Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HAK ASASI MANUSIA ( OKU / PENGGUNA )

Total questions: 31

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Padankan kejayaan golongan kurang berupaya

a)

J.M.Aziz (penyair tanah air)

b)

Ismail Mohd.Salleh (ahli akademik)

c)

V.Jayan Subramaniam ( atlet paralimpik )

d)

Hellen Keller ( aktivis kurang upaya )

e)

Lee Sheng Chow ( atlet paralimpik )

2.

Sifat yang mendorong kepada kejayaan golongan kurang berupaya

a)

tidak mudah putus asa/ gigih menghadapi cabaran

b)

daya usaha

c)

berfikiran terbuka

d)

tidak menganggap kecacatan itu sebagai penghalang untuk mencapai kejayaan

e)

dedikasi

3.

Masyarakat boleh mengiktiraf sumbangan golongan kurang berupaya dengan cara

a)

menerima mereka sebagai sebahagian daripada pekerja yang boleh memberi sumbangan kepada ekonomi Negara

b)

memberi mereka peluang untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang diminati

c)

menyokong pelbagai usaha yang dijalankan bagi menjaga kebajikan dan kemudahan mereka

4.

Layanan yang harus diberi kepada golongan kurang berupaya

a)

menjaga hati dan perasaannya

b)

menghulurkan bantuan apabila mereka memerlukan

c)

Memberi layanan yang sama rata

d)

Membantu mendapatkan pekerjaan

5.

Usaha yang diambil oleh kerajaan dalam membantu golongan kurang berupaya untuk mendapatkan kemudahan dan keselesaan

a)

kemudahan tandas

b)

kemudahan meletak kereta

c)

pejabat diubahsuai untuk pekerja yang kurang berupaya

d)

pendidikan khas

6.

Masyarakat perlu menghormati hak asasi golongan kurang berupaya

a)

mereka tidak tersisih daripada masyarakat

b)

golongan kurang berupaya dapat meneruskan kehidupan mereka seperti kehidupan orang yang normal

c)

memberi layanan yang adil dan sepatutnya sebagai seorang manusia

d)

mereka boleh hidup berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain untuk meneruskan khidupan

7.

Syarikat yang tidak mahu mengambil golongan kurang berupaya bekerja

a)

kurang yakin terhadap keupayaan mereka

b)

tidak ada kerja yang sesuai dengan jenis ketidakupayaan mereka

8.

Mengubah sikap negatif masyarakat terhadap golongan kurang berupaya

a)

memberi maklumat tentang kebolehan golongan kurang berupaya

b)

melibatkan penyertaan golongan kurang berupaya dalam aktiviti kemasyarakatan supaya masyarakat sedar bahawa golongan kurang berupaya juga boleh memberi sumbangan

c)

Memberi mereka peluang untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang diminati

d)

Menerima mereka sebagai sebahagian daripada pekerja yang boleh memberi sumbangan kepada ekonomi negara

9.

Masyarakat perlu menghormati OKU

a)

mereka dapat meneruskan kehidupan mereka seperti manusia normal.

b)

mereka tidak tersisih daripada masyarakat

c)

mereka mendapat layanan yang adil dan saksama

d)

mereka boleh hidup berdikari / tidak bergantung kepada orang lain

10.

Agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang melindungi hak pengguna

a)

Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP)

b)

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia ( FOMCA)

c)

Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN)

d)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

11.

Hak-hak asasi pengguna

a)

Hak untuk memilih

b)

Hak untuk mendapat maklumat

c)

Hak untuk mendapat ganti rugi

d)

Hak untuk mendapat keselamatan

12.

Pengguna telah dieksploitasi ialah

a)

sukatan atau timbanganyang tidak mencukupi seperti yang diminta

b)

tindakan sesetengah peniaga yang menyorokkan barangan dengan tujuan untuk menaikkan harga barangan tersebutt

c)

membuat perlabelan barangan yang tidak lengkap

d)

pengeliruan dari segi perlabelan tanda halal dan haram pada barangan

e)

menjual makanan yang tidak berkhasiat dan boleh memudaratkan kesihatan kanak-kanak

13.

Pengguna mudah dieksploitasi oleh peniaga

yang tidak bertanggungjawab

a)

pengguna tidak mengetahui tentang hak dan kewajipan mereka sebagai pengguna

b)

sikap pengguna yang tidak mengambil berat akan hak-hak mereka

c)

sikap pengguna yang kurang mengambil tahu tentang fungsi-fungsi sesebuah pertubuhan pengguna

d)

melengkapi diri dengan ilmu kepenggunaan

14.

Pengguna dapat memastikan barangan atau perkhidmatanyang diterima berada dalam keadaan baik dan bermutu

a)

melengkapi diri dengan ilmu kepenggunaan

b)

menyuarakan pendapat dan menuntut layanan yang adil

c)

menuntut ganti rugi daripada pemilik kedai yang menjual barangan itu

d)

membuat aduan kepada persatuan pengguna dan agensi kerajaan

e)

sikap pengguna yang tidak mengambil berat akan hak-hak mereka

15.

Fungsi pertubuhan pengguna

a)

membolehkan setiap pengguna memahami hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna sama ada individu, masyarakat dan Negara

b)

mendidik masyarakat pengguna supaya berilmu dan tahu menggunakan hak-hak mereka sebagai seorang pengguna yang bijak

c)

mengatur dan menjalankan pelbagai aktiviti ke arah memberi pendidikan kepenggunaan kepada masyarakat

16.

Pertubuhan pengguna membantu membela hak pengguna

a)

menggerakkan aktiviti kepenggunaan melalui kelab-kelab pengguna sekolah menengah

b)

mengadakan pameran tentang fungsi pertubuhan pengguna dan peranan pengguna

c)

bertindak sebagai sekretariat tetap iaitu pengguna boleh membuat aduan mengenai isu-isu atau masalah yang berkaitan dengan hal-hal kepenggunaan

d)

mengemukakan aduan tersebut kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

e)

mengadakan ceramah atau seminar untuk menyampaikan maklumat secara terus dan dapat dimanfaatkan oleh pengguna

17.
a)

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia ( FOMCA)

b)

Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN)

c)

Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP)

18.
a)

Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP)

b)

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia ( FOMCA)

c)

Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN)

19.
a)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia

b)

Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN)

20.

Tanggungjawab pengguna dalam membela hak-hak mereka ( FOMCA )

a)

Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.

b)

Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil.

c)

Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar.

d)

Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat.

e)

Pengguna mesti bertanggungjawab terhadap alam sekitar agar ia dapat dipelihara untuk generasi masa akan datang

21.

Eksploitasi ke atas pengguna

a)

Kekeliruan dari segi perlabelan tanda halal dan haram pada barangan

b)

Perlabelan barangan yang tidak lengkap

c)

Sukatan dan timbangan yang mencukupi

d)

Tindakan menyorok barangan dengan tujuan menaikkan harga barangan tersebu

e)

Menjual makanan yang tidak berkhasiat kepada pengguna / kanak-kanak.

22.

Mengapakah kejadian seperti di atas masih berlaku dalam masyarakat?

a)

Kurang didikan agama dan moral

b)

Kurang mengetahui hak golongan orang kurang upaya

c)

Sikap ibu bapa yang malu dengan kecacatan anak

d)

Kesempitan hidup

e)

Tidak mendapat sokongan masyarakat

23.

Apakah peranan masyarakat dalam menangani masalah tersebut

a)

Melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat kes penganiayaan golongan kurang upaya

b)

Ambil tahu/peduli hal jiran

c)

Proaktif dengan masalah yang berlaku disekeliling

d)

Menjalankan tanggungjawab sosial sebagai anggota masyarakat

e)

Prihatin dengan masalah OKU

24.

Tindakan di atas adalah tidak wajar. Terangkan nilai yang harus dipupuk untuk mengatasi masalah tersebut

a)

Tanggungjawab terhadap keluarga

Tidak memandang rendah terhadap anak OKU

b)

Kasih sayang terhadap keluarga

Tidak mengabaikan hak golongan OKU

c)

Menghormati hak golongan kurang berupaya

Melayan mereka dengan baik

d)

Kasih sayang

Tidak menyisih anak-anak OKU

25.

Akta Orang Kurang Upaya (a)  

26.

Nyatakan nilai yang ingin diterapkan oleh pihak kerajaan kepada orang ramai melalui penggunakan kemudahan awam yang disediakan

a)

Mematuhi peraturan dan undang-undang

b)

Cinta akan negara

c)

Kesederhanaan

d)

Toleransi

e)

Kebebasan bersuara

27.

Mengapakah anda perlu menjaga kemudahan awam yang disediakan

a)

Boleh digunakan semasa kecemasan

b)

Supaya tidak menyusahkan orang lain

c)

Mudah untuk ke sesuatu tempat

d)

Jimat kos

e)

Keselesaan untuk riadah dan aktiviti sosial

28.

Cadangan anda untuk memastikan orang ramai memainkan peranan sebagai masyarakat yang bertanggungjawab

a)

Mematuhi peraturan yang ditetapkan

b)

Ajar anak menghargai kemudahan awam

c)

Melaporkan kerosakan kepada pihak berkuasa

d)

Menggunakan kemudahan awam dengan baik

e)

Mematuhi peraturan dan undang-undang

29.

Jelaskan kesan sekiranya kemudahan awam tidak digunakan dengan baik

a)

Imej negara terjejas

b)

Meningkatkan kos membaiki kerosakan

c)

Orang ramai tidak dapat gunakan kemudahan semasa kecemasan

30.

Hak Asasi Manusia

a)

MELINDUNGI HAK KANAK-KANAK

b)

MENGHORMATI HAK WANITA

c)

MELINDUNGI HAK PEKERJA

d)

MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG BERUPAYA

e)

MELINDUNGI HAK PENGGUNA

31.

(a)   HAK GOLONGAN KURANG BERUPAYA