ibu pertiwi

d)

ibu jari

11.

Kami sekeluarga menginap di _______________ itu semasa bercuti di Melaka.

a)

rumah sakit

b)

rumah tangga

c)

rumah terbuka

d)

rumah tumpangan

12.

_________________Guru Besar diperlukan untuk mengesahkan dokumen yang penting itu.

a)

Beritahu

b)

Sukarela

c)

Tandatangan

d)

Tanggungjawab

13.

Saleem mengulang kaji pelajaran dengan berpandukan ___________________ yang baru dibelinya.

a)

buku rujukan

b)

buku catatan

c)

buku kedatangan

d)

buku lima

14.

__________________syarikat itu menikmati cuti selama tujuh hari semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

a)

Suruhanjaya

b)

Kakitangan

c)

Plihanraya

d)

Olahraga

15.

Larian Maraton itu terbuka kepada _________________ Malaysia sahaja.

a)

antarabangsa

b)

warganegara

c)

setiausaha

d)

matahari

16.

Fuad tidak ______________ walaupun kalah dalam pertandingan badminton yang disertainya.

a)

berputus asa

b)

bekerjasama

c)

berbelah bagi

d)

berjimat cermat

17.

Perarakan Hari Kemerdekaan akan disiarkan secara _______________ dari Dataran Putrajaya.

a)

lalu lintas

b)

lintas akal

c)

litar pintas

d)

lintas langsung

18.

Marsya kelihatan muram apabila dia hanya mendapat _________________ dalam pertandingan nyanyian.

a)

baik hati

b)

puas hati

c)

sagu hati

d)

gerak hati

19.

Kamal memasukkan sehelai kertas kecil yang mengandungi cadangannya ke dalam _____________.

a)

peti besi

b)

peti sejuk

c)

peti cadangan

d)

peti wang

20.

“Jangan ______________kan hal peribadi dengan kerja kita,” kata Junaidi kepada rakan setugasnya.

a)

tangan baju

b)

campur aduk

c)

campur tangan

d)

kakitangan