wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Kata Ganda Penuh

Total questions: 41

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Apakah konsep kata ganda penuh?

a)

Kata yang tidak berulang.

b)

kata yang diulang sekerat perkataan sahaja.

c)

Kata yang diulang atau digandakan seluruh kata dasarnya sahaja.

d)

Kata yang diulang atau digandakan seluruh kata dasarnya serta diberi tanda sempang.

2.

Ivy, Mirrah dan Dewi merupakan __________ saya semasa menuntut di Universiti Putra Malaysia dahulu.

a)

kakak-kakak

b)

rakan-rakan

c)

guru-guru

d)

jiran-jiran

3.

Saya sentiasa berdoa _______ Mak Cik Kiah sembuh daripada penyakitnya.

a)

cukup-cukup

b)

tegap-tegap

c)

moga-moga

d)

kuat-kuat

4.

Adik makan aiskrim secara ________ kerana takut dimarahi oleh ibu.

a)

sembunyi-sembunyi

b)

gelap-gelap

c)

sekat-sekat

d)

jauh-jauh

5.

Usia Nirmala _________ 12 tahun pada tahun April nanti.

a)

padat-padat

b)

nyaris-nyaris

c)

genap-genap

d)

bulat-bulat

6.

__________ kaum ibu di kampung ini mahir menganyam tikar.

a)

Macam-macam

b)

Masing-masing

c)

Siapa-siapa

d)

Rata-rata

7.

Buku yang dimiliki oleh Kok Seng ______ belaka.

a)

keras-keras

b)

kasar-kasar

c)

tebal-tebal

d)

jarang-jarang

8.

Badan saya ________ setelah mendaki Gunung Kinabalu yang tinggi itu.

a)

lembik-lembik

b)

gemuk-gemuk

c)

carik-carik

d)

sakit-sakit

9.

Dia menatap gambar ibu yang dirindui itu _________.

a)

lambat-lambat

b)

hampir-hampir

c)

lama-lama

d)

jelas-jelas

10.

Saya ________ untuk membuat kuih tradisional itu tetapi tidak menjadi.

a)

susah-susah

b)

takut-takut

c)

agak-agak

d)

cuba-cuba

11.

Kuih karipap yang baru digoreng itu ________ belaka.

a)

comel-comel

b)

panas-panas

c)

cantik-cantik

d)

pahit-pahit

12.

__________ petang mereka berlatih bermain bola sepak di padang.

a)

Siang-siang

b)

Asyik-asyik

c)

Tahu-tahu

d)

Tiap-tiap

13.

Harga telefon bimbit itu masih tidak _______ walaupun telah lama berada di pasaran.

a)

sedikit-sedikit

b)

turun-turun

c)

nipis-nipis

d)

laris-laris

14.

Pembedahan pintasan jantung itu dilakukan oleh ________ perubatan di Institut Jantung Negara.

a)

pakar-pakar

b)

hebat-hebat

c)

handal-handal

d)

wakil-wakil

15.

"__________ dia anak orang kaya, dia tidak mahu berkawan dengan kita," kata Farid kepada Kelvin.

a)

Mentang-mentang

b)

Kadang-kadang

c)

Harap-harap

d)

Moga-moga

16.

Cikgu Linda menulis ______ karangan yang perlu dibuat oleh murid-muridnya di papan hitam.

a)

gambar-gambar

b)

abjad-abjad

c)

tajuk-tajuk

d)

kira-kira

17.

Di dalam cahaya yang ______ itu, dia melihat seseorang cuba membuka pintu pagar rumahnya.

a)

sedikit-sedikit

b)

samar-samar

c)

pudar-pudar

d)

kelip-kelip

18.

Penyanyi itu menyampaikan lagu yang _______ untuk menghiburkan para penonton.

a)

rendah-rendah

b)

rancak-rancak

c)

terang-terang

d)

pelik-pelik

19.

Isteri nelayan menjemur ikan di atas ______ yang dibina di halaman rumahnya.

a)

papan-papan

b)

ruang-ruang

c)

para-para

d)

rak-rak

20.

Tok Guru memilih pesilat yang _________ untuk menyertai pertandingan silat pada bulan hadapan.

a)

garang-garang

b)

lincah-lincah

c)

kasar-kasar

d)

licin-licin

21.

Qistina tidak mampu membeli pakaian di butik itu kerana semuanya __________.

a)

murah-murah

b)

cantik-cantik

c)

mahal-mahal

d)

baru-baru

22.

____________ yang ditunjukkan oleh peserta gimrama itu sungguh mengagumkan.

a)

Mana-mana

b)

Siapa-siapa

c)

Cara-cara

d)

Aksi-aksi

23.

Dalam_______, rupa-rupanya Adli membeli sebuah rumah banglo untuk keluarganya.

a)

dengar-dengar

b)

dekat-dekat

c)

malu-malu

d)

diam-diam

24.

Pak Husin memesan air kopi yang _______ apabila dia minum di warung itu.

a)

mentah-mentah

b)

masam-masam

c)

pekat-pekat

d)

cantik-cantik

25.

Buah-buahan mengandungi ________ yang penting kepada tubuh badan kita.

a)

langkah-langkah

b)

wakil-wakil

c)

ciri-ciri

d)

zat-zat

26.

__________ yang dijual di pasar borong itu murah dan segar.

a)

Buku-buku

b)

Kuih-kuih

c)

Lauk-lauk

d)

Ikan-ikan

27.

Saya berasa kasihan melihat kebanyakan mangsa peperangan itu ___________ belaka.

a)

kurus-kurus

b)

bulat-bulat

c)

sihat-sihat

d)

nipis-nipis

28.

Buah durian yang dibeli oleh ayah _______ isinya.

a)

pahit-pahit

b)

cukup-cukup

c)

pekat-pekat

d)

elok-elok

29.

Kakak menyelitkan sekeping nota di ________ buku yang menimbun itu.

a)

masuk-masuk

b)

celah-celah

c)

jarak-jarak

d)

jiran-jiran

30.

"_______ kamu, siapakah yang layak untuk menjadi ketua pengawas sekolah kita?" tanya Peter kepada Susan.

a)

Moga-moga

b)

Agak-agak

c)

Kata-kata

d)

Kira-kira

31.

Ibu membantu adik mengenal ________ yang terdapat di dalam buku itu.

a)

abjad-abjad

b)

habis-habis

c)

ingat-ingat

d)

kira-kira

32.

Puan Leza menghidangkan __________ santan kepada tetamu yang datang ke rumahnya.

a)

mentah-mentah

b)

murah-murah

c)

agar-agar

d)

nasi-nasi

33.

Mohan bimbang _________ permohonannya untuk melanjutkan pelajaran di universiti itu ditolak.

a)

kalau-kalau

b)

nyaris-nyaris

c)

bukan-bukan

d)

takut-takut

34.

Helmi bertanggungjawab memelihara ________nya sejak pemergian kedua-dua orang tua mereka.

a)

rakan-rakan

b)

jiran-jiran

c)

adik-adik

d)

ibu-ibu

35.

Helmi bertanggungjawab memelihara ________nya sejak pemergian kedua-dua orang tua mereka.

a)

rakan-rakan

b)

jiran-jiran

c)

adik-adik

d)

ibu-ibu

36.

_________ yang dipakai oleh Puan Ani bertatahkan batu permata.

a)

Panjang-panjang

b)

Anting-anting

c)

Kain-kain

d)

Baju-baju

37.

Irene ________ setelah makan makanan yang tercemar itu.

a)

muntah-muntah

b)

lembik-lembik

c)

kurus-kurus

d)

hati-hati

38.

Wajah gadis yang berambut keriting itu _____ wajah biduanita Sharifah Ani.

a)

nyaris-nyaris

b)

hampir-hampir

c)

cemas-cemas

d)

iras-iras

39.

Kaki Alya ______ kerana digigit nyamuk di kebun itu.

a)

keras-keras

b)

carik-carik

c)

gatal-gatal

d)

garu-garu

40.

Puan Diana rambang mata memilih kain batik yang _______ di kedai itu.

a)

cantik-cantik

b)

alang-alang

c)

bulat-bulat

d)

kelip-kelip

41.

Antara ________ murid yang cemerlang ialah bijak, rajin dan berbudi bahasa.

a)

diam-diam

b)

baik-baik

c)

biri-biri

d)

ciri-ciri