wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PPT BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

Total questions: 50

Worksheet time: 2hrs 40mins

Name
Class
Date
1.

Semangat__________ dan persaudaraan perlu dipupuk tanpa mengira kaum dan bangsa.

a)

toleransi

b)

perpaduan

c)

perkauman

d)

persefahaman

2.

Jinny membuat laporan polis setelah beberapa kali __________ oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

a)

diminta

b)

disuruh

c)

diugut

d)

diarah

3.

Sherly sangat terkejut mendengar berita kemalangan yang menimpa suaminya sehingga tiada ___________ perkataan pun yang terluah daripada mulutnya.

a)

sebaris

b)

sepatah

c)

sepucuk

d)

sepotong

4.

Ilham untuk penulisan novelnya __________ secara tiba-tiba apabila dia terjaga daripada tidur pada waktu malam.

a)

terbit

b)

datang

c)

pulang

d)

terpacul

5.

Lister cuba mententeramkan perasaan isterinya yang sedang__________.

a)

bersedih

b)

kesedihan

c)

disedihkan

d)

menyedihkan

6.

__________ iban pada zaman dahulu sanggup menggadaikan nyawa mereka daripada menyerah kalah kepada pihak musuh demi mempertahankan negara.

a)

Perwira

b)

Seniman

c)

Pahlawan

d)

Pendekar

7.

Persembahan Falvin yang __________mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.

a)

menarik

b)

bertenaga

c)

mempesona

d)

bersemangat

8.

"Segeralah persiapkan kelengkapan untuk menyambut kepulangan putera........................," titah tuanku kepada Bendahara.

a)

aku

b)

kita

c)

beta

d)

saya

9.

Pemancing itu.................... kailnya apabila umpan kailnya diragut oleh ikan.

a)

menghentak

b)

menegang

c)

memintal

d)

menyentak

10.

Tayar motosikal abang.................... kerana tercucuk paku di atas jalan.

a)

susut

b)

lembik

c)

kempis

d)

bengkok

11.

Shuib selalu teringat.................... kenangan sewaktu bercuti di perkampungan Orang Asli itu.

a)

akan

b)

dengan

c)

kepada

d)

terhadap

12.

"..........................cucilah muka kamu bersih-bersih sebelum tidur," kata ibu kepada kakak.

a)

Selama-lamanya

b)

Setidak-tidaknya

c)

Seelok-eloknya

d)

Selewat-lewatnya

13.

Sekumpulan pegawai alam sekitar sedang membuat ............... di sungai yang tercemar itu.

a)

kajian

b)

intipan

c)

risikan

d)

andaian

14.

Encik Ramesh pulang awak kerana dia hanya bekerja ............... hari.

a)

semua

b)

seluruh

c)

setengah

d)

sesetengah

15.

Soalan 8 berdasarkan gambar yang diberikan. Para peserta acara lompat pagar itu .................. untuk memenangi tempat pertama.

a)

tolak-menolak

b)

kejar-mengejar

c)

asak-mengasak

d)

tangkis-menangkis

16.

Pilih A,B atau C jika terdapat kesalahan, pilih D jika tiada kesalahan berdasarkan ayat yang diberikan. Teknologi maklumat merupakan bidang yang dapat membantu negara mempercepat proses pencapaian status negara maju.

a)

A - merupakan

b)

B - membantu

c)

C - mempercepat

d)

D- tiada kesalahan

17.

Pilih A,B atau C jika terdapat kesalahan, pilih D jika tiada kesalahan berdasarkan ayat yang diberikan. Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahi ke bandar yang berhampiran.

a)

A - berkhidmat

b)

B - pedalaman

c)

C - dipindahi

d)

D - tiada kesalahan

18.

Pilih A,B atau C jika terdapat kesalahan, pilih D jika tiada kesalahan berdasarkan ayat yang diberikan. Keadaan balai raya itu tidak terurus, semak samun tidak bertebas dan tingkapnya pula sentiasa tertutup.

a)

A - terurus

b)

B - bertebas

c)

C - tertutup

d)

D - tiada kesalahan

19.

Pilih A,B atau C jika terdapat kesalahan, pilih D jika tiada kesalahan berdasarkan ayat yang diberikan. Pesawat daripada Alor Setar telah selamat mendarat di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 6.00 petang.

a)

A - daripada

b)

B - di

c)

C - pada

d)

D - tiada kesalahan

20.

Pilih A,B atau C jika terdapat kesalahan, pilih D jika tiada kesalahan berdasarkan ayat yang diberikan. Atlet yang tersohor itu tidak dapat berlari dengan lancarnya kerana halangan angin yang bertiup kencang dari arah yang bertentangan.

a)

A - tersohor

b)

B - lancarnya

c)

C - kencang

d)

D - tiada kesalahan

21.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.

i. Topi tidak sempadan jika dipakai dengan baju Melayu.

ii. Rajah segi tiga mempunyai tiga sempadan dan tiga sudut.

iii. Sempadan Malaysia-Thailand dikawal dengan ketatnya agar tidak dicerobohi oleh penyeludup.

iv. Tiada sempadan kasih ibu dan ayah kepada anak-anaknya.

a)

i dan ii

b)

iii dan iv

c)

i,ii dan iii

d)

ii,iii dan iv

22.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.

i. Sejak tahun lalu, negeri tu di bawah kekuasaan kerajaan pusat.

ii. Sebagi manusia, kita tidak mampu menentang kekuasaan Tuhan.

iii. Orang asing masih kekuasaan syarikat-syarikat besar di Malaysia.

iv. Mahana sedar bahawa kekuasaan bahasa Inggerisnya agak lemah.

a)

i dan ii

b)

iii dan iv

c)

i,ii dan iii

d)

ii,iii dan iv

23.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.

i. Air perigi yang keruh itu cerah semula selepas ditapis.

ii. Murid yang pintar itu mempunyai masa hadapan yang cerah.

iii. Kulit mukanya cerah selepas menerima rawatan di pusat kecantikan.

iv. Setelah berhijrah ke bandar, kehidupan mereka sekeluarga bertambah-tambah cerah.

a)

i dan ii

b)

iii dan iv

c)

i,ii dan iii

d)

ii,iii dan iv

24.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.

i. Puan Mila amat mengambil berat terhadap pelajaran anak-anaknya.

ii. Dia mengambil surat berdaftar itu lalu menyimpannya di dalam laci.

iii. Mengambil makanan yang tinggi lemak tepu akan meningkatkan paras kolesterol.

iv. Kejayaan Amira dalam melaksanakan projek itu mengambil pujian ketuanya.

a)

i dan ii

b)

iii dan iv

c)

i,ii dan iii

d)

ii,iii dan iv

25.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.

i. Amzar dilantik sebagai ketua mengarang majalah Buletin Pagi sekolahnya.

ii. Dia mengarang kesakitan akibat terjatuh daripada pokok jambu.

iii. Tuan Pueri Ratna suka mengarang bunga untuk dijadikan hiasan.

iv. Pada masa lapang, saya selalu mengarang cerpen.

a)

i dan ii

b)

iii dan iv

c)

i,ii dan iii

d)

ii,iii dan iv

26.

Pilih penggunaan bahasa yang betul bagi perkataan yang bergaris. Kak Long sanggup berhenti kerja demi untuk menjalankan projek cili fertigasi.

a)

berhenti kerja untuk

b)

henti kerja demi untuk

c)

diberhentikan kerja untuk

d)

berhenti kerja demi untuk

27.

Pilih penggunaan bahasa yang betul bagi perkataan yang bergaris. Orang tua di hujung kampung itu hanya bertemankan dengan kucingnya.

a)

bertemankan kucingnya

b)

berteman oleh kucingnya

c)

ditemani dengan kucingnya

d)

bertemankan dengan kucingnya

28.

Pilih penggunaan bahasa yang betul bagi perkataan yang bergaris. Di hari raya ramai tetamu yang datang ke rumah kami bagi menjalin hubungan silaturahim.

a)

Di hari raya tetamu ramai

b)

Pada hari raya ramai tamu

c)

Pada hari raya banyak tetamu

d)

Di hari raya ramai tetamu

29.

Pilih penggunaan bahasa yang betul bagi perkataan yang bergaris. "Apakah nama pengawal keselamatan yang bertugas pada hari ini?" tanya Encik Murad.

a)

Siapakah nama pengawal keselamatan

b)

Berapakah nama pengawal keselamatan

c)

Bagaimanakah nama pengawal keselamatan

d)

Apakah nama pengawal keselamatan

30.

Pilih penggunaan bahasa yang betul bagi perkataan yang bergaris. Ayah menghadiahkan ibu seutas rantai sempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka.

a)

Ayah hadiah ibu

b)

Ayah menghadiah ibu

c)

Ayah menghadiahi ibu

d)

Ayah menghadiahkan ibu

31.

Pilih penggunaan bahasa yang betul bagi perkataan yang bergaris. Jika cuaca cerah, bandar Seremban kelihatan begitu amat jelas sekali dari Bukit Putus.

a)

begitu sekali jelas

b)

begitu jelas sekali

c)

amat terjelas sekali

d)

begitu amat jelas sekali

32.

Pilih penggunaan bahasa yang betul bagi perkataan yang bergaris. Pucuk paku di belakang rumah telah dipetik oleh ibu pagi tadi.

a)

ibu petik

b)

ibu memetik

c)

memetik oleh ibu

d)

dipetik oleh ibu

33.

Pilih penggunaan bahasa yang betul bagi perkataan yang bergaris. Penempatan guru terlatih itu kebanyakannya bukan di desa tetapi di kota.

a)

bukan di desa tetapi kota

b)

tidak di desa dan di kota

c)

tidak di desa tetapi di kota

d)

bukan di desa tetapi di kota

34.

Pilih ayat yang mempunyai maksud sama atau paling hampir dengan ayat yang diberikan. Penggunaan komputer lebih banyak membawa kesan baik daripada kesan buruk kepada manusia.

a)

Penggunaan komputer yang banyak telah mengakibatkan manusia menerima kesan yang baik dan buruk.

b)

Dengan penggunaan komputer yang banyak, manusia menerima kesan baik dan buruk.

c)

Manusia menerima kesan baik yang lebih banyak daripada kesan buruk dalam penggunaan komputer.

d)

Lebih banyak manusia menerima kesan baik daripada kesan buruk apabila menggunakan komputer.

35.

Pilih ayat yang mempunyai maksud sama atau paling hampir dengan ayat yang diberikan. Penduduk Taman Sentosa membantah pembinaan tapak pelupusan sampah yang berhampiran dengan kawasan kediaman mereka.

a)

Penduduk Taman Sentosa membuat bantahan berhampiran dengan tapak pelupusan sampah di kawasan kediaman mereka.

b)

Pembinaan tapak pelupusan sampah dibantah oleh penduduk berhampiran dengan Taman Sentosa.

c)

Pembinaan tapak pelupusan sampah oleh penduduk itu dibantah kerana terletak berhampiran dengan Taman Sentosa.

d)

Pembinaan tapak pelupusan sampah yang berhampiran dengan kawasan kediaman mendapat bantahan daripada penduduk Taman Sentosa.

36.

Pilih ayat yang mempunyai maksud sama atau paling hampir dengan ayat yang diberikan. Encik Alif berkata, "Aina, janganlah boros semasa berbelanja kerana keluarga kita bukanlah orang senang".

a)

Aina diminta berjimat cermat oleh Encik Alif kerana keluarganya bukan orang senang.

b)

Aina mendengar nasihat Encik Alif supaya berjimat cermat semasa berbelanja memandangkan kesusahan yang dialami oleh keluarga mereka.

c)

Encik Alif menasihati Aina agar tidak boros dalam berbelanja kerana keluarga mereka susah.

d)

Encik Alif mengarahkan Aina agar berjimat cermat semasa berbelanja kerana keluarga mereka susah.

37.

Pilih ayat yang mempunyai maksud sama atau paling hampir dengan ayat yang diberikan. Encik Harun sanggup mempelajari kaedah pertanian moden untuk melipatgandakan pengeluaran sayur-sayurannya.

a)

Pengeluaran sayur-sayuran yang dikeluarkan oleh Encik Harun bertambah sejak dia sanggup mempelajari kaedah pertanian moden.

b)

Untuk meningkatkan pengeluaran sayur-sayurannya, Encik Harun sanggup mempelajari kaedah pertanian moden.

c)

Kaedah pertanian moden perlu dipelajari oleh Encik Harun untuk menambahkan pengeluaran sayur-sayurannya.

d)

Encik Harun sepatutnya sanggup menjalankan kaedah pertanian moden agar pengeluaran sayur-sayurannya bertambah.

38.

Pilih ayat yang mempunyai maksud sama atau paling hampir dengan ayat yang diberikan. Punca utama kenaikan suhu dunia ialah penebangan hutan yang tidak terkawal untuk tujuan pembangunan dan kemajuan negara.

a)

Kenaikan suhu dunia untuk tujuan pembangunan dan kemajuan negara menjadi punca utama penebangan hutan yang tidak terkawal.

b)

Penebangan hutan untuk tujuan pembangunan dan kemajuan negara yang tidak terkawal menjadi penyebab utama peningkatan suhu dunia.

c)

Kenaikan suhu dunia yang tidak terkawal untuk tujuan pembangunan dan kemajuan negara menjadi penyebab utama penebangan hutan.

d)

Kenaikan suhu dunia boleh dielakkan sekiranya penebangan hutan untuk tujuan pembangunan dan kemajuan negara yang menjadi punca utama dikawal.

39.

Pilih ayat-ayat yang betul.

i. Datuk memasukkan anak ayam itu ke dalam reban.

ii. Bandar itu semakin maju dari setahun ke setahun.

iii. Dia begitu tenang ketika menceritakan kejadian yang mencemaskan itu.

iv. Gamesh mewakili sekolah dalam acara lompat tinggi pada peringkat daerah.

a)

i dan ii

b)

iii dan iv

c)

i,ii dan iii

d)

ii,iii dan iv

40.

Pilih ayat-ayat yang betul.

i. Setiap pagi ayah minum secawan kopi pekat.

ii. Beberapa buah rumah setinggan hangus dalam kebakaran di kampung Gelam.

iii. Beberapa orang berbaris di luar Stadium Melawati untuk membeli tiket perlawanan bola sepak.

iv. Acara sukaneka itu melibatkan semua orang kanak-kanak prasekolah daerah Besut.

a)

i dan ii

b)

iii dan iv

c)

i,ii dan iii

d)

ii,iii dan iv

41.

Pilih ayat-ayat yang betul.

i. Apa yang ada di dalam bungkusan itu?

ii. Budak lelaki yang berbaju Melayu itu adik siapakah?

iii. Cara membuat kek lapis bagaimana?

iv. Mengapakah kita dilarang membuang sampah di merata-rata tempat?

a)

i dan ii

b)

iii dan iv

c)

i,ii dan iii

d)

ii,iii dan iv

42.

Pilih ayat-ayat yang betul.

i. Nah, jangan campur urusan kami di sini !

ii. Amboi, berseri-serinya wajah Cik Mira pada pagi ini !

iii. Cis, berani engkau datang ke sini untuk menetangku !

iv. Aduhai, malang sungguh nasib yang menimpa diriku !

a)

i dan ii

b)

iii dan iv

c)

i,ii dan iii

d)

ii,iii dan iv

43.

Pilih ayat-ayat yang betul.

i. Kursus solekkan itu dibuka untuk golongan wanita sahaja.

ii. Dia menggunakan pita pengukur untuk mengukur ukur lilit tong itu.

iii. Kami terpesona melihat keindahan panorama di Pulau Redang.

iv. Sikap sabar semasa memandu akan memastikan kita selamat di jalan raya.

a)

i dan ii

b)

iii dan iv

c)

i,ii dan iii

d)

ii,iii dan iv

44.

Pilih ayat-ayat yang betul.

i. Encik Asri tegesa-gesa meninggalkan majlis itu kerana perutnya sakit.

ii. Datuk suka duduk-duduk di beranda rumah pada waktu petang.

iii. Mak Cik Esah buka kedai makan secara kecil-mengecil.

iv. Dia mundar-mandir dari Seremban ke Kuala Lumpur menaiki komuter.

a)

i dan ii

b)

iii dan iv

c)

i,ii dan iii

d)

ii,iii dan iv

45.

Pilih pernyataan yang betul berdasarkan peribahasa yang diberi. Peribahasa "seperti rusa masuk kampung" dapat dikaitkan dengan keadaan

a)

seseorang yang mengharapkan bantuan sehingga menyusahkan orang lain.

b)

seseorang yang tercengang-cengang apabila berada di kawasan yang baharu.

c)

seseorang yang tidak pandai bergaul dengan orang yang berada di sekelilingnya

d)

seseorang yang bersendirian dan tidak tahu apa-apa yang hendak dilakukan.

46.

Pilih peribahasa yang berkaitan dengan sikap malas berusaha dan akhirnya tidak mendapat kemajuan.

a)

Malu bertanya sesat jalan

b)

Melepaskan batuk di tangga

c)

Belum duduk sudah berlunjur

d)

Jauhari juga yang mengenal manikam

47.

Orang yang berpangkat kecil berlagak seperti orang yang berkedudukan diumpama

a)

Katak di bawah tempurung

b)

Cacing hendak menjadi naga

c)

Burung terbang dipipiskan lada

d)

Harimau menyembunyikan kukunya

48.

Peribahasa "alah membeli menang memakai" bermaksud

a)

berpadanan dengan harga

b)

mahal tetapi tahan dipakai

c)

memuaskan hati apabila dibeli

d)

harga yang mahal dan berjenama

49.

Hasnul hanya memberikan ideanya kepada Dani. Keputusan akhirnya nanti bergantung kepada Dani sendiri. Bak kata pepatah

a)

tepuk dada tanya selera

b)

adat juara menang kalah

c)

pipit hendak menjadi enggang

d)

lembu punya susu, sapi dapat nama

50.

Razlan hidup susah. Dia diingatkan agar tidak meneruskan niatnya untuk meminang anak orang yang kaya-kaya itu. Kata orang

a)

Belanda minta tanah

b)

Ukur baju di badan sendiri

c)

Sarang tebuan jangan dijolok

d)

Air tenang jangan disangka tiada buaya