WorksheetsKUIZ TATABAHASA:KATA GANDA
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Kejadian kebakaran yang memusnahkan __ kedai itu berlaku pada hari Sabtu.
atap-atap
lantai-lantai
rumah-rumah
dinding-dinding
Rumah tangga Dahlia dan suaminya __ kerana tiada persefahaman angkara campur tangan orang ketiga.
lintang-pukang
porak-peranda
cerai-berai
huru-hara
Ucapan takziah tidak __ diterima oleh keluarga Tun Ghafar Baba sejurus pihak kerajaan mengumumkan kematian beliau.
lepas-lepas
habis-habis
putus-putus
henti-henti
Perhimpunan haram yang dianjurkan oleh para pekerja di hadapan kilang itu menjadi __ apabila mereka disiram air oleh pihak berkuasa.
hingar-bingar
riuh-rendah
hiruk-pikuk
huru-hara
Kami mendengar khabar bahawa Tuan Haji Khairuddin __ hendak mengahwini janda kaya di hujung kampung itu.
berura-ura
berfikir-fikir
berwara-wara
berangan-angan
Selepas menjalani pembedahan mata di Hospital Tun Hussien Onn, penglihatannya menjadi __.
bersilau-silau
bersinar-sinar
berkabur-kabur
berbalam-balam
Suasana parti hari jadi yang disambut oleh Radziah di rumahnya itu __ dengan bunyi muzik yang membingitkan telinga sehingga mengganggu ketenteraman jiran tetangganya.
hingar-bingar
riuh-rendah
hiruk-pikuk
huru-hara
__ hati Puan Maria apabila mendapat tahu bahawa anak tunggal kesayangannya telah meninggal dunia dalam nahas kapal terbang.
Gndah-gulana
Remuk-redam
Sedu-sedan
Sayu-pilu
Masyarakat berbilang kaum tidak digalakkan hidup __ kerana boleh mewujudkan perpecahan dalam masyarakat.
berpuak-puak
berkaum-kaum
berkawan-kawan
berbangsa-bangsa
"__ kita mesti sampai ke puncak Gunung Brinchang sebelum malam ini juga," kata jurulatih Kadet Polis kepada para peserta yang menyertai ekspedisi itu.
Sebaik-baiknya
Seboleh-bolehnya
Sebagus-bagusnya
Semolek-moleknya
Farhani leka memerhatikan __ yang sedang merajut sawang di penjuru lelangit rumahnya.
kupu-kupu
labah-labah
anai-anai
ubur-ubur
Hampir semua orang menitiskan air mata apabila mendengar __ anak-anak yang kematian ibu bapa dalam tragedi tanah runtuh itu.
keluh-kesah
desas-desus
gerak-geri
dolak-dalik
Patrick berjalan __ kerana lututnya bengkak sebagai akibat terjatuh semasa menjalani latihan bola keranjang.
terjengket-jengket
terkial-kial
terhincut-hincut
terhuyung-hayang
Pepohon kelapa itu __ apabila ditiup angin laut.
berbuai-buai
beralun-alun
bergoyang-goyang
berayun-ayun
Perahu yang kami naiki __ apabila dipukul ombak besar.
olang-aling
ulang-alik
bolak-balik
lalu-lalang
Budak lelaki itu mengaduh kesakitan apabila __ kakinya dihempap oleh begnya sendiri.
sesiku
jejari
bebola
bebayang
Walaupun sudah berumur 23 tahun dan berfikiran waras, perangai Zanariah masih lagi __.
kebarat-baratan
kegila-gilaan
keanak-anakan
kebodoh-bodohan
Asrama yang menjadi kediaman jururawat-jururawat itu dilengkapi kerusi meja dan __.
pinggan mangkuk
makan minum
kain baju
rumah tangga
Noniswara masih __ sama ada hendak menerima pinangan Raja Wan Badri atau tidak.
bolak-balik
gelap-gelita
susup-sasap
gembar-gembur
Petinju itu __ sebelum rebah di tengah gelanggang sebagai akibat tumbukan lawannya itu.
terkial-kial
terhuyung-hayang
terpinga-pinga
terhincut-hincut
Puan Nancy Lim __ semasa menunggu anaknya yang sedang menjalani pembedahan jantung.
terkedip-kedip
terbatuk-batuk
terangguk-angguk
tersengguk-sengguk
Di bawah cahaya bulan yang __ itu, kami ternampak akan kelibat seseorang memasuki rumah Tuan Danial.
samar-samar
sayup-sayup
kabur-kabur
jauh-jauh
Kajian mengenai berkemungkinan hukuman khidmat sosial diperkenalkan di negara ini mendapat __ yang pelbagai daripada rakyat negara ini.
tindak balas
maklum balas
soal selidik
soal jawab
Hasil __ yang dibuat oleh pegawai forensik menunjukkan bahawa mangsa meninggal dunia sebagai akibat lemah jantung.
kaji selidik
kemas kini
bedah siasat
soal siasat
Projek pembinaan rumah kos rendah di Taman Pertiwi dijangka siap __ pada hujung tahun ini.
setidak-tidaknya
sebaik-baiknya
selama-lamanya
selewat-lewatnya
Pengusaha kantin kilang itu menjadi __ apabila penyelia kesihatan membuat pemeriksaan kebersihan.
huru-hara
kelam-kabut
lintang-pukang
serebeh-serabai
Kucing itu lari __ akibat terkejut dengan bunyi mercun yang dibakar oleh Kim Hong.
lintang-pukang
haru-biru
susup-sasap
kelam-kabut
Akibat ketakutan, dia cakap __ ketika disoal siasat oleh pihak polis.
berpusing-pusing
berhenti-henti
berkias-kias
berbelit-belit
__ tingkap yang dipenuhi habuk menyebabkannya sukar digerakkan ke atas.
Sesiku
Kekisi
Jejari
Bebola
Suasana di Bazar Raya itu __ dengan suara peniaga yang sedang mempromosikan barangan mereka.
hiruk-pikuk
huru-hara
haru-biru
tunggang-langgang
