wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

tenaga nuklear bahan radioaktif sains tingkatan 4

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut,yang manakah adalah bahan radioaktif?

a)

Oksigen

b)

Hidrogen

c)

Uranium

d)

Aluminium

2.

Rajah diatas menunjukkan kesan medan elektrik ke atas sinaran P dan R daripada suatu sumber radioaktif. Apakah sinaran P dan R?

a)

P: Sinaran Alfa R: Sinaran Beta

b)

P: Sinaran Beta R: Sinaran Alfa

c)

P: Sinaran Alfa R: Sinaran gamma

d)

P: sinaran Beta R:Sinaran gamma

3.

Pilih jawapan terbaik bagi definisi bagi bahan radioaktif?

a)

Ia terdiri daripada atom yang mengandungi nukleus yang tidak stabil.Nukleus tidak stabil ini akan mereput dan memancarkan sinaran radioaktif.

b)

Satu proses pengubahan bahan kepada bentuk bahan yang lain yang tidak stabil

c)

Proses perubahan gabungan 2 atom yang bergabung menjadi bentuk ion bercas.

d)

Proses penghasilan gas oksigen dan glukosa melalui proses pereputan.

4.

Antara yang berikut bukan contoh contoh bahan radioaktif?

a)

Uranium -235

b)

Radium

c)

Polonium

d)

Ferum

5.

Sekiranya anda diberi tugasan untuk menampal suatu stiker yang mempunyai simbol diatas. Bahan yang manakah akan pilih untuk anda tampalkan stiker tersebut?

a)

Kalsium

b)

Boron

c)

Kobalt 60

d)

Iodin

6.

Rajah diatas menunjukkan proses perubahan bahan radioaktif Radium-226 kepada Rodon-222 dan Helium -4. Namakan proses yan paling tepat pada rajah diatas?

a)

Pereputan spontan bahan radioaktif

b)

Fotosintesis

c)

Vulcanisation

d)

BInary Fission

7.

Apakah yang dimaksudkan oleh bahan radioaktif?

a)

Unsur yang mungkin mengalami pereputan secara spontan.

b)

Unsur yang mempunyai nombor proton yang besar.

c)

Unsur yang mudah terbakar dan meletup

d)

Unsur yang beracun kepada semua benda hidup.

8.

Rajah diatas menunjukkan kuasa penembusan sinaran radioaktif.Kenal pastikan sinaran X dan sinaran Y.

a)

Sinaran X: Alfa

Sinaran Y: Beta

b)

Sinaran X: Alfa

Sinaran Y: Gamma

c)

Sinaran X: Beta

Sinaran Y: Gamma

d)

Sinaran X: Beta

Sinaran Y: Alfa

9.

Antara yang berikut, manakah kegunaan sinaran beta?

a)

Mensterilkan peralatan pembedahan

b)

Membunuh sel-sel kanser

c)

Mengelakkan kedutan dalam sintetik fabrik

d)

Mengesan kebocoran paip bawah tanah

10.

Antara radioisotop yang berikut, manakah digunakan untuk mengesan kerosakan kelenjar tiroid?

a)

Kobalt 60

b)

Karbon -14

c)

Iodin-131

d)

Barium-138

11.

Antara yang berikut, manakah tidak benar tentang kegunaan radioisotop dalam bidang perubatan

a)

Natrium-24 digunakan untuk mengesan penggumpalan darah semasa kecederaan kepala.

b)

Iodin-131 digunakan untuk mengesan tumor otak.

c)

Bateri plutonium-238 digunakan dalam pengatur denyutan untuk menstabilkan degupan jantung pesakit jantung.

d)

Barium-138 digunakan untuk mengesan kerosakan kelenjar tiroid.

12.

Usia artifak purba boleh dianggar melalui kaedah pentarikhan karbon. Apakah kaedah ini bergantung?

a)

Warna artifak

b)

Jisim artifak

c)

Peratus karbon-14 yang tinggal dalam artifak

d)

Jumlah karbon-14 yang diserap oleh artifak

13.

Mengapakah radioisotop fosforus-32 ditambah ke dalam baja?

a)

Untuk menentukan kadar penyerapan baja oleh tumbuhan

b)

Untuk mengubah gen tumbuhan untuk meningkatkan hasil dan kualiti.

c)

Untuk meningkatkan penentangan tumbuhan terhadap perosak.

d)

Untuk mengesan keberkesanan baja terhadap tumbuhan

14.

Bahan yang digunakan dalam reaktor nuklear di stesen janakuasa nuklear ialah

a)

Cadmium

b)

Radium

c)

Uranium

d)

Torium

15.

Rajah menunjukkan paip gas bawah tanah. Radioisotop manakah yang paling sesuai digunakan untuk mengesan kerosakan ini?

a)

Natrium -24

b)

Karbon -14

c)

Uranium -235

d)

Fosforus – 32

16.

Rajah menunjukkan tindakbalas nuklear. Apakah unsur Z?

a)

Kobalt

b)

Radium

c)

Uranium

d)

Polonium

17.

Antara yang berikut, manakah yang menunjukkan cas­ cas yang betul bagi sinar alfa, sinar gama, dan sinar beta?

a)

Alfa: Positif Beta: Negatif Gama: Neutral

b)

Alfa: Negatif Beta: Positif Gama: Neutral

c)

Alfa: Positif Beta: Neutral Gama: Negatif

d)

Alfa: Negatif Beta: Neutral Gama: Positif

18.

Rajah menunjukkan kuasa penembusan bagi tiga jenis sinar radioaktif. Apakah jenis sinar bagi X, Y dan Z?

a)

X: Alfa

Y: Beta

z: Gama

b)

X: Alfa

Y: Gama

z: Beta

c)

X: Beta

Y: Gama

z: Alfa

d)

X: Gama

Y: Alfa

z: Beta

19.

Manakah bahan radioaktif yang betul dipadankan dengan kegunaannya?

a)

Iodin-131: Untuk membunuh sel-sel kanser

b)

Kobalt-60: Untuk memandulkan serangga perosak

c)

Natrium-24: Untuk mengkaji kadar penyerapan baja dalam tumbuhan

d)

Karbon-14: Untuk menentukan usia artifak

20.

Rajah menunjukkan kesan medan elektrik ke atas sinaran daripada suatu sumber radioaktif. Apakah jenis sinaran itu?

a)

Sinar-X

b)

Sinar beta

c)

Sinar alfa

d)

Sinar gama