NEW
Font size
WorksheetsSINONIM
Total questions: 40
Worksheet time: 13mins
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Bunga mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang mekar.
layu
hidup
kuncup
kembang
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Puan Afira merupakan seorang wanita yang tabah menghadapi dugaan.
kuat
berani
gentar
kasar
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Ketika fajar menyinsing, kedengaran bunyi kicauan burung dan kokokan ayam dari desa itu.
petang
senja
malam
subuh
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Rahim tidak dapat tidur nyenyak semalam kerana diganggu nyamuk.
leka
lena
mudah
selesa
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Kucing ialah binatang yang boleh melihat dengan terang pada waktu malam.
sepi
nyata
jelas
kabur
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Pasar malam menjadi sunyi apabila malam semakin larut.
riuh
hiba
tenang
lengang
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Keluarga Wafii memberi dorongan kepadanya untuk berjaya.
sumbangan
cadangan
hasutan
galakan
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Encik Noman menunaikan amanat datuk dengan sebaik-baiknya.
wasiat
arahan
utusan
siasatan
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Mak Cik Aina memukul ular yang melulur anak ayamnya petang semalam.
menelan
mematuk
memakan
memagut
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Adik Hannani fasih berbahasa Inggeris sejak dia berumur sepuluh tahun.
laju
yakin
tegas
petah
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Puan Zaiton amat risau akan penyakit yang dihidapi oleh anaknya.
takut
sedih
khuatir
hampa
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Encik Haikal menyampaikan pendapatnya dengan suara yang lantang dalam mesyuarat itu.
kuat
ragu
cepat
hebat
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Cik Athilah sedang menanam pokok bunga di halaman rumahnya.
anjung
perkarangan
belakang
serambi
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Ayah mengherdik adik kerana bermain di tempat kotor.
memujuk
mengusir
menengking
menyanjung
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Mastura berasa hampa apabila permohonannya memasuki universiti ditolak.
malu
sedih
kecewa
terkilan
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Loganathan membantai kucing hitam itu dengan sebatang penyapu.
menghentak
memukul
mengetuk
menghentam
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
"Tolong alihkan kerusi plastik itu ke tepi," kata Amanda kepada adiknya.
tukarkan
gantikan
ubahkan
buangkan
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Encik Marzuqi sekeluarga akan berhijrah ke Sabah pada bulan hadapan.
beralih
berpindah
bertandang
berangkat
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Saya sering makan di restoran kerana masakannya sedap belaka.
selalu
jarang
kadang-kadang
sesekali
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Kami menikmati panorama indah di Pulau Tioman itu ketika berkunjung ke sana pada hujung tahun lepas.
mendapati
menggemari
menghayati
mengingati
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Tok Wan sedang mengutip buah-buah durian yang gugur malam tadi.
menghimpun
melonggok
menyimpan
memungut
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
"Air Sungai Kerian telah mencecah ke paras bahaya," kata ketua kampung.
tiba
tepat
dekat
sampai
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
"Kalau tiada aral, saya akan ke rumah Pak Long minggu depan," kata Aidil.
urusan
halangan
sekatan
bantahan
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Muhammad Fakhruddin terus turun ke tanah dan menuntun neneknya ke tangga dapur.
menghela
memimpin
mengheret
memegang
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Walaupun Zufairy seorang murid yang pandai tetapi dia tidak sombong.
cerdik
cantik
rajin
berjaya
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Bas yang membawa tiga puluh orang penumpang itu terjunam ke dalam gaung sedalam tiga puluh meter.
terlajak
terjatuh
tergelincir
terperosok
Semenjak saya berkawan dengan Nuratiqah, dia tidak pernah bercakap bohong walau sekalipun.
berteman
bersahabat
berkenalan
bersama
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Majlis suai kenal pelatih kolej kejururawatan itu diadakan dengan pelbagai acara pentas yang menarik.
petugas
pengawal
pegawai
penuntut
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
"Buah-buahan tempatan memang banyak khasiatnya," kata ayah.
tempahan
setempat
negara kita
negara luar
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
"Fikirlah dahulu sebelum membuat sebarang keputusan," nasihat Puan Nabilah kepada anaknya.
tuntutan
tindakan
kesilapan
keinsafan
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Lampu-lampu di rumah besar itu masih bernyala walaupun hari telah meninggi.
marak
berapi
terpancar
terpasang
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Pandangan yang kamu kemukakan akan dipertimbangkan.
kasikan
laporkan
usulkan
jelaskan
"Kereta Naza Citra itu kepunyaan Cikgu Iskandar," kata Naziem kepada kawan-kawannya.
milik
harta
keinginan
kenderaan
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Murid-murid Kelas Tiga Amethyst yang keracunan makanan itu segera dikejarkan ke hospital.
dibawa
dilarikan
dipindahkan
dikuarantinkan
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Keris Taming Sari yang menjadi legenda sejak turun-temurun itu akan dipamerkan di Muzium Negara minggu hadapan.
petanda
kisah
riwayat
keagungan
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
"Cis, membujur lalu melintang patah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan!" teriak Datuk Paduka Raja dengan lantangnya.
tangis
laung
raung
jerit
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga," kata Inspektor Jeremy.
tamatnya
tempatnya
kesudahannya
kemudiannya
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Rakyat Malaysia yang berbagai-bagai kaum hidup dalam suasana yang harmoni dan saling membantu.
berkira
berbilang
bermasyarakat
berkaum-kaum
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Doktor Hani tidak pernah mementingkan diri sendiri. Beliau sentiasa menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada orang yang memerlukan.
memikirkan
mengutamakan
mengorbankan
menghambakan
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
Fikirannya semakin bercelaru sejak kegagalannya mempertahankan jawatan Pengarah Besar di syarikat itu.
haru-biru
tunggang-langgang
kusut-masai
kacau-bilau
