NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu (Tatabahasa) Tingkatan 5
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
....... awal di tanah rancangan FELDA pada dekad 1970-an dahulu menghadapi pelbagai cabaran untuk menukarkan kawasan hutan menjadi tanah pertanian.
Penghuni
Petani
Penduduk
Peneroka
Seseorang itu tidak harus .......... dengan gelaran yang kurang menyenangkan dirinya kerana hal itu tidak berperikemanusiaan.
digelar
dipanggil
dikecam
ditegur
Kerugian akibat kebakaran itu ......... berjuta-juta ringgit.
dinilaikan
dianggap
ditaksirkan
ditafsirkan
Perbelanjaan secara ....... perlu dilaksanakan ketika zaman kegawatan ekonomi ini.
berjimat
bercermat
berhemah
berhemat
Para pekerja syarikat telekomunikasi mendapat ....... tahunan kerana mereka telah bekerja dengan cemerlang dan berjaya meningkatkan keuntungan syarikat.
insentif
intensif
ganjaran
bonus
Pelabur-pelabur asing mendapat berbagai-bagai ....... untuk menggalakkan mereka menanam modal di Malaysia bagi meningkatkan ekonomi negara.
insentif
bonus
ganjaran
intensif
Para pekerja asing di pasar borong itu dibayar ....... dua minggu sekali kerana mereka turut melakukan pekerjaan sampingan pada waktu petang.
upah
gaji
pendapatan
wang
Pegawai itu ........... di mahkamah kerana dituduh ........ wang syarikat.
dibicarakan ....... mensonglap
dihadapkan ...... menggelapkan
didakwa ....... menggelapkan
dihadapkan ...... menyelewengkan
Kendatipun wajah kedua-dua orang pemuda itu agak ...... namun perangai mereka amat berbeza.
seiras
sepadan
serupa
setanding
Sikap remaja yang berfikiran ..... menyebabkan ...... sosial terus berlaku dalam kalangan generasi muda.
cetek ..... kepincangan ....
singkat ..... kepincangan ....
cetek ..... kebejatan ....
singkat ..... kebejatan ....
Pusat sumber yang lengkap dengan pendingin hawa dan kemudahan melayari Internet menyediakan ......... ......... untuk murid-murid mengulang kaji pelajaran.
suasana kondusif
prasarana kondusif
tempat selesa
suasana konklusif
Perpustakaan di universiti yang lengkap dengan ....................... dan kemudahan melayari Internet menyediakan prasarana yang canggih untuk memudahkan para mahasiswa menyiapkan tugasan.
media massa
pelbagai multimedia
kepelbagaian multimedia
multimedia
Parti politik itu akan mengadakan pemilihan ....... yang baharu pada bulan hadapan.
pucuk kepimpinan
barisan pemimpin
teraju kepimpinan
pucuk pemimpin
Penyakit demam denggi boleh dikategorikan sebagai ....... kerana penyakit itu sentiasa wujud dalam sesuatu komuniti yang kurang mementingkan kebersihan di persekitaran tempat tinggal mereka.
endemik
sporadik
pandemik
epidemik
.......................... merupakan bantuan kewangan segera yang ditawarkan oleh kerajaan kepada majikan yang mengalami pengurangan pendapatan akibat PKP, supaya dapat mengekalkan pekerja yang bergaji RM 4000 ke bawah.
Program Rangsangan Ekonomi
Program Subsidi Upah
Pakej Prihatin Rakyat
Pakej Rangsangan Syarikat
Pesakit influenza perlu mengamalkan ...... batuk dan bersin yang betul, dengan cara menutup hidung serta mulut dengan tisu, kemudian membuang tisu ke dalam tong sampah tertutup.
kaedah
etika
kebiasaan
tatasusila
............. diadakan pada setiap tahun untuk mencungkil bakat murid-murid dalam bidang sukan.
Perlawanan Merentas Desa
Kejohanan Merentas Desa
Kejuaraan Merentas Desa
Pertandingan Merentas Desa
........... bagi semua institusi pendidikan tinggi awam dan juga swasta telah ditangguhkan akibat wabak COVID-19 yang melanda negara kita.
Proses pengajian
Sesi pembelajaran
Tempoh pembelajaran
Sesi pengajian
Kaedah pembelajaran secara ........ menggunakan aplikasi Telegram, Whatssap dan Google Classroom memudahkan murid-murid mengulang kaji topik-topik tertentu apabila kuiz-kuiz dan nota ringkas dapat diakses pada bila-bila masa sahaja.
atas talian
online
dalam talian
jalur lebar
Buku "A Doctor In The House" yang ditulis sendiri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dianggap sebagai ............... kerana mengisahkan pengalaman kehidupannya sejak remaja sehinggalah beliau berjaya menjadi seorang doktor, seterusnya menceburi bidang politik.
autobiografi
dokumentasi
dokumentari
biografi
