Font size
Worksheets5.6.1 KUIZ KESALAHAN KATA DAN FRASA DALAM AYAT oleh CG.HUSNA
Total questions: 10
Worksheet time: 20mins
Abang merintih kesakitan kerana jejarinya luka tercucuk tulang ikan.
Perkataan yang dihitamkan di atas adalah salah. Apakah istilah yang tepat bagi menggantikan perkataan yang dihitamkan berikut?
lelangitnya
rerambutnya
jejarinya
sesikunya
Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin tidak .
Suasana dalam kelas Tingkatan Dua Laksamana tatkala itu senyap seketika.
dalam kelas Tingkatan Dua Laksamana
di dalam kelas Tingkatan Dua Laksamana
didalam kelas Tingkatan Dua Laksamana
Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin tidak .
Juliaton memaparkan gambar pelbagai jenis-jenis kain yang digunakan untuk mengikat destar di paparan multimedia.
jenis-jenis kain
pelbagai kain
pelbagai jenis kain
pelbagai jenis kain-kain
Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin tidak .
Semua murid-murid termasuk Nadia menyaksikan pembentangan itu dengan penuh minat.
Semua murid
Semua-semua murid
Semua murid-murid
semua-semua murid-murid
Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin tidak .
Kelas 5 Bestari yang teratur dan kemas menjadi compang-camping kerana dicerobohi oleh pelajar dari kelas lain.
teratur dan kemas menjadi tunggang-langgang
teratur dan kemas menjadi kontang-kanting
teratur dan kemas menjadi simpang-siur
teratur dan kemas menjadi compang-camping
Pilih ayat-ayat yang betul.
I. Berita perkahwinan artis tersebut hanyalah cerita-cerita yang tidak berasas sama sekali
II. Mak Kiah terketar-ketar mengambil barang-barang di dalam beg tangannya kerana ketakutan
III.Kedengaran bunyi telefon berdering-dering ketika sidang media sedang berlangsung.
IV. Farid mundar-mandir di ruang tamu sambil menunggu kepulangan anak tunggal kesayangannya.
I,II,III
II, III, IV
1, III, IV
I, II, IV
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul.
I. Majlis perkahwinan kakak diadakan secara besar-bessaran dan penuh gilang-gemilang.
II. Kejadian rompakan sering berlaku di lorong pejalan kaki tersebut kerana keadaan yang gelap-gelita.
III. Raju takut-takut apabila ditanya oleh Cikgu Husna kerana dia tahu bahawa dia yang bersalah dalam hal tersebut.
IV. Beberapa orang samseng jalanan berlagak kemalu-maluan apabila disoal siasat oleh pihak polis.
I, II, III
II, III, IV
I, III, IV
1, II, IV
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul.
I. Pak Samad mengasah pisau-pisau miliknya sehingga tajam untuk memudahkan isterinya menyiang ikan.
II. Kami menjolok buah rambutan gading yang kuning-kuning warnanya apabila masak.
III. Pelajar yang mengikuti Program Permata Pintar bijak-bijak dan mampu berfikir secara kritis dan analitis.
IV. Buah durian di dusun Wak Damit besar-besar dan terbantut kerana musim kemarau yang berpanjangan.
I, II, III
II, III, IV
I, III, IV
1, II, IV
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul.
I. Kamil sentiasa berbolak balik ketika memberikan keterangan kerana takut rahsianya terbongkar.
II. Kami mengagah-agah bayi itu sehingga dia tertawa terhincut-hincut kegembiraan.
III. Semua peserta yang memenangi acara tarik tali terlompat-lompat kegembiraan.
Iv. Semua penduduk kampung tertanya-tanya tentang tindakan pihak berkuasa terhadap pihak pengusaha kilang yang sewenang-wenangnya membuang sisa toksik ke dalam sungai.
I, II, III
II, III, IV
I, III, IV
I, II, IV
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul.
I. Entah siapa-siapa yang datang menyebarkan risalah untuk mempengaruhi penduduk membeli barangan mereka.
II. Sampai mana-mana pun Ruby tidak akan memaafkan bekas kekasihnya kerana berlaku curang.
III. Tiada siapa-siapa lagi yang berani tinggal di kawasan berisiko tersebut setelah tanah runtuh.
IV. Dia boleh datang ke rumah saya pada bila-bila masa kecuali Sabtu.
I , II, III
II, III, IV
I, III, IV
I, II, IV
