wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN PENILAIAN DUA 2020 BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

Total questions: 40

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

BAHAGIAN A


I. Bahagian yang bergaris dalam ayat di bawah mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.


Tandakan sama ada A,B, dan C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


1.Perasaan sedih saya cuba sembunyikan dengan tersenyum ketika bersama dengan anak-anak.

a)

cuba saya menyembunyikan

b)

saya cuba menyembunyikan

c)

cuba saya sembunyikan

d)

saya cuba sembunyikan

2.

“ Bubur kacang yang sedap ini akan saya makan sepuas-puasnya “ beritahu Nora kepada rakannya.

a)

akan dimakan sepuas-puasnya

b)

akan dimakan oleh saya sepuas-puasnya

c)

akan saya memakan sepuas-puasnya

d)

akan saya makan sepuas-puasnya

3.

Perlawanan bola sepak itu dijangkakan akan ditangguhkan hingga petang esok

a)

dijangka akan ditangguhkan

b)

Menjangkakan ditangguhkan

c)

Menjangka akan tertangguh

d)

dijangkakan akan ditangguhkan

4.

Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap mana pihak yang melakukan kebakaran terbuka.

a)

mana-mana pihak-pihak yang melakukan pembakaran

b)

mana pihak-pihak yang melakukan kebakaran

c)

mana-mana pihak yang melakukan pembakaran

d)

mana pihak yang melakukan kebakaran

5.

Azhar meminta segelas air kosong daripada pelayan kedai itu kerana rasa air sikap yang diminumnya tersangat manis sekali.

a)

sangat manis

b)

termanis sekali

c)

manis-manis sekali

d)

tersangat manis sekali

6.

Setiap murid perlu hormat guru dan ibu bapa agar ilmu yang dipelajari mendapat berkat.

a)

hormatkan guru

b)

hormatkan akan guru

c)

hormat kepada guru

d)

hormat guru

7.

II. Isi tempat kosong dengan kata ganda yang paling sesuai.


Tiang rumah Pak Wahid reput di makan oleh ______________.

a)

anai-anai

b)

kupu-kupu

c)

labah-labah

d)

patung-patung

8.

Amalan _________________ dapat memupuk perpaduan dalam kalangan jiran tetangga.

a)

balas-membalas

b)

benci-membenci

c)

tolong-menolong

d)

sindir-menyindir

9.

Mereka berjuang _________________ untuk mempertahankan negara daripada dijajah.

a)

bermati-matian

b)

bertolak-tolakan

c)

berbunuh-bunuhan

d)

bersungut-sungutan

10.

Ahmad sedang membaiki ____________________ roda basikalnya yang telah patah.

a)

kekisi

b)

bebola

c)

dedaun

d)

jejari

11.

Garisan yang dilukis oleh Wendy __________________ kerana dia tidak menggunakan pembaris.

a)

simpang-siur

b)

lekak-lekuk

c)

herot-berot

d)

liuk-lentak

12.

III. Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.


”Ayah harap kamu dapat membezakan antara yang baik dengan yang __________________ , “ kata ayah kepada kakak.

a)

molek

b)

buruk

c)

degil

d)

pelik

13.

Majlis perkahwinan itu berlangsung dengan sungguh ________________.

a)

senang

b)

aman

c)

meriah

d)

kuat

14.

Murid yang lebih __________________ sepatutnya duduk di belakang.

a)

pendek

b)

tinggi

c)

kurus

d)

miskin

15.

Arif sudah ___________________ memandu kereta walaupun baru mendapat lesen.

a)

cekap

b)

tangkas

c)

pintar

d)

cepat

16.

Ibu mengasingkan kain yang sudah tidak boleh dipakai untuk dijadikan kain _________________

a)

buruk

b)

hodoh

c)

lusuh

d)

reput

17.

Meskipun baru bersifat dua tahun, Lee Lian _______________ membaca buku cerita dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

a)

fasih

b)

pakar

c)

pintar

d)

pandai

18.

IV. Isi tempat kosong dengan kata bilangan yang sesuai.


Encik Halim memelihara __________________ ekor arnab.

a)

dua

b)

kedua-dua

c)

kedua

d)

sepertiga

19.

________________ orang kakak saya menceburi bidang perakaunan.

a)

Tiga

b)

Ketiga

c)

Bertiga

d)

Ketiga-tiga

20.

___________ pelajar lebih cemerlang memilih bidang akademik dan profesional berbanding dengan bidang kemahiran teknikal dan vokasional.

a)

Seluruh

b)

Setengah

c)

Beberapa

d)

Kebanyakan

21.

BAHAGIAN B


I. Namakan jenis frasa yang bergaris di bawah ini sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama.


Zahid dan Kadir merupakan rakan sepermainan sejak kecil.

(a)  

22.

Pak Hakim menanam anak pokok kelapa di dusunnya.

(a)  

23.

Pemain badminton negara tewas kepada pemain China.

(a)  

24.

Rumah besar di atas bukit itu milik keluarga Datuk Tajuddin

(a)  

25.

Aisyah begitu tenang ketika menerima berita tentang kematian abangnya.

(a)  

26.

II. Kenal pasti ayat-ayat di bawah dan nyatakan jenisnya sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah.


Bunga Orkid itu sangat cantik.

(a)  

27.

Wah, bergayanya awak hari ini!

(a)  

28.

“Jemput datang ke majlis perkahwinan saya nanti,” pelawa Amalia kepada Farhan.

(a)  

29.

“Antara pasukan Pahang dengan Johor, manakah pilihan anda?” Tanya Hisham.

(a)  

30.

“Usah kamu pakai pakaian yang mencolok mata itu,” tegah ayah kepada Hamimah.

(a)  

31.

III. Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang diberikan dengan menambahkan imbuhan “meN-“, “beR-“ atau “pe-“ yang sesuai.

Semenjak bergelar jutawan, Fakharuddin lebih gemar (a)   (lancong/lawat) ke luar negara.

32.

Aiman akan (a)   (padam/basuh) kasut sekolahnya pada setiap hujung minggu.

33.

Hakimi menjadikan bekas (a)   (lari/lakon) pecut negara, Azmi Ibrahim sebagai idolanya.

34.

Maria telah digelar (a)   (malas/bersih) oleh kakaknya walaupun baru hari itu dia tidak mengemas rumah.

35.

Mereka (a)   (baju/tiga) merupakan kawan rapat semenjak zaman kanak-kanak lagi.

36.

BAHAGIAN C


Berdasarkan novel Meniti Impian Tingkatan 2,

jawab soalan-soalan berikut.


Siapakah watak utama dalam novel Meniti Impian?

a)

Mak Kiah

b)

Pak Yusof

c)

Zahar

37.

Zahar ditawarkan Kurdish Pertukangan Perabot di _______________________.

a)

IKM Sungai Petani

b)

IKM Sungai Siput

c)

Institut Teknologi Mara

38.

Apakah tujuan Suhaili mengutus surat kepada Zahar?

a)

Menamatkan pengajiannya.

b)

Ingin berkenalan dengan Zahar.

c)

Memutuskan hubungannya dengan Zahar.

d)

Memberikan duit kepada Zahar.

39.

Di manakah Zahar menjalani latihan amalinya?

a)

Bengkel perabot Pak Yusof

b)

Kilang Perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad

c)

IKM Sungai Petani

40.

Zahar membina bengkel perabot di ___________________

a)

atas tanah Suhaili

b)

atas tanah milik ibunya

c)

Kilang Perabot Usaha Bersatu.