wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 1: PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Perniagaan adalah.....

a)

aktiviti membeli dan menyewa sesuatu produk bagi memenuhi keperluan semasa.

b)

aktiviti jual beli barang atau perkhidmatan dengan menggunakan wang atau alatan lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan pada harga, masa dan tempat yang sesuai bagi mendapatkan keuntungan, faedah dan kepuasan.

c)

aktiviti membeli dan menjual barang pada harga, masa dan tempat yang sesuai untuk kepuasan pelanggan.

d)

aktiviti mendapatkan barangan keperluan harian dan perkhidmatan dengan mudah tanpa mengeluarkan wang yang banyak.

2.

Yang manakah antara berikut adalah elemen perniagaan

a)

Barang atau perkhidmatan,keperluan dan kehendak,konsep keuntungan

b)

Jual beli, barang dan perkhidmatan, konsep keuntungan, konsep faedah dan kepuasan

c)

Aktiviti jual beli, barang atau perkhidmatan, keperluan dan kehendak, konsep keuntungan, konsep faedah dan kepuasan.

d)

Konsep faedah dan kepuasan, konsep keuntungan, keperluan dan kehendak

3.

Proses perniagaan merangkumi...

a)

Input, proses transformasi output, untung

b)

Output, untung, jualan,

c)

Jualan, output, untung

d)

Input, proses transformasi, output, jualan, untung

4.

Bagaimanakah sesebuah perniagaan memperolehi keuntungan?

a)

Hasil perniagaan melebihi kos yang dikeluarkan

b)

Belanja perniagaan melebihi hasil yang diperolehi

c)

Hasil yang diperolehi sama banyak dengan kos yang dikeluarkan

d)

Hasil perniagaan sebelum ditolak dengan belanja atau kos perniagaan

5.

Berikut merupakan Kepentingan Perniagaan KECUALI

a)

Memenuhi kehendak peluang global

b)

Meningkatkan keperluan pemasaran

c)

Memenuhi keperluan masyarakat

d)

Meningkatkan Peluang Pekerjaan

6.

Apakah elemen yang terdapat dalam fungsi perniagaan?

a)

Pengeluaran, Pemasaran. Kewangan

b)

Kewangan, Pemasaran, Pengeluaran,Sumber Manusia, Hasil Semulajadi

c)

Pengeluaran, Pemasaran, Kewangan, Keuntungan

d)

Pengeluaran, Pemasaran, Kewangan, Sumber Manusia

7.

Pembiaya merupakan pihak berkepentingan didalam persekitaran perniagaan. Pembiaya adalah....

a)

Pihak yang menawarkan segala keperluan kepada sesebuah perniagaan seperti bahan mentah, pekerja dan pengangkutan.

b)

Pihak yang menyediakan kemudahan pinjaman kewangan untuk perniagaan bagi membolehkan usahawan menjalankan aktiviti perniagaan.

c)

Pihak yang akan membeli dan menggunakan sesuatu produk.

d)

Pihak yang menyumbangkan modal atau keperluan kewangan perniagaan ke dalam perniagaan.

8.

Petron, Shell, Petronas dan Caltex merupakan syarikat minyak terbesar yang ada di Malaysia. Keempat-empat syarikat ini merupakan________________antara satu sama lain.

a)

Kerajaan

b)

Pelabur

c)

Pembekal

d)

Pesaing

9.

"Kestabilan ekonomi sesebuah negara akan menjamin perkembangan sesebuah perniagaan tetapi jika berlaku kemelesetan ekonomi, perniagaan akan mengalami masalah kerana kuasa beli pengguna menurun."


Pernyataan berikut merujuk kepada Persekitaran Umum....

a)

Politik dan Undang-undang

b)

Sosiobudaya

c)

Ekonomi

d)

Global

10.

Berikut merupakan pengaruh Pihak Berkepentingan dan Persekitaran Umum terhadap perniagaan KECUALI

a)

Pihak Berkepentingan merupakan faktor yang boleh dikawal dan memberikan kesan secara langsung kepada perniagaan.

b)

Pemilik perniagaan akan dikenakan cukai persendirian atau individu keatas pendapatan dari perniagaannya,

c)

Persekitaran Umum tidak boleh dikawal tetapi boleh mempengaruhi perniagaan secara tidak langsung.

d)

Melalui perniagaan peringkat global, perniagaan berupaya mengembangkan potensi keuntungan pada kadar yang lebih tinggi.