Font size
WorksheetsOverall History Challenge
Total questions: 97
Worksheet time: 49mins
Apakah yang dimaksudkan dengan sejarah ?
Pengisahan tentang manusia
Perancangan masa hadapan
Penceritaan kisah legenda
Peristiwa yang telah berlaku
Pengertian Sejarah dalam perkataan Arab merupakan asal-usul, salasilah dan X .
Apakah itu X ?
Perancangan belanjawan negara
Perubahan iklim dunia
Peristiwa yang benar-benar berlaku
Pandangan masyarakat zaman lalu
Herodotus : Sejarah menceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan.
Betul
Salah
E.H. Carr: Sejarah merupakan catatan ataupun rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.
Betul
Salah
Ibn Khaldun: Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu.
Betul
Salah
Khoo Kay Kim: Sejarah merujuk kepada apa-apa yang sudah berlaku.
Betul
Salah
Apakah perkataan Yunani bagi perkataan "Sejarah" ?
History
Histori
Histora
Historia
Berikan erti historia dalam perkataan Yunani yang betul.
Perancangan
Pemeriksaan
Penyiasatan
Penyelidikan
Berikan satu contoh karya oleh Ibn Khaldun.
(a)
Berikan satu karya oleh E.H. Carr
(a)
Apakah yang boleh dikaitkan dengan kajian terhadap masa silam dalam kajian sejarah ?
Keruntuhan tamadun awal
Pemilihan kaedah kajian
Penerokaan bukti
Kronologi peristiwa
Pilih jawapan yang tepat berkaitan dengan konsep masa dalam sejarah.
Dekad - 10 tahun
Abad / Kurun - 100 tahun
Alaf = 1000 tahun
Dekad - 100 tahun
Abad / Kurun - 10 tahun
Alaf = 1000 tahun
Dekad - 100 tahun
Abad / Kurun - 1000 tahun
Alaf = 10 tahun
Dekad - 1000 tahun
Abad / Kurun - 100 tahun
Alaf = 10 tahun
Mengapakah konsep ruang penting kepada ahli sejarah ?
Mengukuhkan bukti peristiwa sejarah
Membuat penyusunan dalam penulisan sejarah
Merumuskan kejadian sesuatu peristiwa
Mampu membina garis masa dalam kajian sejarah
Apakah rumusan yang boleh dikaitkan dengan maklumat berikut dalam kajian sejarah ?
Era Kesultanan Melayu Melaka > Kemunculan kuasa-kuasa luar > Kemerdekaan negara
Konsep masa silam dalam sejarah
Konsep ruang dalam sejarah
Bukti kejadian peristiwa bersejarah
Penilaian terhadap sejarah negara
Sumber sejarah boleh dibahagikan kepada dua, iaitu sumber .................. dan sumber ....................
(a)
Berikan dua contoh bagi sumber primer .
Dokumen rasmi
Batu bersurat
Ensiklopedia
Majalah
Berikan dua contoh bagi sumber sekunder.
Diari
Keterangan lisan
Ensiklopedia
Risalah
Berikan tiga kaedah yang digunakan oleh sejarawan untuk menjalankan penyelidikan.
Kaedah bertulis
Kaedah lisan
Kaedah arkeologi
Kaedah perbualan
Kaedah ini ialah kajian terhadap sesuatu peristiwa melalui maklumat pada sumber yang ditulis atau dipahat.
Berikan kaedah tersebut.
(a)
Berikan proses pertama bagi kaedah bertulis yang dilakukan oleh sejarawan.
Mengenal pasti sumber bagi sesuatu peristiwa, tokoh atau institusi
Mengumpul dan menyimpan sumber yang diperoleh
Menggunakan peralatan yang sesuai
Mendapat dan mengesahkan sumber bertulis tersebut
Menganalisis
Berikan proses ketiga bagi kaedah bertulis yang dilakukan oleh sejarawan.
Mengenalpasti sumber bagi sesuatu peristiwa, tokoh atau institusi
Mendapat dan mengesahkan sumber bertulis tersebut
Mengumpul dan menyimpan sumber yang diperoleh
Menggunakan peralatan yang sesuai
Menganalisis
Penggunaan peralatan seperti komputer bertujuan menganalisis data dan sumber , menyunting penulisan di samping menyusun bibliografi dan statistik.
Apakah proses ini dalam kaedah bertulis ?
Menganalisis
Mengumpul dan menyimpan sumber yang diperoleh
Menggunakan peralatan yang sesuai
Berikan penyusunan yang betul terhadap kaedah lisan.
Tahap pertama - Persediaan
Tahap kedua - Memproses rakaman
Tahap ketiga - Rakaman temu bual
Tahap pertama - Memproses rakaman
Tahap kedua - Persediaan
Tahap ketiga - Rakaman temu bual
Tahap pertama - Rakaman temu bual
Tahap kedua - Memproses rakaman
Tahap ketiga - Persediaan
Tahap pertama - Persediaan
Tahap kedua - Rakaman temu bual
Tahap ketiga - Memproses rakaman
Kaedah X : Dapatkan maklumat melalui temu bual dengan orang sumber.
Kaedah Y : Maklumat yang ditulis atau dipahat.
Kaedah Z : Mencari maklumat secara saintifik.
Berikan ketiga-tiga keadah tersebut.
X - Kaedah bertulis
Y - Kaedah lisan
Z - Kaedah arkeologi
X - Kaedah lisan
Y - Kaedah bertulis
Z - Kaedah arkeologi
X - Kaedah arkeologi
Y - Kaedah lisan
Z - Kaedah bertulis
X - Kaedah bertulis
Y - Kaedah arkeologi
Z - Kaedah lisan
Bagaimanakah sumber seperti fosil, tembikar, dan binaan daripada batu dapat diperoleh dalam kajian sejarah ?
Kaedah lisan
Kaedah bertulis
Proses ekskavasi
Penyelidikan perpustakaan
Apakah persamaan bagi sumber artifak dan monumen ?
Telah diolah
Sumber sekunder
Sumber arkeologi
Tiada catatan tarikh
Anda telah ditugaskan untuk membuat kajian tentang asal usul sebuah kampung di tempat tinggal anda.
Apakah sumber sekunder yang mungkin anda digunakan ?
Batu bersurat
Keterangan lisan
Fail rasmi jabatan
Ensiklopedia
Apakah kelemahan bagi kaedah lisan untuk mendapatkan maklumat sejarah melalui temu bual dengan orang sumber
Memerlukan kos yang tinggi
Jumlah orang sumber terhad
Berlaku tokok tambah
Perancangan yang teliti
Apakah proses pertama bagi aktiviti gali cari di tapak penemuan ?
Menandakan kawasan berdasarkan pelan
Perancangan grid sebelum kerja ekskavasi
Mencatatkan semua penemuan
Di manakah kaedah arkeologi bawah air akan dilaksanakan ?
Sungai
Dasar laut
Tanah rata
Apakah kaedah ini untuk mengkaji kapal karam tersebut ?
Kaedah arkeologi
Kaedah bertulis
Kaedah arkeologi bawah air
Kaedah lisan
Undang-undang Malaysia melindungi sumber sejarah peninggalan manusia yang terdampar di dasar laut, sungai atau tasik.
Apakah undang-undang tersebut ?
Kanun Tanah Negara 1965
Akta Benda Purba 1976
Akta Warisan Kebangsaan 2005
Akta Pendidikan 1996
Mengapakah tafsiran sesuatu peristiwa sejarah mungkin berbeza daripada sejarawan ?
Perbezaan pandangan
Pemilihan sumber yang pelbagai
Persamaan ideologi
Pengkaji Tempatan : Tok Janggut sebagai pembela
Pengkaji Barat : Tok Janggut sebagai pemberontak
Mengapakah terdapt percanggahan tafsiran terhadap peristiwa penentangan Haji Mat Hassan bin Munas atau Tok Janggut di Pasir Puteh, Kelantan ?
Pengaruh penaja
Fakta yang terhad
Berbeza ideologi
Desakan pemerintah
Sebagai rakyat Malaysia, apakah kepentingan mempelajari sejarah negara kita ?
Membentuk tamadun bangsa
Menghormati seluruh warga dunia
Memupuk rasa cinta kepada negara
Mengingati peristiwa sejarah negara
Berikan tahap pertama mengenai kaedah lisan
(a)
Berikan contoh bahan tinggalan sejarah yang dapat ditemukan melalui kaedah arkeologi dalam proses gali cari
(a)
Sejarawan mentakrifkan pengertian tamadun sebagai ...................
Peningkatan jumlah penduduk
Ketinggian akhlak manusia
Pencapaian tertinggi dalam pelbagai bidang
Kemajuan penghasilan alatan batu
Apakah yang boleh dikaitkan dengan istilah "Civitas" dalam bahasa Yunani ?
Kehidupan berpusat
Sistem perundangan
Ketinggian rohaniah
Perbandaran atau kota
"Mudun , Madain , Madana" merujuk kepada ................... bagi pengertian tamadun dalam bahasa Arab .
Binaan monumen dan tinggi budi bahasa
Binaan monumen dan undang-undang bertulis
Tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar
Pembukaan bandar dan undang-undang bertulis
Bagaimanakah ciri kehidupan masyarakat yang bertamadun menurut pandangan Barat seperrti Arnold J. Toynbee ?
Keluasan empayar jajahan
Kemajuan ilmu dan teknologi
Ketinggian falsafah dan akhlak
Ketinggian tatasusila masyarakat
Mengapakah masyarakat pada masa lalu mampu mencapai kemajuan dalam tamadun seperti sistem pemerintahan, agama dan kepercayaan , organisasi sosial ?
Kestabilan sistem politik
Pengaruh budaya luar
Peningkatan daya inovasi
Kemakmuran sistem ekonomi
Berdasarkan pandangan Ibn Khaldun, apakah ciri kehidupan bandar dikira sebagai yang bertamadun ?
Ekonomi yang maju
Hidup yang sejahtera
Nilai akhlak yang tinggi
Bebas beragama
Berdasarkan Arnold J. Toynbee, apakah konsep tamadun boleh dikaitkan dengan beliau ?
Peningkatan rohaniah
Pembangunan lahiriah
Pemerintahan demokrasi
Pembinaan bandar terancang
Merujuk kepada takrifan oleh dua tokoh dengan konsep tamadun dalam Islam , apakah aspek dirangkumi untuk dianggap bertamadun ?
Ketinggian akhlak dan kebudayaan yang luhur
Ketinggian akhlak dan ekonomi yang maju
Kebudayaan yang luhur dan kemajuan perdagangan
Kemajuan perdagangan dan ekonomi yang maju
Mengapakah pembentukan tamadun awal manusia tertumpu di kawasan lembah sungai?
Kaya dengan sumber galian
Sumber air untuk pertanian
Kemajuan aktiviti perdagangan
Bebas daripada binatang buas
Apakah boleh dikaitkan dengan perubahan sistem pemerintahan dari golongan pendeta digantikan dengan raja ?
Pemerintahan negara kota
Perkembangan bidang kesenian
Pengasasan kerajaan awal
Pengiktirafan raja sebagai tuhan
Bagaimanakah pemerintah kerajaan tamadun awal mengukuhkan sistem pemerintahan ?
Mewujudkan organisasi sosial
Menghapuskan pembesar tempatan
Menggubal undang-undang
Menubuhkan pasukan tentera
Apakah kesan sekiranya bandar berkembang pesat dan berlaku peningkatan dalam jumlah penduduk?
Pendidikan dibuka kepada semua
Pengkhususan pekerjaan bermula
Kemudahan pengangkutan ditingkatkan
Kemerosotan perdagangan tukar barang
Petempatan kekal > Kampung > Bandar
Mengapakah berlaku perkembangan tersebut?
Kemajuan sistem pendidikan
Kewujudan pegangan agama
Pertambahan penduduk
Pengaruh tamadun luar
Golongan artisan terlibat dengan aktiviti mengukir, menempa besi dan tembikar dalam tamadun awal.
Apakah kesan perkembangan aktiviti tersebut?
Mobiliti sosial masyarakat berkembang
Pertembungan budaya bermula
Aktiviti pertanian merosot
Perdagangan tukar barang berlaku
Apakah faktor yang menyumbang kepada kemajuan seni bina dalam tamadun awal seperti binaan Pyramid dan binaan Taman Tergantung Babylon ?
Kestabilan ekonomi
Peningkatan teknologi
Amalan sikap terbuka
Kemasukan buruh luar
Mengapakah masyarakat Tamadun Mesir Purba membina piramid ?
Memuja kuasa roh
Menonjolkan kepakaran seni bina
Mempercayai kehidupan selepas mati
Menghormati golongan bangsawan
Apakah bentuk hasil ciptaan golongan artisan tamadun awal dalam bidang kesenian ?
Corak geometri
Ukiran kejadian alam
Lukisan tuhan dan dewa
Pelan susun atur bandar
X = Bermaksud kawasan, daerah, bandar, kota, kampung dan kawasan untuk bercucuk tanam.
Apakah itu X ?
Hadarah
Hadari
Y = Bermaksud tanah atau rumah yang didiami oleh masyarakat, tahap kemajuan dan memeproleh kekayaan.
Apakah itu Y ?
Hadarah
Hadari
A = Bermaksud bandar atau kota
Apakah itu A ?
Civitas
Civilisation
Nyatakan dua tokoh mengenai sudut pandangan Islam dalam konsep tamadun .
Ibn Khaldun
Herodotus
Syed Muhammmad Naquib al-Attas
Arnold J. Toynbee
X - Merujuk kepada aspek kebendaan dalam kehidupan dan lebih bersifat umum kepada semua manusia.
Umran
Hadharah
Madaniyyah
Berikan maksud Hadarah dan Madaniyyah .
Perbandaran dan tamadun
Tamadun dan prinsip nilai
Perbandaran dan tinggi budi bahasa
Tamadun dan bandar
Apakah faktor mengembangkan aktiviti pertanian dalam masyarakat ?
Pembinaan terowong
Penciptaan kincir angin
Penciptaan teres di tanah pamah
Kursus pertanian dijalankan
X = Masyarakat di kota mendapatkan barang makanan dan barang pertanian dengan menukarkan hasil kraf tangan dan perkhidmatan termasuk kegiataan keagamaan.
Apakah itu X ?
Perdagangan jarak jauh
Perdagangan tempatan
Sistem barter
Berikan contoh kota utama yang dibina sekitar tahun 4000SM. pada peringkat awal .
(a)
Apakah perkataan tamadun dalam bahasa Inggeris ?
Civitas
Ancient
Historian
Civilisation
Apakah tugas artisan dalam tamadun awal ?
Membina kubu pertahanan
Menghiburkan golongan pemerintah
Menggubal undang-undang kerajaan
Menempa besi dan tembikar
Mengapakah tempat ibadat yang besar dibina dalam tamadun awal seperti tamadun Mesir Purba ?
Menghormati tuhan
Menjadi kediaman firaun
Menjadi kubu pertahanan
Melambangkan kekayaan kerajaan
Apakah kepentingan pembentukan sistem undang-undang atas pembentukan bandar telah bermula ?
Melancarkan pentadbiran negara
Menghormati rakyat
Berikan tamadun yang betul berdasarkan lokasi tersebut .
Tamadun X = Sungai Nil
Tamadun Y = Sungai Yangtze
Tamadun X = Tamadun Mesir Purba
Tamdun Y = Tamadun Huang He
Tamadun X = Tamadun Mesopotamia
Tamdun Y = Tamadun Indus
Tamadun X = Tamadun Huang He
Tamdun Y = Tamadun Mesopotamia
Tamadun X = Tamadun Huang He
Tamdun Y = Tamadun Mesir Purba
Apakah kerajaan terawal yang wujud dalam tamadun Mesopotamia ?
Chaldea
Akkad
Sumeria
Babylon
Antara berikut, yang manakah ciri-ciri Negara Kota Ur ?
I - Terdapat pelabuhan
II - Dipenuhi rumah dan kedai
III - Pembinaan kolam mandi besar
IV - Sistem pembentungan sistematik
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Di tamadun Mesir Purba, siapakah pemerintah yang membuka bandar Memphis dan menyatukan kerajaan utara dan kerajaan selatan ?
Ramses
Ramses II
Raja Mennes
Raja Hamurrabi
Apakah fungsi Anyang pada zaman Dinasti Shang ?
Pelabuhan
Pusat kerajaan
Tempat ibadat
Kubu pertahanan
Antara berikut, yang manakah merupakan keistimewaan bandar Mohenjo-Daro ?
I - Berhampiran laut
II - Dikelilingi dinding bata
III - Terdapat sistem pembentungan
IV - Tempat pertemuan pedagang asing
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah sumbangan Raja Hammurabi ?
Membina zigurat
Memperkenalkan undang-undang
Memajukan pertanian
Mengasaskan kerajaan Sumer
Berapakah perkara yang terkandung dalam Kod Undang-Undang Hammurabi?
280
281
282
283
Apakah hasil kesenian masyarakat tamadun Huang He ?
Menghasilkan tembikar
Membuat patung batu
Membina bandar terancang
Melukis di dinding bangunan
Tamadun manakah yang bermula dengan penciptaan roda, sauh dan gangsa ?
Tamadun Indus
Tamadun Huang He
Tamadun Mesopotamia
Tamadun Mesir Purba
Apakah sumbangan tamadun Indus ?
Roda
Perancangan bandar
Kain sutera
Sistem tulisan
Mengapakah pembentukan tamadun awal tertumpu di lembangan sungai ?
Iklim yang sejuk
Sumber air untuk pertanian
Bebas daripada binatang buas
Pusat perdagangan antarabangsa
Apakah ciri-ciri Kerajaan Baru dalam Tamadun Mesir Purba ?
I - Pemerintah digelar Firaun
II - Mengambil alih kota Nubia
III - Pusat pemerintahan di Memphis
IV - Diketuai oleh golongan bangsawan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai Hadiah Sungai Nil ?
Kekayaan hasil bumi
Kesuburan tanah pertanian
Kepadatan penduduk yang tinggi
Pusat perdagangan antarabangsa
Apakah kesan daripada perkembangan industri terhadap hasil pengeluaran besi dan kain kapas ?
Kemunculan bandar baharu
Kemerosotan sektor pertanian
Penghijrahan penduduk ke bandar
Perdagangan antarabangsa berkembang
Mengapakah terdapat binaan tembok kota sepanjang 4.8 kilometer mengelilingi bandar Harappa dalam Tamadun Indus ?
Mengelakkan banjir
Menghalang pencerobohan
Melindungi keselamatan pendeta
Memisahkan sempadan bandar
Apakah ciri istimewa bagi bandar Mohenjo- Daro dalam Tamadun Indus ?
Binaan kompleks kuil
Binaan benteng keselamatan
Kemudahan rumah mandi awam
Mempunyai jalan raya yang lurus
Mengapakah penduduk awal Tamadun Huang He tidak berdagang dengan masyarakat luar pada peringkat awal ?
Sering diserang oleh orang luar
Pelabuhan musnah akibat banjir
Menumpukan pertanian sara diri
Pengetahuan ilmu pelayaran terhad
Apakah persamaan Dinasti Xia , Shang dan Zhou dalam Tamadun Huang He ?
Bandar purba
Kerajaan awal
Petempatan kekal
Kawasan perusahaan
Apakah fungsi pembinaan zigurat dalam Tamadun Mesopotamia ?
Istana raja
Kubu pertahanan
Tempat beribadat
Pusat pentadbiran
Apakah tamadun yang boleh dikaitkan dengan penciptaan wang syiling dan kompas magnetik ?
Tamadun Mesopotamia
Tamadun Mesir Purba
Tamadun Huang He
Tamadun Indus
Apakah sistem tulisan dalam Tamadun Indus ?
Kuneiform
Piktograf
Hieroglif
Ideogram
Apakah kepentingan sistem tulisan dalam tamadun awal ?
Mencipta kalendar
Menyimpan rekod
Memudahkan urusan jual beli
Mencatat aktiviti pelayaran
Apakah sumbangan yang besar terhadap kawasan Thebes, Memphis dan Elephantine di Tamadun Mesir Purba ?
Pengeluaran hasil gandum
Penghasilan barangan logam
Pelabuhan perdagangan
Pusat pengeluaran tekstil
Apakah barangan eksport Tamadun Mesir Purba kepada tamadun luar ?
I - Kertas
II - Tekstil
III - Tembikar
IV - Ukiran logam
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Siapakah yang menjadi pemerintah dalam tamadun Indus ?
Wazir
Brahmin
Pendeta
Dewaraja
Apakah sumbangan penting Tamadun Indus kepada peradaban manusia ?
Penciptaan kertas
Penghasilan sutera
Pembinaan bandar terancang
Penggubalan undang-undang
Apakah syarat penting untuk menjadi pemerintah berdasarkan sistem kepercayaan masyarakat China ?
Dipilih oleh bangsawan
Bebas daripada rasuah
Mendapat mandat daripad atuhan
Memperoleh suara majoriti dewan
Apakah sistem tulisan dalam Tamadun Mesopotamia ?
Kuneiform
Heratik
Piktograf
Hieroglif
Kod Undang-undang Hammurabi telah diperkenalkan oleh Raja Hammurabi sewaktu dalam Tamdun Mesopotamia.
Bagaimanakah undang-undang tersebut dapat disebarkan kepada orang ramai ?
Peranan golongan pendeta
Diukir pada tembok zigurat
Melalui upacara keagamaan
Dipahat pada tiang batu
