WorksheetsPERIBAHASA SPM OLEH NOR FADILAH NADZRI
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Penderitaan yang ditanggung oleh keluarga nelayan di Kampung itu akibat tsunami amat getir dan menyedihkan. Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah
A. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
B. Sudah jatuh ditimpa tangga
C. Malang tidak berbau
D. Sediakan payung sebelum hujan
Setelah tiga hari bekalan air terputus, penduduk di taman itu bertolak-tolakan apabila melihat lori yang membekalkan air tiba. Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah
A. Bagai kacang lupakan kulit
B. Bagai kera mendapat bunga
C. Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
D. Bagai tikus membaiki labu
Sikap remaja yang suka merosakkan harta benda awam ____ menyebabkan pelbagai implikasi buruk terhadap imej negara. Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah
A. Bagai isi dengan kuku
B. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
C. Ringan tulang berat perut
D. Bagai kera mendapat bunga
Tidak hilang martabat, darjat atau pangkat seseorang itu biarpun dia seorang yang merendah diri. Maksud tersebut sesuai dengan peribahasa
A. Air dicincang tak akan putus
B. Ukur baju di badan sendiri
C. Biduk lalu kiambang bertaut
D. Ular menyusur akar tidak tidak akan hilang bisanya.
Rakan-rakan Sharifah tidak menyenanginya kerana dia hanya akan melakukan tugas-tugasnya apabila disuruh. Sikap Sharifah samalah seperti peribahasa yang berikut
A. Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas
B. Bagai pahat dengan penukul
C. Menangguk di air keruh
D. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Jika tidak dipantau dengan bersungguh-sungguh akan ada peniaga yang menaikkan harga barang-barang ekoran kenaikan harga petroleum yang diumumkan itu. Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah
A. Menangguk di air keruh
B. Rambang mata
C. Ukur baju di badan sendiri
D.Kuman di seberang laut tampak, gajah di pelupuk mata tiada Nampak
Seiring dengan kepesatan teknologi maklumat, kafe siber semakin banyak beroperasi di bandar ini. Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah
A. Membaca jambatan ilmu
B. Seperti hujan jatuh ke pasir
C. Bagai hempedu lekat di hati
D. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
Orang yang bermuafakat akan tetap setia antara satu sama lain . Peribahasa yang tepat dengan maksud tersebut ialah
A. Dayung sudah di tangan perahu sudah di air
B. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
C. Ibarat telur sesangkak pecah sebiji pecah semua
D. Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekerjaan itu sehingga berjaya. Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah
A. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
B. Seperti abu di atas tunggul
C. Pisang tidak akan berbuah dua kali
D. Gengam bara api biar sampai jadi arang
Segala nasihat yang diberikan seperti ___ kerana tidak sedikit pun berbekas di hati Ahmad.
A. Rumah siap pahat berbunyi
B. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna
C. Mencurahkan air ke daun keladi
D. Retak menanti belah
