wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T5B1 Sejarah Percubaan

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut menunjukkan perubahan dalam bidang pentadbiran yang berlaku di Thailand pada abad ke-19.


Raja Mongkut: Melantik 80 orang penasihat

Raja Chulalongkorn: Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah


Mengapakah perubahan tersebut dilakukan?

a)

Menamatkan sistem monarki

b)

Memenuhi tuntutan rakyat

c)

Memajukan pendidikan rakyat

d)

Mengekalkan kedaulatan negara

2.

Pertubuhan Muhammadiyah merupakan pertubuhan penting dalam gerakan nasionalisme tahap pertama di Indonesia.


Matlamat perjuangan pertubuhan tersebut?

a)

Mempertahankan kuasa pemimpin tempatan

b)

Memperjuangkan kemajuan ekonomi

c)

Menghindari ancaman sekularisme

d)

Meningkatkan kerjasama dengan kerajaan

3.

Penjajah Sepanyol memperkenalkan Sistem Encomienda di Filipina.

Mengapakah penduduk Filipina tidak berpuas hati terhadap sistem tersebut?

a)

Ekonomi sara diri terjejas

b)

Cukai yang membebankan

c)

Perusahaan tradisional terancam

d)

Perdagangan tukar barang terganggu

4.

Maklumat di bawah merujuk kepada perubahan corak perjuangan nasionalisme di Asia Tenggara.


Tahap 1: Bercorak sederhana

Tahap 2: Bercorak radikal


Mengapakah perubahan corak perjuangan tersebut berlaku?

a)

Blok kuasa dunia dibentuk

b)

Perjuangan awal kurang berjaya

c)

Kerjasama dengan negara serantau

d)

Sumber kewangan tidak mencukupi

5.

Mengapakah sistem Encomienda mendapat tentangan daripada rakyat Filipina?

a)

Mengkristiankan penduduk

b)

Melaksanakan kerahan tenaga

c)

Mengukuhkan kuasa Gabenor Jeneral

d)

Menghapuskan kuasa pembesar tempatan

6.
  • Anak golongan priyayi diasingkan daripada anak orang kebanyakan
  • Pendidikan terhad di kawasan bandar


Mengapakah penjajah Belanda menjalankan dasar tersebut di Indonesia?

a)

Menjimatkan perbelanjaan

b)

Melatih penduduk menjadi pemimpin

c)

Memecahbelahkan perpaduan rakyat

d)

Mengekalkan sistem pendidikan tradisional

7.

Maklumat di bawah menunjukkan negara Asia Tenggara yang menjadi jajahan kuasa Barat pada abad ke-19.


Indonesia, Tanah Melayu, Burma, Filipina


Mengapakah negara-negara tersebut menjadi sasaran Barat?

a)

Kepadatan penduduk

b)

Kekayaan bahan mentah

c)

Kepelbagaian budaya

d)

Kekuatan pertahanan

8.

Penjajah Sepanyol memperkenalkan Sistem Encomienda di Filipina.


Mengapakah penduduk Filipina tidak berpuas hati terhadap sistem tersebut?

a)

Pertanian sara diri dihapuskan

b)

Ekonomi tradisional terjejas

c)

Keamanan tergugat

d)

Cukai yang tinggi

9.

Antara yang berikut, yang manakah mencetuskan semangat nasionalisme di Asia Tenggara?

a)

Perang Rusia-Jepun

b)

Perang Dingin di Eropah

c)

Perjuangan golongan Luddite

d)

Perjuangan Parti Komunis Malaya

10.

Setiap nasionalis pasti akan memperjuangkan kebebasan negaranya daripada cengkaman penjajah asing.


Apakah faktor kejayaan perjuangan para nasionalis tersebut?

a)

Bantuan golongan bangsawan

b)

Perpaduan penduduk peribumi

c)

Kerjasama dengan kuasa asing

d)

Pengukuhan pemerintahan tradisional

11.

Sistem Pendidikan di Indonesia awal abad ke-19


Bandar: Anak golongan priyayi

Kampung: Anak orang kebanyakan


Berdasarkan maklumat di atas, apakah tujuan Belanda mengasingkan sistem pendidikan tersebut?

a)

Menggalakkan rakyat mencari ilmu

b)

Menyekat penghijrahan ke bandar

c)

Membuat pilihan mengikut pencapaian

d)

Memecahbelahkan perpaduan penduduk

12.

1906: Persatuan Belia Buddha


Apakah isu yang digunakan oleh persatuan tersebut untuk membangkitkan semangat nasionalisme?

a)

Isu agama

b)

Isu kasut

c)

Isu adat resam

d)

Isu kedaulatan

13.

Mengapakah negara China menjadi tumpuan negara-negara Barat pada abad ke-19?

a)

Tenaga mahir ramai

b)

Bahan mentah banyak

c)

Tanah yang subur

d)

Pasaran yang luas

14.

Apakah tuntutan gerakan nasionalisme tahap awal di Filipina?

a)

Pemerintahan kerajaan sendiri

b)

Pengembalian kuasa raja

c)

Hak mengundi pemimpin

d)

Hak kebebasan bersuara

15.

Penjajah Sepanyol memperkenalkan Sistem Encomienda di Filipina.


Mengapakah penduduk Filipina tidak berpuas hati terhadap sistem tersebut?

a)

Perdagangan tukar barang terganggu

b)

Perusahaan tradisional terancam

c)

Cukai yang membebankan

d)

Ekonomi sara diri terjejas

16.

X

Ditubuhkan pada tahun 1906

Menggunakan Isu Kasut


Apakah X?

a)

Parti Dobama Asiayone

b)

Liga Antipemisahan

c)

Persatuan Belia Buddha

d)

Liga Pembebasan Rakya

17.

Apakah tuntutan gerakan nasionalisme tahap awal di Filipina?

a)

Hak mengundi

b)

Hak kebebasan bersuara

c)

Pengembalian kuasa raja

d)

Pemerintahan kerajaan sendiri

18.

Maklumat berikut berkaitan dengan kejayaan Jepun dalam bidang ketenteraan.


1895: Menewaskan China

1905: Menewaskan Rusia


Apakah kesan kejayaan tersebut terhadap Asia Tenggara?

a)

Pengukuhan sistem pertahanan

b)

Perluasan semangat nasionalisme

c)

Kemunculan semangat nasionalisme

d)

Kemantapan kuasa pemerintahan tempatan

19.

Maklumat berikut berkaitan perubahan sistem birokrasi Barat di Burma.


Akta Kampung Ulu Burma 1887

Akta Perkampungan Burma 1889


Apakah implikasi pengenalan kedua-dua akta tersebut oleh British di Burma?

a)

Menjadikan sistem ekonomi lebih sistematik

b)

Melicinkan sistem pentadbiran tradisional Burma

c)

Melenyapkan terus sistem pentadbiran tradisional

d)

Mengekalkan sistem pentadbiran peringkat kampung

20.

Mengapakah gerakan nasionalisme di Asia Tenggara mengalami perubahan kepada gerakan bercorak radikal pada tahap kedua?

a)

Gerakan tahap pertama tidak meninggalkan kesan kepada penjajah

b)

Pertambahan bilangan nasionalis yang berpendidikan tinggi

c)

Dipengaruhi oleh gerakan radikal di luar negara

d)

Pemimpin nasionalis ditangkap oleh penjajah

21.

Mengapakah Sistem Birokrasi Barat ditentang oleh rakyat tempatan?

a)

Mengutamakan golongan imigran dalam ekonomi

b)

Menyekat rakyat tempatan dalam pentadbiran

c)

Merampas tanah peribumi melalui kekerasan

d)

Menjejaskan kuasa pembesar dalam pentadbiran

22.

Berikut merupakan slogan yang sering digunakan oleh kuasa Barat pada abad ke-18.


Beban orang putih

Tugas menyebarkan tamadun


Mengapakah slogan tersebut digunakan?

a)

Memajukan negara yang dijajah

b)

Menjalankan aktiviti imperialisme

c)

Melancarkan misi kemanusiaan sejagat

d)

Merupakan tanggungjawab murni mereka

23.

Pernyataan berikut seorang tokoh nasionalis Filipina.


Seorang nasionalis yang menentang Sepanyol di Filipina

Bergerak cergas dalam gerakan dakyah

Pengarang novel Noli Me Tangere dan El Filibusterismo


Maklumat manakah yang berkaitan dengan tokoh X?


I Berjuang secara radikal

II Menganggotai Katipunan

III Menubuhkan Liga Filipina

IV Berjuang melalui akhbar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

Rajah berikut menunjukkan perubahan sistem politik di Asia Tenggara.


Sistem pemerintahan beraja ---> Sistem birokrasi Barat

Imperialis Barat melaksanakan perubahan tersebut dengan tujuan

a)

mengukuhkan sistem pertahanan

b)

menjadikan kehidupan penduduk sejahtera

c)

menguasai ekonomi negara jajahan

d)

melicinkan pentadbiran tradisional

25.

Mengapakah Belanda didesak oleh Parti Sarekat Islam untuk menubuhkan Volksraad?

a)

Mendesak Belanda supaya diadakan pilihanraya untuk membentuk kerajaan

b)

Memberi peluang kepada penduduk tempatan terlibat dalam pentadbiran

c)

Menyekat penularan pengaruh asing di kalangan rakyat Indonesia

d)

Merupakan langkah awal ke arah kemerdekaan Indonesia

26.

Maklumat berikut tentang nasionalis di India.


Tokoh X

Bersikap sederhana

Pernah ditangkap dan dipenjarakan oleh British

Memperjuangkan pembelaan rakyat dan kemerdekaan


Mengapakah perjuangan tokoh X menjadi inspirasi kepada nasionalis di negara Asia Tenggara?

a)

Berjuang melalui gerakan dakyah

b)

Mengutamakan agama dalam perjuangan

c)

Enggan bekerjasama dengan penjajah

d)

Melancarkan revolusi bersenjata

27.

Maklumat berikut merupakan pengenalan sistem birokrasi Barat di IndoChina


Pentadbiran Perancis ---> Membentuk Union Indochinoise


Apakah tanggungjawab kerajaan tempatan kepada kerajaan pusat di IndoChina?


I Membayar cukai

II Menyediakan kerahan tenaga

III Memasarkan barangan Perancis

IV Mematahkan pemberontakan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

28.

Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara terbahagi kepada tahap pertama dan tahap kedua.


Mengapakah gerakan nasionalisme tahap pertama gagal mencapai matlamatnya?

a)

Pemimpin dipenjara

b)

Rakyat tidak bersatu

c)

Berlaku campur tangan raja

d)

Gerakan bersifat sederhana

29.

Sistem Encomienda diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina.


Mengapakah rakyat Filipina menentang pelaksanaan sistem tersebut?


I Penduduk dikenakan cukai yang tinggi

II Peningkatan kemasukan imigran

III Menjalankan perkongsian kuasa

IV Kerahan tenaga dilaksanakan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

30.

Maklumat berikut tentang parti politik yang wujud di Asia Tenggara


Viet Nam Quoc Dang Dang, Majlis Am Sangha Sametgi & Katipunan


Pada pendapat anda, apakah persamaan parti-parti politik tersebut?


I Menuntut kemerdekaan melalui revolusi

II Mengadakan kerjasama dengan penjajah

III Memecahkan perpaduan rakyat tempatan

IV Menubuhkan kerajaan berbentuk republik

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

31.

Tindakan berikut berlaku ketika nasionalisme tahap kedua di Thailand.


Menutup semua sekolah Cina

Membubarkan penerbitan akhbar Cina


Mengapakah timbul perasaan demikian?

a)

Perkembangan sistem pendidikan Barat

b)

Penglibatan dalam Perang China-Thailand

c)

Penguasaan orang Cina dalam bidang ekonomi

d)

Perasaan perkauman yang menebal di kalangan rakyat

32.

Maklumat berikut menunjukkan sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan oleh Raja Mongkut di Thailand.


Raja Mongkut

Melantik 80 penasihat Barat mengetuai pelbagai jabatan

Penasihat kewangan dibawa dari Britain

Penasihat ketenteraan dari Perancis


Mengapakah baginda berbuat demikian?

a)

Mengekalkan kedaulatan

b)

Mengukuhkan kedudukan

c)

Mempamerkan kewibawaan

d)

Menjalinkan hubungan multilateral

33.

Negara berikut menjadi sasaran dalam proses imperialisme Barat pada abad ke-17.


India & China


Apakah faktor yang mendorong kuasa Barat berminat untuk menguasai negara tersebut?

a)

Teknologi yang tinggi

b)

Kekayaan bahan mentah

c)

Tenaga kerja yang mahir

d)

Kawasan pasaran yang luas

34.

Maklumat berikut berkaitan birokrasi Barat di Asia Tenggara.


Union Indochinoise 1887

Terdiri daripada Vietnam dan Kemboja

Perancis menguasai pentadbiran

X


Apakah X?


I Rakyat dikenakan cukai

II Gabenor Jeneral sebagai ketua

III Golongan Mandarin menjadi penasihat

IV Kerajaan tempatan dikuasai sepenuhnya

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

35.

Penjajah Belanda melakukan pembaharuan dalam pentadbiran di Indonesia melalui penubuhan Volksraad.


Mengapakah Volksraad ditubuhkan?

a)

Pentadbiran tradisional dihapuskan

b)

Sistem pentadbiran pusat diwujudkan

c)

Memelihara keamanan dan keselamatan

d)

Langkah ke arah kemerdekaan

36.

Mengapakah Raja Chulalongkorn memperkenalkan Birokrasi Barat dalam sistem pentadbirannya di Thailand?

a)

Mengamalkan demokrasi

b)

Mengekalkan kemerdekaan

c)

Mewujudkan pemusatan kuasa

d)

Memelihara sistem raja berkuasa mutlak

37.

Kuasa Barat telah melaksanakan Sistem Birokrasi Barat selepas menguasai Asia Tenggara.


Apakah ciri sistem birokrasi tersebut?

a)

Pelaksanaan sistem ufti

b)

Pelantikan pembesar daerah

c)

Pengekalan pemerintahan beraja

d)

Pengenalan undang-undang penjajah

38.

Dalam bidang ketenteraan Jepun berjaya menewaskan China pada 1895 dan Rusia pada tahun 1905.


Apakah kesan kejayaan tersebut terhadap Asia Tenggara?

a)

Kemantapan kuasa pemerintahan tempatan

b)

Kemunculan semangat nasionalisme

c)

Pengamalan semangat kenegerian

d)

Pengukuhan sistem pertahanan

39.

Sistem Tanaman Paksa telah diperkenalkan kepada penduduk Indonesia.


Apakah kesan terhadap rakyat Indonesia?

a)

Mewujudkan jurang sosial

b)

Meningkatkan ekonomi

c)

Menghapuskan cukai pertanian

d)

Menyediakan peluang pekerjaan

40.

Perkembangan teknologi berikut berlaku pada abad ke-19.


Pembukaan Terusan Suez

Penggunaan telegraf

Penggunaan kapal wap


Apakah kesan perkembangan teknologi tersebut terhadap Asia Tenggara?

a)

Perkembangan pengangkutan laut

b)

Peningkatan taraf hidup penduduk

c)

Perluasan imperialisme Barat

d)

Pertambahan imigran Eropah