wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah - Trial SPM MRSM 2019

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Apakah sumbangan Firaun Senuusret III kepada kemajuan tamadun Mesir Purba?

a)

Membina tembok pengairan

b)

Menggubal undang-undang

c)

Mengasaskan empayar

d)

Meluaskan wilayah

2.

Gambar merupakan tulang oracle yang digunakan oleh masyarakat Hwang Ho.

Apakah fungsi tulang tersebut?

a)

Meramal sesuatu keadaan

b)

Menetapkan musim menuai

c)

Menyusun strategi peperangan

d)

Menentukan arah pelayaran

3.

Apakah kriteria yang digunakan oleh Hon Kao Tsu dalam pemilihan pegawai kerajaan tamadun China?

a)

Pencalonan

b)

Pengundian

c)

Pertarungan

d)

Peperiksaan

4.

Apakah peranan golongan Helot dalam organisasi sosial bandar Sparta?

a)

Pembantu raja

b)

Pemungut cukai

c)

Pengusaha tanah

d)

Pengawal istana

5.

Bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca di Asia Tenggara.


Bagaimanakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Pengenalan sistem tulisan

b)

Penguatkuasaan undang-undang

c)

Pengaruh daripada bahasa asing

d)

Perkembangan aktiviti perdagangan

6.

Mengapakah konsep berikut diamalkan oleh masyarakat kerajaan awal di Asia Tenggara?

Raja adalah bayangan Tuhan

a)

Menghormati adat istiadat istana

b)

Mengekalkan pentadbiran yang adil

c)

Mengukuhkan kedudukan pemerintah

d)

Mengeratkan hubungan dengan pemerintah

7.

Maklumat berikut berkaitan dengan kehidupan masyarakat Arab pada zaman Jahiliah.

Perang al-Basus

Berlaku antara Bani Taghlib dengan Bani Bakar

Berlangsung selama 40 tahun

Apakah faktor peperangan tersebut?

a)

Perebutan kawasan air

b)

Penerokaan wilayah baru

c)

Pertelagahan antara kabilah

d)

Perbezaan amalan kepercayaan

8.

Senarai berikut adalah sahabat Nabi Muhammad SAW.

Bilal bin Rabah

Amir bin Fuhairah

Zunainah

Mengapakah Arab Quraisy menyeksa mereka?

a)

Menghapuskan sistem perhambaan

b)

Menghalang pengaruh agama Islam

c)

Melaksanakan undang-undang ketat

d)

Mengukuhkan semangat assabiah

9.

Pendapat berikut dikemukakan oleh orientalis Barat.

Penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah adalah satu pelarian.

Apakah bukti untuk menyangkal dakwaan tersebut?

I - Termeterai Perjanjian Hudaibiyah

II - Jemputan penduduk tempatan

III - Sambutan meriah penduduk

IV - Bebas mengerjakan umrah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Orang Islam Madinah telah berikrar untuk menuntut bela di atas kematian Uthman bin Affan. Perkara ini menimbulkan kebimbangan kepada Arab Quraisy Makkah.


Bagaimanakah masalah ini diselesaikan?

a)

Menghapuskan pembelot

b)

Memeterai perjanjian

c)

Melakukan serangan

d)

Membuat sumpah setia

11.

Ilmuan kerajaan Bani Abbasiyah telah menambah baik karya-karya Yunani.


Bagaimanakah mereka menjayakan usaha tersebut?

a)

Menubuhkan Baitulmal

b)

Menggiatkan aktiviti penterjemahan

c)

Meningkatkan hubungan diplomatik

d)

Memperkenalkan tanda bunyi dan baris

12.

Peta menunjukkan kedudukan Istanbul di Asia Barat.

Mengapakah Istanbul menjadi Jalinan Perdagangan Dunia Islam?

a)

Penguasaan pelabuhan

b)

Penerimaan budaya asing

c)

Penerapan unsur demokrasi

d)

Peningkatan penterjemahan

13.

Senarai berikut merupakan penemuan arkeologi di Asia Tenggara.

Batu Bersurat Terengganu

Batu nisan makam Kampung Permatang Pasir

Apakah kepentingan penemuan tersebut?

a)

Perkembangan bahasa Sanskrit

b)

Kedatangan agama Islam

c)

Pengaruh Hindu Buddha

d)

Kewujudan pusat keilmuan

14.

Apakah peranan tokoh berikut dalam penyebaran Islam di Acheh?

Hamzah al-Fansuri Syeikh Nurudin al-Raniri

a)

Menterjemah kitab

b)

Membuka perkampungan

c)

Mengarang karya pemikiran

d)

Mengeluarkan fatwa

15.

Masyarakat di Negeri Sembilan menjadikan Adat Perpatih sebagai panduan dalam kehidupan mereka.


Bagaimanakah undang-undang tersebut dilaksanakan?

a)

Merujuk hukum syariah

b)

Mengamalkan musyawarah

c)

Mengutamakan nasab bapa

d)

Mentaati perintah raja

16.

Apakah ciri pendidikan formal selepas kedatangan Islam?


I - Pengawasan oleh mudir

II - Pembelajaran di tempat awam

III - Mementingkan peperiksaan

IV - Menekankan ketinggian akhlak

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Manusia pada zaman Renaissance didorong oleh semangat inkuiri yang kuat.


Bagaimanakah sikap tersebut boleh memajukan negara?

a)

Mengamalkan sikap bekerjasama

b)

Membentuk rakyat bertoleransi

c)

Mematuhi undang-undang

d)

Mencipta teknologi baru

18.

Tokoh berikut merupakan pemimpin yang menggalakkan aktiviti penerokaan dan penjelajahan pada abad ke-15.

Ratu Isabella (Sepanyol)

Putera Henry (Portugal)

Apakah kesan usaha tersebut terhadap masyarakat Asia Tenggara?

a)

Penjajahan oleh orang Barat

b)

Penggunaan teknologi moden

c)

Pengukuhan institusi raja

d)

Penguasaan jalan laut

19.

Apakah tujuan British membawa masuk buruh dari India dan China ke Tanah Melayu pada abad ke-18 hingga abad ke-19?

a)

Melicinkan pentadbiran kerajaan

b)

Menambah bilangan penduduk

c)

Mengimbangi komposisi kaum

d)

Memaksimumkan keuntungan

20.

British memperkenalkan mata wang di Negeri-negeri Selat pada tahun 1906.

Apakah kesan tersebut terhadap ekonomi orang Melayu?

a)

Penurunan kadar cukai

b)

Ekonomi sara diri merosot

c)

Peningkatan taraf hidup rakyat

d)

Mata wang tradisional terhapus

21.

Terusan Suez telah dibina pada tahun 1869 di Mesir.


Apakah kepentingan pembinaan tersebut?

a)

Pembukaan bandar baru

b)

Kemunculan pelabuhan moden

c)

Memendekkan jarak perjalanan

d)

Lebih banyak muatan dagangan

22.

Mengapakah kuasa imperialis memperkenalkan sistem birokrasi di Asia Tenggara?

a)

Mendapat sokongan pembesar

b)

Memodenkan institusi raja

c)

Menguasai hasil ekonomi

d)

Memelihara adat resam tempatan

23.

Parti politik berikut ditubuhkan semasa penjajahan Perancis di IndoChina.

Viet Nam Quoc Dang Dang( VNQDD)

Parti Komunis Vietnam (PKV)

Apakah faktor kemunculan parti tersebut?

a)

Kebangkitan golongan agama

b)

Kelemahan gerakan bersenjata

c)

Kegiatan penulisan kesusasteraan

d)

Kegagalan parti politik sederhana

24.

Mengapakah tokoh berikut menentang British?

Dol Said : Naning

Dato' Bahaman : Pahang

a)

Kehilangan kuasa dan pengaruh

b)

Dorongan daripada pemerintah

c)

Pengaruh golongan agama

d)

Ancaman keselamatan

25.

Maahad II Ihya Assyariff banyak melahirkan golongan intelektual Melayu pada tahun 1930-an.


Apakah peranan institusi tersebut kepada perjuangan Kesatuan Melayu Muda?

a)

Memelihara warisan tradisi

b)

Mewujudkan golongan pentadbir

c)

Menghasilkan pelajar berkemahiran

d)

Membentuk pemuda yang radikal

26.

Senarai berikut adalah negara bangsa baru yang muncul di Eropah pada awal abad ke-20.

Czechoslovakia

Yugoslavia

Poland

Apakah asas kemunculan negara tersebut?

a)

Berdasarkan kumpulan etnik

b)

Berlandaskan sistem demokrasi

c)

Bersumberkan kekayaan hasil bumi

d)

Berpandukan pegangan kepercayaan

27.

Senarai berikut menerangkan syarat pewarisan takhta yang termaktub dalam Perlembagaan Johor 1895.

Berbangsa Melayu

Beragama Islam

Waris pemerintah Johor

Apakah kepentingan syarat tersebut?

a)

Meluaskan wilayah pengaruh

b)

Mengekalkan kedaulatan raja

c)

Mengukuhkan sistem pertahanan

d)

Meningkatkan kecekapan pemerintah

28.

Senarai berikut adalah pertubuhan golongan Melayu radikal di Tanah Melayu pada 1940-an.

Parti Kebangsaan Melayu Malaya

Angkatan Pemuda Insaf

Angkatan Wanita Sedar

Mengapakah mereka menyokong penubuhan Malayan Union 1946?

a)

Membantah konsep republik

b)

Menghapuskan sistem feudal

c)

Melindungi hak orang Melayu

d)

Membentuk negara demokrasi

29.

Mengapakah penentangan rakyat Sabah terhadap penjajahan British berlaku secara perlahan?

a)

Perjuangan bersifat sederhana

b)

Pengeluaran surat amaran

c)

Pengenalan peraturan adat

d)

Pemimpin tempatan dibuang negeri

30.

Senarai berikut merupakan usaha bagi mewujudkan Pakatan Murni di Tanah Melayu pada tahun 1940-an.

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

Konvensyen Kebangsaan

Apakah kepentingan usaha tersebut?

a)

Mendapatkan sokongan negara luar

b)

Melaksanakan dasar-dasar negara

c)

Menyatupadukan pelbagai kaum

d)

Merangka perlembagaan negara

31.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan British pada 15 Ogos 1957.


Apakah kesan perjanjian tersebut?

a)

Meningkatkan kemasukan orang dagang

b)

Menjalin hubungan antarabangsa

c)

Mewujudkan kerjasama ekonomi

d)

Membentuk kerajaan sendiri

32.

Mengapakah British bersetuju dengan cadangan pembentukan Malaysia pada tahun 1963?

a)

Menyatukan penduduk berbilang kaum

b)

Menyekat pengaruh komunis

c)

Mengehad kemasukan imigran

d)

Mengukuhkan semangat setia kawan

33.

Apakah faktor berakhirnya konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia pada 1965?

a)

Sekatan ekonomi

b)

Referendum rakyat

c)

Desakan antarabangsa

d)

Pertukaran pemimpin

34.

Ketua Setiausaha Negara mengetuai perkhidmatan awam di Malaysia.


Apakah tanggungjawab beliau?

a)

Mengetuai badan kehakiman

b)

Menyelaraskan tugas menteri

c)

Menentukan gaji kakitangan awam

d)

Mengawasi jabatan dan kementerian

35.

Lagu Terang Bulan telah dijadikan sebagai lagu kebangsaan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman.


Mengapakah lagu tersebut dipilih?

a)

Melambangkan perpaduan

b)

Menggambarkan ketaatan rakyat

c)

Mengandungi unsur kemelayuan

d)

Meningkatkan semangat perjuangan

36.

Senarai berikut merupakan dasar pembangunan sosial yang dibentuk selepas peristiwa 13 Mei 1969.

Rukun Negara

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Apakah matlamat dasar tersebut?

a)

Mengukuhkan institusi raja

b)

Mengeratkan perpaduan kaum

c)

Memantapkan pentadbiran negara

d)

Mewujudkan pemerintahan demokrasi

37.

Maklumat berikut merupakan cabaran keenam bagi merealisasikan Wawasan 2020.

Membina masyarakat yang maju dan saintifik

Bagaimanakah perkara tersebut dapat dicapai?

a)

Pemikiran yang matang

b)

Pengukuhan perpaduan kaum

c)

Penguasaan ilmu pengetahuan

d)

Pembentukan individu seimbang

38.

Maklumat berkaitan peperangan yang berlaku pada pertengahan abad ke-20.

Apakah faktor persamaan yang membawa kepada peristiwa tersebut?

a)

Persaingan kuasa barat

b)

Pencabulan perjanjian

c)

Pembunuhan pemimpin

d)

Pengeboman kapal dagang

39.

Bagaimanakah pertubuhan berikut membawa misi keamanan dunia?

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)

a)

Menghormati hak asasi manusia

b)

Meningkatkan kerjasama ekonomi

c)

Menghapuskan pengaruh komunis

d)

Membantu negara yang kurang maju

40.

Kerajaan berusaha untuk menyusun semula sistem K-masyarakat di Malaysia.


Apakah usaha tersebut?

a)

Membina sekolah wawasan

b)

Menubuhkan Universiti Cyberjaya

c)

Melancarkan Koridor Raya Multimedia

d)

Menjalankan penyelidikan dan pembangunan