NEW
Font size
WorksheetsSMKTBR1 T4 B4 ZMN JAHILIAH & KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Masyarakat Arab pada Zaman Jahiliah sering bergaduh sesama sendiri.
Mengapakah pergaduhan tersebut berlaku?
Pertukaran hak menguasai telaga zamzam
Perebutan hak milik untuk mengawal Kaabah
Pertelagahan kuasa mengutip cukai
Pengamalan semangat kesukuan
Maklumat berikut merujuk kepada peperangan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Arab pada zaman jahiliah.
Mengapakah perang tersebut berlarutan selama 40 tahun?
Kerajaan pusat tiada
Hasutan kerajaan Parsi
Kawasan pertanian terhad
Campur tangan orang Yahudi
Mengapakah masyarakat Arab jahiliah marah dan bermasam muka apabila menerima kelahiran anak perempuan?
Harta tergadai
Hilang jawatan
Maruah tercabar
Keluarga terancam
Mengapakah masyarakat Arab Jahiliah sering diserang oleh Rom dan Parsi ?
Mencabuli perjanjian yang telah dimeterai
Mengamalkan penyembahan berhala
Tidak jujur dalam perniagaan
Hidup berpecah belah
Bagaimanakah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah?
Memencilkan diri
Mengelakkan ancaman musuh
Mengamalkan semangat kesukuan
Mengamalkan kepercayaan politiesme
Apakah kesan amalan sistem kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah?
Memulakan persaingan kuasa
Mewujudkan semangat assabiah
Memantapkan sistem pentadbiran
Memperkukuh perpaduan antara suku
Maklumat berikut merujuk kepada peperangan yang berlaku di kalangan masyarakat Arab pada Zaman Jahiliah.
Bagaimanakah peperangan tersebut dapat dielakkan?
Memperkuat bidang ketenteraan
Meningkatkan persefahaman penduduk
Meningkatkan kemajuan infrastruktur
Mengimbangi taraf ekonomi antara etnik
Peperangan al-Basus berlaku selama 40 tahun antara Bani Bakar dengan Bani Taghlib semasa Zaman Jahiliah di Tanah Arab.
Mengapakah peperangan tersebut berlaku?
Pembunuhan anggota kabilah
Perebutan harta rampasan perang
Perselisihan tentang hak perniagaan
Pencerobohan kawasan penempatan
Peperangan al-Basus yang berlaku pada Zaman Jahiliah menunjukkan masyarakat Arab mementingkan
Kawasan
Agama
Darjat
Puak
Pada 6 Ogos 610 Masihi, bersamaan 17 Ramadhan, Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama.
Apakah kepentingan peristiwa tersebut
Penyebaran agama Islam
Kemunculan kerajaan baharu Islam
Penentangan orang Arab Quraisy terhadap Islam
Pemisahan antara Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam
Mengapakah Nabi Muhammad SAW digelar sebagai al-Amin?
Keturunan baginda dihormati
Memiliki kebijaksanaan
Berpengalaman luas
Sentiasa dipercayai
Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama iaitu surah al-Alaq ayat 1-5 pada 6 Ogos 610 Masihi (17 Ramadhan).
Apakah yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW menerusi surah tersebut?
Pembelaan terhadap agama
Membaca untuk meningkatkan ilmu
Penyatuan umat di bawah satu akidah
Mengekalkan persamaan taraf sesama manusia
Nabi Muhammad SAW diamanahkan oleh pemimpin Arab Quraisy untuk meletakkan Hajar Aswad ke tempat asalnya.
Apakah kepentingan peristiwa tersebut kepada masyarakat Arab?
Penyebaran Islam di Makkah
Perbalahan antara kaum dielakkan
Perkembangan perdagangan di Makkah
Pelantikan pemimpin dari kalangan orang Islam
Jadual 2 berkaitan dengan sejarah awal perkembangan Islam di Makkah.
Apakah kesan peristiwa tersebut?
Pelbagai kaum bersatu
Zaman Jahiliah berakhir
Negara bangsa diasaskan
Sistem khalifah dilaksanakan
Peristiwa di atas menunjukkan
agama Islam tersebar
kemunculan kerajaan Islam
penentangan Arab Quraisy terhadap Islam
pemisah Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam
