wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa: Soalan Gabungan

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Jarak di ____________ rumah Ravi dengan sekolahnya ialah lima kilometer

a)

sini

b)

sebelah

c)

antara

2.

Setiap pengguna jalan raya perlu mematuhi __________ keselamatan jalan raya.

a)

peraturan

b)

perjalanan

c)

pelaksaan

d)

perkhidmatan

3.

Berjoging _________ dapat menyihatkan tubuh badan __________ mencerdaskan otak kita.

a)

bukan saja

tetapi juga

b)

selain

malah

c)

makin

makin

4.

Tulis perkataan yang betul dalam ruang disediakan.


Perahu nelayan itu melambai-lambai di alun ombak kecil.

(a)  

5.

Walaupun baru pukul 9.00 malam, jalan raya di pekan kecil itu sudah ____________

a)

sunyi

b)

kosong

c)

senyap

d)

lengang

6.

Tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.


Awie membeli beberapa batang berus gigi di Pasar Raya itu.

(a)  

7.

Nelayan itu mengambil ________ jala dan __________ tali lalu turun ke sungai.

a)

bentuk

seunit

b)

serawan

seutas

c)

sebidang

seurat

8.

_________ hadirin memberikan tepukan yang gemuruh sebaik-baik sahaja persembahan tarian oleh kanak-kanak tadika itu selesai.

a)

Para

b)

Segala

c)

Sekalian

d)

Beberapa

9.

Tulis perkataan yang betul dalam ruang disediakan.


Pihak polis sedang menonton gerak-geri perompak itu melalui jendela rumah.

(a)  

10.

Tukang masak itu berasa _______ apabila ________nya dipuji oleh para juri dalam pertandingan masakan.

a)

iri hati

titik peluh

b)

besar kepala

bekas tangan

c)

besar hati

air tangan