wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

AYAT AKTIF - AYAT PASIF

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Puan Azizah telah memarahi Azmi kerana memecahkan pasu bunga.

a)

Azmi telah marah Puan Azizah kerana memecahkan pasu bunga.

b)

Azmi telah dimarahi oleh Puan Azizah kerana memecahkan pasu bunga.

2.

Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak tersalah langkah.

a)

Tingkah laku anak-anak harus diawasi oleh ibu bapa supaya mereka tidak tersalah langkah.

b)

Tingkah laku anak-anak ibu bapa awasi supaya mereka tidak tersalah langkah.

3.

Puan Sarah menghadiahi Atiqah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.

a)

Atiqah hadiah Puan Sarah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.

b)

Setelah lulus dalam ujian memandu, Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah kereta Kancil.

4.

Saya membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri

a)

Rumah mewah di atas bukit itu saya beli dengan duit titik peluh saya sendiri.

b)

Rumah mewah diatas bukit itu dibeli oleh saya dengan duit titik peluh saya sendiri.

5.

Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.

a)

Lampu di hadapan rumah selalu saya pasang sebelum tidur.

b)

Lampu di hadapan rumah selalu dipasang oleh saya sebelum tidur.

6.

Kamu perlu membereskan kerja yang diberikan oleh guru sebelum pulang nanti.

a)

Kerja yang diberikan oleh guru perlu dibereskan oleh kamu sebelum pulang nanti.

b)

Kerja yang diberikan oleh guru perlu kamu bereskan sebelum pulang nanti.

7.

Anda perlu mengelakkan perbuatan mencuri kerana perbuatan itu berdosa

a)

Perbuatan mencuri perlu dielakkan oleh anda kerana perbuatan itu berdosa.

b)

Perbuatan mencuri perlu anda elakkan kerana perbuatan itu berdosa.

8.

Pasukan petugas Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan bagi Pembangunan Struktur Informasi menggariskan beberapa langkah untuk membangunkan komputer peribadi buatan Malaysia sepenuhnya.

a)

Beberapa langkah pasukan petugas Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan gariskan bagi Pembangunan Struktur Informasi untuk membangunkan komputer peribadi buatan Malaysia sepenuhnya.

b)

Beberapa langkah digariskan oleh pasukan petugas Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan bagi Pembangunan Struktur Informasi untuk membangunkan komputer peribadi buatan Malaysia sepenuhnya.

9.

Menteri Pelajaran telah mengingatkan pelajar agar tidak bergantung pada kerajaan untuk menyediakan segala kemudahan.

a)

Pelajar telah Menteri Pelajaran ingat agar tidak bergantung pada kerajaan untuk menyediakan segala kemudahan.

b)

Pelajar telah diingatkan oleh Menteri Pelajaran agar tidak bergantung pada kerajaan untuk menyediakan segala kemudahan.

10.

Jabatan Perkhidmatan Awam tidak akan menuntut bayaran balik pinjaman daripada pelajar yang cemerlang.

a)

Bayaran balik pinjaman tidak akan dituntut oleh Jabatan Perkhidmataaan Awam daripada pelajar yang cemerlang.

b)

Bayaran balik pinjaman Jabatan Perkhidmatan Awam tidak akan tuntut daripada pelajar yang cemerlang.

11.

Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

a)

Pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

b)

Pahlawan itu baginda anugerahi bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlansung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

12.

Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.

a)

Pelajar itu dihadiahi oleh guru Bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.

b)

Pelajar itu guru Bahasa Melayu hadiahi sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.

13.

Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.

a)

Undang-undang negara kamu patuhi agar hidup kita aman.

b)

Undang-undang negara mestilah kamu patuhi agar hidup kita aman.

14.

Awak telah menjalankan eksperimen itu dengan baik.

a)

Eksperimen itu awak jalankan dengan baik.

b)

Eksperimen itu telah awak jalankan dengan baik.

15.

Tuan hamba perlu menemui Panglima Garang segera.

a)

Panglima Garang perlu ditemui oleh tuan hamba segera.

b)

Panglima Garang perlu tuan hamba temui segera.

16.

Ahmad menendang bola itu ke pintu gol.

a)

Bola itu ditendang oleh Ahmad ke pintu gol.

b)

Bola itu Ahmad tendang ke pintu gol.

17.

Saya melukis gambar itu kelmarin setelah diminta oleh Farah.

a)

Gambar itu kelmarin saya lukis setelah diminta oleh Farah.

b)

Gambar itu saya lukis kelmarin setelah diminta oleh Farah.

18.

Hanis membaca buku cerita kanak-kanak itu di kantin.

a)

Buku cerita kanak-kanak itu Hanis baca di kantin.

b)

Buku cerita kanak-kanak itu dibaca oleh Hanis di kantin.

19.

Ali menemui buku itu di dalam beg pakaian.

a)

Buku itu ditemui oleh Ali di dalam beg pakaian.

b)

Buku itu Ali temu di dalam beg pakaian.

20.

Mereka ke sekolah dengan menaiki bas itu.

a)

Bas itu mereka naik ke sekolah.

b)

Bas itu dinaiki oleh mereka ke sekolah.