NEW
Font size
WorksheetsPERIBAHASA
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Anis _______________ untuk membeli kasut yang mahal itu.
ada bakat
bulat hati
ada hati
Anita menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.
Apakah peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas?
Bagai hujan jatuh ke pasir
Umpama kayu lampung, belum ditolak tumbang sendiri
Seperti burung di dalam sangkar, mata lepas badan terkurung
Apakah peribahasa yang sesuai dengan maksud gambar di atas?
Bagai menatang minyak yang penuh
bagai cincin dengan permata
bagai anjing dengan kucing
Sebagai seorang pengadil, Ali tidak boleh menyebelahi satu pihak sahaja.
jalan tengah
berat sebelah
ada bakat
Khairul memberi RM100 sebagai ____________ kepada Aizat.
duit kopi
duit belanja
duit makan
Sikap Badrul yang selalu tidak mahu mengambil tahu tentang tugasan yang diberi oleh guru telah merugikan diri sendiri.
ambil berat
lepas tangan
keras hati
Walaupun sudah berkali-kali dinasihati, Mike sangat degil dan tidak mahu mendengar nasihat kedua ibu bapanya.
muka tembok
cakar ayam
keras hati
Buang yang keruh, ambil yang jernih
berdamai dan melupakan persahabatan
berdamai dan melupakan pertelingkahan
berdamai dan melupakan pertalian
cubit paha kanan, paha kiri terasa juga
apabila seseorang teraniaya, kaum keluarga akan terasa.
apabila seseorang teraniaya, ibu bapa akan terasa.
apabila seseorang teraniaya, sahabat akan terasa.
diam-diam ubi
tidak banyak bercakap tetapi berfikir
tidak banyak bercakap tetapi pandai
tidak banyak bercakap tetapi berusaha
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
kalau mahu, bekerja bersungguh-sungguh tetapi kalau tidak mahu, memberikan bermacam-macam alasan
kalau mahu, bercakap bersungguh-sungguh tetapi kalau tidak mahu, memberikan bermacam-macam alasan
kalau mahu, berusaha bersungguh-sungguh tetapi kalau tidak mahu, memberikan bermacam-macam alasan
kata putus
keputusan terakhir
keputusan rundingan
keputusan masyarakat
Azman menjadi _____ antara Amin dan Saleh sehingga hubungan persahabatan mereka renggang.
buta hati
batu api
kepala batu
Razlan menjadi __________ dalam pasukan bola keranjang di sekolahnya.
batu api
bau-bau bacang
ayam tambatan
Nisa senang mendapat kawan kerana dia seorang yang ______________.
berat mulut
banyak mulut
berat sebelah
