Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa Tahun 3: Ayat Seruan

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

___________ adik-adik, dengarlah nasihat daripada ibumu!

a)

Wahai

b)

Aduhai

2.

__________, kamu berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR!

a)

Nah

b)

Syabas

3.

______, berani kau ganggu kakakku!

a)

Cis

b)

Aduhai

4.

_________, cantik sungguh baju kemeja nenek!

a)

Aduhai

b)

Amboi

5.

"________, sakitnya perutku!" kata Abdul kepada ibunya.

a)

Aduh

b)

Wah

6.

______________, malangnya nasibku kerana rumah aku habis terbakar!

a)

Aduhai

b)

Amboi

7.

_______, ambillah wang yang saya pinjam daripada awak!

a)

Nah

b)

Eh

8.

______, di sini rupanya cucuk sanggul nenek!

a)

Oh

b)

Syabas

9.

____, bagaimana kamu boleh berada di situ!

a)

Eh

b)

Nah

10.

__________, banyaknya makanan kita pada hari ini!

a)

Wah

b)

Aduh

11.

Azman: Selamat pagi, Liza.

Liza: Selamat pagi, Azman. ________, kemasnya pakaian kamu!

a)

Amboi

b)

Nah

12.

Alice: Awak hendak ke mana?

Tina: _______, awak sudah lupa! Rani menjemput kita ke majlis hari jadinya.

a)

Eh

b)

Aduh

13.

Jamil: ________, cantik sungguh model kereta Proton Persona keluaran terbaharu Syarikat Proton!

Kelvin: Harganya juga berpatutan.

a)

Wah

b)

Cis

14.

Lolita: _________, bingitnya telingaku mendengar muzik yang keluar dari pembesar suara itu!

Anne: Mari kita beredar dari tempat ini dengan segera.

a)

Aduh

b)

Aduhai

15.

Pilih ayat seruan yang sesuai berdasarkan gambar.

a)

Wahai Fatimah, janganlah kamu bersedih lagi!

b)

Amboi, janganlah kamu bersedih lagi!

16.

Pilih ayat seruan yang sesuai berdasarkan gambar.

a)

Wahai murid-murid, jagalah kebersihan diri semasa kamu berada di sekolah!

b)

Aduh, jagalah kebersihan diri semasa kamu berada di sekolah!

17.

Pilih ayat seruan yang sesuai berdasarkan gambar.

a)

Aduh, malang sungguh nasib orang tua itu!

b)

Aduhai, malang sungguh nasib orang tua itu!

18.

Pilih ayat seruan yang sesuai berdasarkan gambar.

a)

Wah, enaknya bau biskut coklat ini!

b)

Wahai, enaknya bau biskut coklat ini!

19.

Pilih ayat seruan yang sesuai berdasarkan gambar.

a)

Cis, berani engkau mengganggu adikku!

b)

Nah, ambillah buku yang aku pinjam daripada engkau!

20.

Pilih ayat seruan yang sesuai berdasarkan gambar.

a)

Cis, bergaya sungguh wanita itu!

b)

Amboi, bergaya sungguh wanita itu!