wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Teka Teki Hari Raya

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Daunnya masuk dalam air, sedap diminum. Apakah ia?

a)

Kopi

b)

Sirap

c)

Teh

d)

Laici

2.

Baju ketat, tubuh sendat, hari raya dapat, sebutlah cepat.

a)

Satay

b)

Lemang

c)

Ketupat

d)

Lepat

3.

Apa yang perlu dipanaskan kemudian disejukkan, dimaniskan kemudian dimasamkan?

a)

Sirap Selasih

b)

Teh O Ais Limau

c)

Milo Dinosaur

d)

Sunquick Laici

4.

Warna coklat tapi bukan coklat. Bau wangi rumit dibuat. Rasa manis rupa memikat.

a)

Kuih Keria

b)

Milo Ais

c)

Dodol

d)

Almond London

5.

Potong ke tak potong ia juga panjang.

a)

Lemang

b)

Kacang Panjang

c)

Lobak Merah

d)

Pelita Buluh

6.

Buah yang tak berpokok?

a)

Buah Keladi

b)

Buah Melaka

c)

Buah Hati

d)

Buah Buahan

7.

Saya putih macam salji, kecil macam pasir, masin macam laut, siapa saya?

a)

Susu

b)

Asam Jawa

c)

Gula

d)

Garam

8.

Saya panjang dan putih, biasa disapu dengan mentega, boleh dibakar, digoreng atau terus dimakan, siapa saya?

a)

Lobak Putih

b)

Pisang

c)

Roti Gardenia

d)

Jagung

9.

Saya berwarna ungu atau hijau, berisi putih dan berbiji hitam, siapa saya?

a)

Sagu

b)

Anggur

c)

Manggis

d)

Terung

10.

Janganlah tanggalkan kulit saya, anda mungkin menangis. Siapakah saya?

a)

Cili Merah

b)

Sajat

c)

Durian

d)

Bawang Merah

11.

Ada satu rumah, ia berwarna hijau di luar, putih di tengah, merah di dalam, banyak orang negro tinggal di situ, apa dia?

a)

Sambal Belacan

b)

Kuih Lapis

c)

Buah Melaka

d)

Tembikai

12.

Kuih yang paling jauh dari bumi?

a)

Kuih Tak Jadi

b)

Kuih Almond London

c)

Kuih Bulan

d)

Kueh Tiaw

13.

Kering sebelum guna, basah semasa guna, macam boleh guna guna dan guna lagi?

a)

Baju Raya

b)

Sup Bunjut

c)

Serbuk Milo

d)

Uncang Teh

14.

Kari yang tiada kuah, hari hari boleh cari?

a)

Kariayam

b)

Karipedas

c)

Karipap

d)

Karidhal

15.

Nampak macam hutan berwarna hijau di luar, ada telaga merah di dalam, budak-budak hitam pun bermain di situ.

a)

Rambutan

b)

Tembikai

c)

Rendang

d)

Sardin

16.

Neraka di luar, tapi syurga di dalam?

a)

Office

b)

Nenas

c)

Durian

d)

Rambutan

17.

Syurga di luar, tapi neraka di dalam?

a)

Cili Padi

b)

Sajat

c)

Ramen Samyang

d)

Telur Ayam

18.

Ada ekor, ada kepala, tetapi bukan haiwan.

a)

Keropok Lekor

b)

Taugeh

c)

Cacing

d)

Sawi

19.

Dia berbentuk batang, berwarna kuning, dan mempunyai bulu lebat, apakah ia?

a)

Tidak Boleh Disebut

b)

Jagung

c)

Kelapa

d)

Pisang

20.

Cecair apa yang bila dipanaskan, dia boleh dimakan?

a)

Ais

b)

Milo

c)

Telur

d)

Susu