WorksheetsKuiz 1
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Pedagogi secara umumnya bermaksud
satu disiplin yang berkaitan dengan teori dan amalan pengajaran yang mampu mempengaruhi pembelajaran murid
ilmu yang ada pada guru untuk memberikan keyakinan kepada dirinya untuk menghadapi persaingan dalam dunia pendidikan.
kesempurnaan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan kecemerlangan prestasi murid dalam bidang akadkemik dan kokurikulum.
Penyerapan ilmu dalam pelbagai bidang yang membolehkan murid menlaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
.... an instructional approach in which a teacher proactively anticipates and responds to diverse learner needs (Tomlinson, 2014) 2. Yang dinyatakan oleh Tomlinson di atas boleh ditakrifkan sebagai
... pendekatan pengajaran iaitu guru secara proaktif menjangkakan dan bertindak terhadap keperluan murid yang berbeza dalam pembelajaran
... guru menggunakan pendekatan yang berbeza sebagai satu cara untuk menjadikan PdP lebih bermakna
... pendekatan atau cara guru berinteraksi dengan murid melalui bahan-bahan pengajaran yang berbeza.
... keupayaan guru dalam mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid untuk belajar.
Melalui rajah The Cone of Learning dapat difahami bahawa
guru mempunyai kebebasan mutlak dalam menentukan strategi, kaedah, teknik dan aktiviti yang hendak dilaksanakan dalam PdP.
kaedah syarahan atau kuliah tetap menjadi keutamaan dalam PdP
PdP terkini memerlukan guru memberikan seratus peratus kepercayaan kepada murid dalam proses memperoleh ilmu.
PdP perlu memberi ruang kepada murid untuk belajar melalui aktiviti yang pelbagai dan akan memberi impak positif kepada mereka.
Pedagogi Terbeza menekankan pengajaran guru yang lebih menarik dan menyeronokkan kerana guru dapat *
melaksanakan pengajaran secara berpasangan dengan rakan sekerja supaya PdP lebih teratur dan dapat mengawal disiplin murid.
membezakan murid berdasarkan pencapaian akademik dengan menyediakan PdP yang sama supaya murid memperoleh ilmu yang sama
menyesuaikan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dengan mengambil kira faktor kepelbagaian murid sebagai asas kepada proses PdP
membuat penilaian yang sama untuk digunakan kepada murid yang berbeza
Tujuan Pelaksanaan Pedagogi Terbeza dalam pengajaran dan pembelajaran adalah seperti yang berikut KECUALI
mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan guru
memberikan peluang belajar yang sama antara murid
meningkatkan pelibatan murid dalam pembelajaran.
mencapai hasil pembelajaran dengan lebih baik
Satu daripada manfaat Pedagogi Terbeza ialah dapat memberikan keadilan dalam sistem pendidikan negara kerana *
guru bebas untuk mengajarkan kemahiran bahasa yang difikirkan sesuai untuk semua murid
semua murid mendapat perhatian, layanan dan keutamaan dari segi penerimaan ilmu berdasarkan potensi dan kemampuan murid
semua guru bebas berbincang dan memilih bahan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang dengan persetujuan ketua bidang dan ketua panitia
ibu bapa boleh mengetahui perkembangan dan tahap pendidikan anak-anak melalui secara dalam talian
Berikut ialah Kecerdasan Pelbagai yang dikemukakan oleh Howard Gardner (1983) KECUALI *
Naturalis
Interpersonal
Buatan
Verbal-Linguistik
Elemen kandungan dalam Pedagogi Terbeza merujuk kepada *
gerak kerja yang dilakukan oleh murid sepanjang sesi PdP
aktiviti yang berbeza yang dilakukan oleh kumpulan yang berbeza
kemahiran yang menjadi fokus utama dalam PdP
Elemen Merentas Kurikulum menjadi keutamaan dalam PdP
Elemen Proses dalam Pedagogi Terbeza merujuk kepada *
mempelbagaikan aktiviti untuk mencapai objektif pengajaran
membezakan kemahiran berdasarkan minat dan latar belakang murid
murid belajar dalam persekitaran yang lebih kondusif dan bermakna
bahan pengajaran yang boleh digunakan oleh semua kumpulan
Elemen Produk dalam Pedagogi Terbeza merujuk kepada *
aktiviti yang dilakukan sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah
murid mempersembahkan aktiviti atau penghasilan bahan semasa PdP
pemilihan bahan sebelum guru memulakan sesi PdP
penentuan kemahiran, ilmu dan EMK sebelum dan semasa PdP
