wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RBT TINGKATAN 3

Total questions: 20

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Inovasi ialah proses pengubahsuaian dan penambahbaikan kepada produk sedia ada.

a)

Betul

b)

Salah

2.

Invensi ialah pengubahsuaian yang dibuat pada produk sedia ada.

a)

Betul

b)

Salah

3.

Tujuan inovasi ialah menjadikan produk sedia ada lebih baik dan menarik.

a)

Betul

b)

Salah

4.

Invensi ialah menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu serta belum pernah wujud.

a)

Betul

b)

Salah

5.

Robot pengesan periuk api merupakan invensi dan inovasi dalam bidang...

a)

Pendidikan

b)

Kesihatan

c)

Pertahanan

6.

Antara alatan hasil daripada invensi dan inovasi dalam bidang pendidikan ialah...

a)

alat tayangan multimedia

b)

jam pengukur degupan jantung

c)

Pencetak 3D

7.

Aplikasi percuma Android yang digunakan untuk mengesan gempa bumi dikenali sebagai...

a)

MyShake

b)

MyGegar

c)

MyDrill

8.

Alat yang dapat menunjukkan sama ada kedudukan badan kita lurus atau bengkok ketika menggunakan komputer dikenali sebagai...

a)

Pengesan deria

b)

Pengesan ergo

c)

Pengesan auto

9.

Invensi dan inovasi turut digunakan dalam bidang kesihatan. Antaranya ialah:

I. peranti pengukur tekanan darah mudah alih

II. jam pengukur degupan jantung

III. Stylus pen

IV. Pen 3D

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Sesuatu produk itu tidak lagi dipanggil invensi apabila usianya telah melebihi _____________________ tahun

a)

4

b)

6

c)

8

d)

10

11.
Nyatakan maksud masalah bukan inventif dengan betul
a)
Masalah yang tidak dapat diselesaikan dan mempunyai kesan sampingan
b)
Masalah yang dapat diselesaikan tanpa mempunyai kesan sampingan
12.
Aminah, Nadia, Jamila berkongsi payung yang kecil pada hari hujan dan menyebabkan baju mereka basah. Oleh itu Nadia menukarkan payung yang lebih besar, namun masalah baru timbul iaitu payung tersebut lebih berat dan menyebabkan tangan menjadi lenguh apabila memegangnya.
Nyatakan jenis masalah di atas
a)
Masalah inventif
b)
Masalah bukan inventif
13.
Apakah proses kerja kedua dalam penyelesaian masalah bukan inventi?
a)
Mengenal pasti masalah
b)
Membuat pilihan
c)
Melaksanakan pilihan
d)
Menyenaraikan pilihan untuk menyelesaikan masalah
14.
Parameter bagi percanggahan fizikal beban ialah
a)
Besar lawan kecil
b)
Berat lawan ringan
c)
Tinggi lawan rendah
15.
Pilih jenis kaedah pemisah yang betul jika sebuah kerusi perlu besar dan kecil pada masa yang sama
a)
Kaedah pemisah ruang
b)
Kaedah pemisah masa
16.
Pilih kaedah pemisah yang betul jika sebuah kerusi tidak perlu tinggi dan rendah pada masa yang sama
a)
Kaedah pemisah ruang
b)
Kaedah pemisah masa
17.
Prinsip inventif bagi pemisah ruang ialah ......
a)
Kualiti setempat
b)
Kedinamikan
c)
Tindakan Berkala
d)
Tindakan awal
18.
Prinsip inventif bagi kaedah pemisah masa ialah ............
a)
Pengekstrakan
b)
Pembahagian
c)
Pengembangan terma
d)
Penyarangan
19.
Jika komponen muka meja memegang buku, kaki meja memegang .........................
a)
Skru
b)
Lantai
c)
Muka meja
20.
'Cawan memegang air'. Pilih yang mana satu penerima kesan
a)
Cawan
b)
Air
c)
Memegang