WorksheetsSoalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 & 6
Total questions: 42
Worksheet time: 50mins
Makanan yang banyak mengandungi _________________ boleh membantu proses pencernaan kita.
gula
serat
lemak
garam
________________ itu telah dihadapkan ke mahkamah kerana meragut beg tangan gadis itu. *
Pencuri
Pelayan
Peragut
Perompak
Orang tua yang bertongkat itu Datuk Fahim. ________________ berumur enam puluh tahun.
Dia
Saya
Kamu
Beliau
Soalan 4 berdasarkan gambar di atas
Pemburu itu sedang _________________ jerat untuk menangkap pelanduk.
membina
membuat
memasang
mengumpul
Soalan 5 berdasarkan gambar di atas
Ibu sedang __________________ ikan keli yang dipancing oleh ayah semalam .
mencuci
memotong
menyiang
membelah
Juruacara majlis yang kelakar itu telah berjaya ______________ hati penonton.
mencuit
menguis
mengusik
menyentuh
Soalan 7 berdasarkan gambar di atas
Faridah berjalan membawa sekaki payung _______________________ hari tidak hujan.
namun
walaupun
sementara
sekiranya
_____________________umpan pada pancingnya belum disambar ikan,_____________ dia sanggup menunggu berjam-jam.
Sehingga ... sebab
Bagaimanapun ... tetapi
Oleh sebab ... kerana
Walaupun ... namun
Bungkusan yang besar itu diterima ___________________ pak ciknya yang menetap di luar negara.
dari
daripada
kepada
untuk
Jangan kita menderhaka _______________ ibu bapa kita.
terhadap
dengan
pada
oleh
Kakak sudah ___________________ untuk menyambut rombongan yang hendak meminangnya itu.
berhati-hati
berjaga-jaga
bersiap-siap
bersama-sama
Soalan 12 berdasarkan gambar di atas
__________________ itu tidak boleh digunakan lagi kerana telah rosak.
Tetupai
Jejentik
Tetikus
Lelabah
Soalan 13 berdasarkan gambar di atas
Saya menolong ibu ___________________ makanan tengah hari.
terhidang
menghidang
berhidang
hidangan
Abang akan membawa saya ke Kota Kinabalu esok. _____________, saya tidak dapat menyertai kamu pergi memancing ikan.
Justeru
Kemudian
Selain Itu
Tambahan Pula
Jamdin tidak sihat. ________________dia tetap pergi ke sekolah.
Padahal
Oleh Itu
Akhirnya
Walau Bagaimanapun
Soalan 16 berdasarkan gambar di atas
Semasa di kantin, Akmal tertinggal ______________ kuncinya di atas meja.
segugus
sebatang
sebentuk
seberkas
Ayah sedang memotong rumput dengan __________________ sabit berhulu panjang.
sebiji
sebilah
selaras
sebuah
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bertulisan besar.
Ayah tidak menyangka bahawa basikal buruknya di bawah rumah itu amat BERNILAI kepada muzium.
BERJASA
BERGUNA
BERHARGA
BERFAEDAH
Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan yang berhuruf besar.
Kejayaan yang dicapai oleh atlet itu sangat MEMBANGGAKAN penduduk di kampungnya.
MELEGAKAN
MEMALUKAN
MENYEDIHKAN
MENYUSAHKAN
Penjual itu lebih suka membeli barang-barang dengan ____________ yang dijual di klang.
harga diri
harga tetap
harga tinggi
harga borong
Adat dan budaya Melayu merupakan peninggalan ______________ kita yang perlu dipelihara sepanjang zaman.
ibu bapa
rendah hati
harta pusaka
nenek moyang
Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Kasut Amri hilang kerana dihanyutkan air banjir.
Bagaimanakah kasut Amri boleh hilang ?
Apakah yang terjadi kepada kasut Amri yang baharu itu ?
Kasut siapakah yang telah dihanyutkan oleh air banjir itu ?
Kasut jenama apakah yang hilang dihanyutkan oleh air banjir itu ?
Di manakah kamu membeli kotak pen yang berwarna biru itu ?
Saya membeli kotak pen yang berwarna biru itu di koperasi sekolah.
Saya membeli kotak pen yang berwarna biru itu untuk Mimi.
Saya dan Mimi yang membeli kotak pen yang berwarna biru itu.
Saya membeli kotak pen dan buku biru itu di koperasi sekolah.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Murid-murid berasa seronok kerana dapat menimba banyak pengalaman sepanjang kem motivasi diadakan.
Sepanjang menimba pengalaman kem motivasi diadakan banyak murid- murid seronok.
Kem motivasi diadakan murid-murid seronok menimba sepanjang pengalaman.
Menimba pengalaman yang banyak sepanjang kem motivasi diadakan murid-murid seronok.
Sepanjang kem motivasi dijalankan murid-murid gembira kerana dapat menimba banyak pengalaman.
Adibah meminta pembantu rumahnya mengangkat kain kerana hari akan hujan.
Kerana hari hujan Adibah diminta mengangkat kain.
Adibah dan pembantu diminta mengangkat kain kerana hari akan hujan.
Pembantu rumah Adibah menyuruhnya mengangkat kain kerana hari hujan.
Pembantu rumah disuruh oleh Adibah supaya mengangkat kain kerana hari akan hujan.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf besar dengan betul.
1. Langsir yang baru dipasang itu sangat CETEK.
2. Pengetahuannya tentang komputer sangat CETEK.
3. Wang simpanannya di dalam bank semakin CETEK.
4. Mereka hanya bermandi-manda di kawasan yang CETEK.
1 dan 3 sahaja
2 dan 4 sahaja
1,3 dan 4 sahaja
2,3 dan 4 sahaja
1. Kenangan PAHIT itu sering mengganggu fikirannya.
2. Drama yang PAHIT itu menyentuh perasaan para penonton.
3. Adik menangis kerana tidak mahu makan ubat yang PAHIT itu.
4. Buah mangga itu rasanya PAHIT kerana belum masak.
1 dan 3 sahaja
1,3 dan 4 sahaja
2,3 dan 4 sahaja
semua diatas
Pilih ayat yang betul.
1. Buah yang masak itu belum gugur lagi.
2. Budak kecil itu berdiri di sisi ayahnya kerana takut kepada orang lain.
3. Para penonton-penonton gagal membeli tiket perlawanan akhir semalam.
4. Jalan raya yang lekak-lekuk itu menyukarkan kami berulang-alik ke sekolah.
1 dan 2 sahaja
3 dan 4 sahaja
1,2 dan 4 sahaja
semua diatas
1. Saya menunggunya selama satu jam setengah.
2. Setiap orang pemuda di kampung ini baik-baik belaka.
3. Harga senaskah majalah Dewan Pelajar itu hanya RM 4.00.
4. Perjalanan ke rumah Aznah mengambil masa selama empat jam.
1 dan 3 sahaja
2 dan 4 sahaja
1,3 dan 4 sahaja
1,2 dan 3 sahaja
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Bunyi tapak kasut orang berjalan berhampiran dengan rumahnya menyebabkan Pak Mail terjaga daripada tidur. Jam di sisi menunjukkan pukul 3.00 pagi. Pak Mail meletakkan kembali kepalanya namun matanya enggan lena walaupun terasa mengantuk. Sudah beberapa malam bunyi yang sama mengganggu tidurnya. Malam itu, PakMail bangkit dan bertekad untuk melihat apa yang sedang berlaku. Hampir setengah jam Pak Mail berselindung di sebalik pokok jati, namun tiada satu pun bayangan menjelma. Pak Mail hampir putus asa. Tiba-tiba, Pak Mail terdengar ranting pokok yang patah. Malah ada bayangbayang bergerak dapat diperhatikan olehnya. Pak Mail mengekori hinggalah sampai kesuatu tempat. Tahulah Pak Mail bahawa mereka adalah sindiket pengedaran dadah. PakMail terus membuat laporan polis.Tidak lama kemudian, pihak polis telah menyerbu kawasan tersebut. Semua pengedar berjaya ditangkap. Pihak polis telah mengucapkan terima kasih danmemberikan penghargaan kepada Pak Mail.
Are You Ready ??
YES
I'm Not Ready Yet ??
NO
Apakah yang menyebabkan Pak Mail tidak tidur lena?
kerana digigit nyamuk
kerana malam masih awal
kerana ada gangguan bunyi
kerana Pak Mail tidak mengantuk
Apakah tindakan Pak Mail pada malam tersebut?
tidur kembali
melihat apa yang berlaku
menonton rancangan televisyen
bangkit daripada tidur dan tidak tidur lagi selepas itu
Mengapakah Pak Mail hampir berputus asa?
kerana tidurnya terganggu
kerana matanya tidak mahu lelap
kerana sering diganggu setiap malam
kerana apa yang ditunggu tidak mendatangkan hasil
Apakah tindakan Pak Mail setelah mengetahui apa yang sedang berlaku ?
membuat laporan polis
melarikan diri kerana takut
tidak membuat apa - apa
menangkap semua ahli sindiket tersebut
Apakah yang diterima oleh Pak Mail setelah ahli sindiket tersebut berjaya ditangkap ?
dapat tidur dengan lena
tidak perlu rasa takut lagi
mendapat pujian daripada semua pihak
ucapan terima kasih dan penghargaan daripada pihak polis
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Terumbu karang ialah ekosistem yang mengandungi pelbagai jenis batu karang,ikan, udang, sotong, dan hidupan laut yang lain. Terumbu karang banyak mendatangkan faedah kepada sesebuah negara. Terumbu karang ialah tempat pembiakan untuk hidupan laut. Banyak ikan dan hidupan laut yang lain membesar di kawasan terumbu karang. Para saintis menganggarkan bahawa lebih 20 peratus daripada hasil ikan datangnya dari kawasan terumbu karang. Terumbu karang ialah benteng untuk menahan gelombang yang kuat daripada melanda pantai. Hal ini dapat mengurangkan hakisan yang berlaku di kawasan pantai. Keindahan terumbu karang juga menjadi daya tarikan pelancong .Berdasarkan kajian yang dibuat oleh sebuah syarikat perunding yang dilantik oleh kerajaan Malaysia, hampir 50 peratus daripada kawasan terumbu karang negara ini telah musnah. Antara faktor yang menyebabkan kemusnahan terumbu karang ini ialah kegiatan menangkap ikan dengan menggunakan bahan letupan dan melabuhkan sauh. Di kawasan berhampiran dengan pantai pula, pemusnahan terumbu karang disebabkan oleh projek pembangunan yang tidak terkawal di pesisiran pantai. Kerajaan Malaysia telah mewartakan 22 buah pantai dan pulau sebagai taman laut dan rizab laut. Hal ini ialah usaha kerajaan untuk menyelamatkan terumbu karang daripada musnah. Antara larangan yang dikenakan terhadap pengunjung-pengunjung di kawasan yang diwartakan itu termasuk larangan menangkap ikan dan larangan memusnahkan serta mengutip batu karang. Sesiapa yang didapati melanggar larangan tersebut akan dikenakan tindakan yang sewajarnya.
Are You Ready ??
YES
I'm Not Ready Yet ??
NO
Hakisan yang berlaku di kawasan pantai disebabkan oleh ...
batu karang yang tumbuh berhampiran dengan pantai
pengunjung yang berkelah di pantai
ombak kuat yang melanda pantai
kegiatan menangkap ikan
Mengapakah terumbu karang dikatakan sebagai sumber pendapatan bagi sesebuah negara ?
Terumbu karang amat sesuai sebagai tapak pembinaan hotel.
Terumbu karang dapat dijual kepada pelancong.
Terumbu karang ialah bahan api yang penting.
Terumbu karang ialah daya tarikan pelancong.
Apakah tujuan kerajaan Malaysia mewartakan kawasan pantai dan pulau tertentu sabagai taman laut ?
Untuk memajakkan kawasan tersebut kepada syarikat pelancongan
Untuk menghalang orang ramai daripada mengunjungi kawasan tersebut
Untuk melindungi tumbuh-tumbuhan dan hidupan laut di kawasan tersebut
Untuk mengenakan bayaran terhadap pengunjung yang pergi ke kawasan tersebut
Perkataan BENTENG dalam petikan bermaksud
tembok
pagar
batas
kubu
Apakah tajuk yang paling sesuai untuk petikan ini?
Usaha Pemuliharaan Terumbu Karang
Kepentingan Terumbu Karang
Terumbu Karang Sebagai Taman
Terumbu Karang Khazanah Negara
TERIMA KASIH KERANA MENJAWAB SOALAN TERSEBUT !
KERTAS SOALAN TAMAT !
CREATED BY : DESIGNER MARKETING TRADING HQ & MOHD IQTHIZAM DMT HQ
ALL UNLICENSED COPYRIGHT ARE NOT ALLOWED !
Are You Ready To Exit Quiz ??
YES
I'm Not Ready To Exit Quiz Yet ??
NO
