NEW
Font size
WorksheetsKata Adjektif -Cikgu Suzuraini
Total questions: 20
Worksheet time: 3mins
Kakak _____________ melihat kelakuan adik yang suka bercakap bohong.
risau
gembira
sedih
bising
Pengemis itu makan dengan __________ kerana terlalu lapar.
perlahan
aman
gelojoh
comel
Beberapa batang pokok manggis di kebun datuk berbuah __________.
kuat
kaya
lebat
rendang
Ibu menyapu daun-daun yang ___________ itu.
gugur
jatuh
hancur
musnah
Pemandu kenderaan dikehendaki berhati-hati ketika melalui jalan lereng bukit yang __________ itu.
dalam
curam
pendek
rendah
Sarah terlalu __________ apabila mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
malu
bising
gembira
kecewa
Kuda adalah antara haiwan yang ___________ berlari.
cepat
hebat
hampir
pantas
Warna _________ pada bendera Malaysia membawa maksud perpaduan antara rakyat yang berbilang kaum.
biru
merah
putih
kuning
Penyanyi yang diminati ramai itu mempunyai suara yang sangat __________.
kasar
jelas
kabur
merdu
Ruang tamu rumah kami menjadi lebih __________ setelah ayah membeli perabot baharu.
segar
ceria
segak
meriah
Daging kambing yang belum dicuci itu berbau __________.
busuk
hapak
hamis
tengik
Puan Kamariah berasa __________ kerana anaknya masih belum pulang sedangkan hari sudah malam.
bimbang
rimas
bingung
kecewa
Zaidi terpaksa menghentikan lariannya pada jarak 150 meter kerana kakinya __________.
kaku
kejang
kebas
keras
Tayar kereta Arun __________ tercucuk paku.
tiris
pecah
kemik
kempis
Pelancong dari negara Jepun itu __________ berbahasa Melayu walaupun baru sebulan di negara kita.
laju
pelat
fasih
lancar
Hubungan antara Lisa dan Melati menjadi __________ selepas pergaduhan itu.
beku
sejuk
sunyi
dingin
Hujah-hujah yang disampaikan oleh pemidato pertama itu sungguh __________ dan tepat.
sarat
teguh
mampat
bernas
Proses melarik perabot-perabot kayu itu dibuat dengan __________ oleh pekerja-pekerja yang mahir.
teliti
tepat
hemat
saksama
Gelanggang takraw yang terletak di hujung Taman Permata itu sentiasa __________.
rapat
bersih
cermat
dekat
Suzana gemar memakai baju kurung yang ___________.
panjang
singkat
labuh
besar
