Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PT3 BM Peribahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

a)

kalau mahu, bekerja bersungguh-sungguh tetapi kalau tidak mahu, memberikan bermacam-macam alasan

b)

kalau mahu, bercakap bersungguh-sungguh tetapi kalau tidak mahu, memberikan bermacam-macam alasan

c)

kalau mahu, berusaha bersungguh-sungguh tetapi kalau tidak mahu, memberikan bermacam-macam alasan

d)

kalau mahu, bersama bersungguh-sungguh tetapi kalau tidak mahu, memberikan bermacam-macam alasan

2.

Sebagai seorang pengadil, Ali tidak boleh menyebelahi satu pihak sahaja.

a)

jalan tengah

b)

berat sebelah

c)

ada bakat

d)

ikat perut

3.

Apakah peribahasa yang sesuai dengan maksud gambar di atas?

a)

Bagai menatang minyak yang penuh

b)

Bagai gergaji dua mata

c)

bagai cincin dengan permata

d)

Bagai anjing dengan kucing

4.

Nasihat Cikgu Zaki kepada anak muridnya, Hadi _____ kerana Hadi langsung tidak mempedulikan nasihatnya.

a)

seperti sampah hanyut

b)

seperti gergaji dua mata

c)

seperti ayam patuk anaknya

d)

bagai mencurah air ke daun keladi

5.

baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,tulis satu peribahasa yang sesuai.


Penduduk kampung Mutiara dan penduduk kampung chempaka telah bergotong -royong membina jambatan yang runtuh itu bagi membolehkan mereka menjalankan urusan seharian bersama-sama.

a)

bagai aur dengan tebing

b)

muafakat membawa hikmat

c)

bersih amalan mulia

d)

kebersihan separuh daripada iman

6.

Nyatakanperibahasa yang sesuai


mendapatkan sesuatu yang dihajati

a)

bagai anjing mendapat tulang

b)

orang mengantuk disorongkan bantal

7.

Orang yang cuba membaiki sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya barang yang dibaiki itu bertambah rosak

a)

Bagai tikus membaiki labu

b)

Bagai menghitung bulu kambing

c)

Banting tulang

d)

Berani mati

8.
Walaupun berlainan bangsa, hubungan Wong dan Ramesh sungguh akrab.
a)
seperti isi dengan kuku
b)
seperti kucing dibawakan lidi
c)
seperti pahat dengan penukul
d)
seperti gergaji dua mata
9.
Akhirnya Wak Seman berjaya menyiapkan rumah itu walaupun dilakukan sedikit demi sedikit setiap hari.
a)
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
b)
diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat
c)
ikut hati mati, ikut rasa binasa
d)
sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
10.
Orang gaji itu _______________ apabila majikannya mahu melaporkan kepada polis mengenai kehilangan barang kemasnya.
a)
seperti rusa masuk kampung
b)
seperti cacing kepanasan
c)
seperti tikus jatuh di beras
d)
seperti cicak makan kapur
11.

Sehari selembar benang , __________________________.

a)

manakan dapat sagunya

b)

lama-lama menjadi kain

c)

bulat manusia kerana muafakat

12.

Maksud perumpamaan di bawah ialah :


Bagai aur dengan tebing

a)

Tolong-menolong atau bantu-membantu antara satu sama lain (hubungan yang baik)

b)

Orang yang tidak tahu mengenang budi

c)

Melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh

13.

Pilih perumpamaan yang sesuai :


Melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh.

a)

Bagai aur dengan tebing

b)

Bagai kacang lupakan kulit

c)

Bagai melepaskan batuk di tangga

14.

Bekerja keras dengan bermati-matian

a)

Bagai dakwat dengan kertas

b)

Banting tulang

c)

Baik budi

d)

Bagai tikus membaiki labu

15.

air dicencang tiada putus

a)

ikatan persaudaraan tidak boleh dipisahkan

b)

ikatan persahabatan tidak boleh dipisahkan

c)

ikatan manusia tidak boleh dipisahkan

d)

ikatan suami isteri yang tidak boleh dipisahkan

16.

bagai dakwat dengan kertas

a)

sesuai benar/ tidak boleh berpisah

b)

serasi benar/ tidak boleh berpisah

c)

sesuai benar/ tidak boleh bertemu

d)

sesuai benar

17.

bagai menghitung bulu kambing

a)

tenaga yang sia-sia

b)

naishat yang sia-sia

c)

perangai yang sia-sia

d)

usaha yang sia-sia

18.

Sikap Badrul yang selalu tidak mahu mengambil tahu tentang tugasan yang diberi oleh guru telah merugikan diri sendiri.

a)

ambil berat

b)

ringan tulang

c)

keras hati

d)

lepas tangan

19.

Walaupun sudah berkali-kali dinasihati, Mike sangat degil dan tidak mahu mendengar nasihat kedua ibu bapanya.

a)

muka tembok

b)

cakar ayam

c)

fasih lidah

d)

keras hati

20.

baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.


Yusniza tetap pulang ke kampung untuk berhari raya bersama adik beradiknya walaupun dia selalu berselisih faham dengan mereka.

a)

carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga

b)

seperti kucing dengan anjing

c)

bagai hempedu lekat di hati

d)

bagai inai dengan kuku