wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

NOVEL LEFTENAN ADNAN

Total questions: 35

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Pak Saidi dan Mak Milah mempunyai tiga anak lelaki. Adnan anak yang ke berapa?

a)

Bongsu

b)

Tunggal

c)

Sulung

d)

Angkat

2.

Apakah maksud kemerdekaan kepada Pak Saidi?

a)

Kita mampu meluaskan tanah jajahan

b)

Kita bebas memerintah tanah air sendiri

c)

Kita berkuasa mengawal negara lain

d)

Kita berdaya saing

3.

Mengapakah Pak Saidi merahsiakan keturunan dirinya?

a)

Tidak mahu dipandang serong oleh penduduk kampung yang menganggap sesiapa yang menentang Inggeris dituduh sebagai penderhaka.

b)

Malu jika dirinya dikenali sebagai cucu kepada Datuk Siamang Gagap.

c)

Tidak suka untuk bermegah-megah dengan asal-usul kepahlawanannya.

d)

Malu jika dikenali sebagai penentang penjajah.

4.

Apakah harta yang ditinggalkan oleh orang tuanya kepada Pak Saidi untuk dia menyara keluarganya?

a)

Sebuah basikal dan sebuah rumah.

b)

Tanah perkuburan dan kebun buah-buahan.

c)

Kebun getah seluas satu hektar dan sebidang tanah sawah.

d)

Kebun buah-buahan terutama durian.

5.

Siapakah cendekiawan yang banyak mempengaruhi pemikiran Pak Saidi tentang semangat kebangsaan dan kepentingan pendidikan?

a)

Pahlawan gagah Hang Tuah

b)

Datuk Siamang Gagap

c)

Khalid al-Walid

d)

Syed Syeikh al-Hadi

6.

Apakah majalah kegemaran Pak Saidi?

a)

Al-Imam

b)

An-Nas

c)

Al-Mukmin

d)

Majalah politik

7.

Mengapakah Pak Saidi mewakafkan sebahagian tanah kebunnya menjadi tanah perkuburan?

a)

Kerana tanah itu asalnya hutan belantara.

b)

Kerana kawasan perkuburan lama ditenggelami banjir.

c)

Kerana kawasan tersebut berbukit dan hampir dengan jalan.

d)

Kerana tanah itu telah dijual.

8.

Siapakah guru yang membantu dan memberi sokongan kepada Pak Saidi untuk menyekolahkan Adnan di sekolah Inggeris?

a)

Guru Besar Steward

b)

Cikgu Nazri

c)

Cikgu Anderson

d)

Cikgu Karim

9.

Apakah yang ditakutkan oleh penduduk kampung jika Pak Saidi menghantar anaknya bersekolah Inggeris?

a)

Pengaruh buruk

b)

Memalukan penduduk

c)

Sekolah Melayu akan rugi

d)

Menukar agama

10.

Pak Karim tidak faham sikap Pak Saidi yang membenci Inggeris tetapi pada masa yang sama Pak Saidi mengagumi mereka. Mengapa?

a)

Pak Saidi membenci Inggeris kerana mereka telah membunuh datuknya. Dia juga mengagumi Inggeris kerana mereka menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk Tanah Melayu.

b)

Pak Saidi membenci Inggeris kerana mereka sombong dan pandang hina terhadap orang Melayu. Dia juga mengagumi Inggeris kerana mereka suka makan masakan Melayu.

c)

Pak Saidi membenci Inggeris kerana mereka mengambil semua kekayaan Tanah Melayu. Dia juga mengagumi Inggeris kerana mereka kuat meluaskan tanah jajahan.

d)

Pak Saidi membenci Inggeris kerana mereka menjajah Tanah Melayu. Dia juga mengagumi Inggeris kerana ilmu yang ada pada mereka.

11.

Apakah yang membuatkan Adnan yakin bahawa esok pagi mereka akan tahu orang yang punya angkara mengerat tayar basikal sehingga bocor?

a)

Kerana dia telah memasang perangkap untuk menjerat lembaga tersebut.

b)

Kerana dia mengecam siapa yang melakukannya.

c)

Kerana dia sempat baling kayu ke arah salah satu daripada lembaga itu.

d)

Kerana dia sudah tahu lembaga yang mengerat tayar basikal itu.

12.

Tindakan yang membuktikan Pak Saidi seorang yang bersungguh-sungguh melakukan sesuatu, antaranya:

a)

Sanggup keluar awal pagi setiap hari menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di Pekan Sungai Ramal yang jauh itu.

b)

Sanggup mewakafkan sebahagian daripada tanah kebunnya untuk dijadikan kawasan perkuburan.

c)

Sanggup meminjam basikal Pak Karim untuk menghantar Adnan ke sekolah setelah basikalnya dibocorkan kerana dia tidak mahu Adnan ponteng sekolah.

d)

Sanggup menahan malu dan marah apabila dihina oleh Guru Besar Steward sebagai orang Melayu yang miskin dan tidak tahu berbahasa Inggeris kerana dia mahu Adnan diterima masuk ke sekolah Inggeris.

13.

Sikap yang menunjukkan bahawa Adnan seorang kanak-kanak yang berani, antaranya:

a)

Mengejar dua lembaga di bawah rumahnya dan membaling kayu belati ke arah salah satu lembaga tersebut.

b)

Adnan tidak mudah dikalahkan oleh kedua-dua adiknya semasa berlatih silat.

c)

Adnan tidak takut untuk dikhatan malahan dengan cepat dia bersetuju untuk dikhatankan ketika cuti sekolah.

d)

Dia sudah khatam membaca al-Quran. Tapi adik-adiknya masih membaca muqaddam.

14.

Apakah ejeken-ejekan yang diterima oleh Adnan ketika dia menawarkan diri untuk menyertai pertandingan syarahan dalam Bahasa Inggeris?

a)

“Walaupun tahu dia belum fasih bercakap dalam bahasa Inggeris, namun dia sanggup menyahut cabaran itu”.

b)

“Tak pandai cakap orang putih, ada hati nak masuk pertandingan”.

c)

“Anak penoreh getah ada hati nak naik pentas bersyarah dalam bahasa Inggeris”.

d)

“Cakap orang putih pun tak betul ada hati nak bersyarah”.

15.

Adnan yang sudah fasih berbahasa Inggeris menggunakan kelebihannya itu untuk :

a)

Memberi arahan kepada pasukan askar Melayu.

b)

Memudahkannya naik pangkat dan berkomunikasi dengan pegawai Inggeris.

c)

Mengajar rakan-rakan di kem untuk memahami arahan kawad dalam bahasa Inggeris.

d)

Mengajar anak-anak kampung bahasa Inggeris semasa waktu lapangnya setelah tamat belajar.

16.

Sifat positif yang ada dalam diri Adnan membuatkannya mudah untuk mempengaruhi orang lain untuk mengikut jejaknya, antaranya :

a)

Adnan berjaya mempengaruhi rakan-rakan supaya menyertai syarahan bahasa Inggeris.

b)

Orang kampung sudah sedar tentang kepentingan pendidikan dan menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris.

c)

Nordin akhirnya berubah dan turut serta menyertai latihan ketenteraan.

d)

Mamat berasa tidak yakin dapat diterima masuk dalam tentera kerana tidak fasih berbahasa Inggeris.

17.

Pilih susunan kejayaan Adnan dengan tepat.

a)

Berkahwin, terpilih mewakili platun dalam upacara pertabalan King George VI di London, dinaikkan pangkat sebagai Sarjan, dinaikkan pangkat sebagai Leftenan Muda.

b)

Terpilih mewakili platun dalam perbarisan upacara pertabalan King George VI di London, dinaikkan pangkat sebagai Sarjan, berkahwin, dinaikkan pangkat sebagai Leftenan Muda.

c)

Dinaikkan pangkat sebagai Sarjan, terpilih mewakili platun dalam perbarisan upacara pertabalan King George VI di London, dinaikkan pangkat sebagai Leftenan Muda, berkahwin.

d)

Dinaikkan pangkat sebagai Leftenan Muda, terpilih mewakili platun dalam perbarisan upacara pertabalan King George VI di London, dinaikkan pangkat sebagai Sarjan, berkahwin.

18.

Kapal Repulse dan Prince of Wales telah diletupkan oleh tentera Jepun melalui serangan?

a)

Fields of fire

b)

Mesingan Lewis

c)

Ops Matador

d)

Kamikaze

19.

Berdasarkan peta, berapa harikah diambil oleh tentera Jepun untuk menguasai seluruh Tanah Melayu?

a)

70 hari

b)

69 hari

c)

79 hari

d)

60 hari

20.

Ops Matador bertujuan _______.

a)

untuk menyerang Thailand yang memberi kebenaran kepada Jepun mendarat di negaranya.

b)

untuk menyekat kemaraan tentera Jepun ke Tanah Melayu.

c)

untuk menghalang Jepun memasuki Singapura.

d)

untuk membantah serangan Jepun ke atas Tanah Melayu.

21.

Apakah semboyan yang digunakan oleh Jepun untuk mengabui mata orang Melayu untuk menyokong mereka?

a)

“Asia untuk orang Asia”

b)

“Timur untuk orang Timur”

c)

“Jepun untuk Tanah Melayu”

d)

“Tanah Melayu untuk orang Melayu”

22.

Jeneral Yamashita telah berjanji dengan Maharaja Jepun bahawa dia akan menakluki Tanah Melayu dalam masa berapa hari?

a)

70 hari.

b)

69 hari.

c)

60 hari.

d)

79 hari.

23.

Pak Saidi telah berjaya membunuh lima orang askar Jepun dan mencederakan yang lainnya dengan menggunakan senjata apa?

a)

Bayonet

b)

Lembing

c)

Keris

d)

Meriam

24.

Bilakah Sophia balu kepada Leftenan Adnan meninggal dunia akibat leukemia?

a)

Semasa kemerdekaan negara iaitu pada tahun 1957.

b)

Selepas empat tahun kematian Leftenan Adnan iaitu pada tahun 1945.

c)

Semasa Amerika Syarikat menggugurkan bom atom di Hawaii.

d)

1942.

25.

Dalam keadaan genting teruk dibedil oleh tentera Jepun dan ketiadaan senjata api, yang tinggal hanyalah Leftenan Adnan bersama berapa orang tentera Melayu yang masih bertahan?

a)

42 orang sahaja.

b)

45 orang sahaja.

c)

20 orang sahaja.

d)

26 orang sahaja.

26.

Kali terakhir Leftenan Adnan bertemu dengan isterinya, beliau telah menghadiahi Sophia sehelai _______ .

a)

Selempang merah.

b)

Selendang putih.

c)

Selempang biru.

d)

Selendang merah.

27.

Adik Leftenan Adnan iaitu Ahmad seorang tentera laut telah terkorban ketika dalam perjalanan ke Australia. Apakah nama kapal yang karam tersebut?

a)

IJN Awijisan Maru

b)

Hudson RAAF

c)

HMS Pelanduk

d)

HMS Repulse

28.

“Askar British tidak berminat untuk mempertahankan Tanah Melayu. Rejimen Askar Melayu pula sedikit dan tidak mencukupi untuk menghadapi serangan secara besar-besaran daripada Jepun”.


Penyataan di atas adalah daripada kata-kata ____.

a)

Laksamana Thomas C.Hart

b)

Laksamana Sir Thomas Philips

c)

Kapten Rix

d)

Leftenan Adnan

29.

“Askar Melayu mempunyai semangat esprit de corps dan disiplin diri yang tinggi. Mereka mempertahankan kubu mereka sehingga gugur semuanya”.


Penyataan di atas ialah kata-kata _______.

a)

Leftenan Renya Mutuguchi

b)

Jeneral Yasmashita

c)

Jeneral A.E Percival

d)

Laksamana Thomas C.Hart

30.

“Sesiapa yang dapat menguasai Tanah Melayu akan dapat menguasai perdagangan dunia”.

a)

Leftenan Kuzuko

b)

Jeneral Yamashita

c)

Maharaja Jepun

d)

Kapten Fujimuri

31.

Susun kedudukan kematian dengan tepat.

a)

Adnan, Mak Milah, Ahmad, Sophia, Pak Saidi

b)

Mak Milah, Ahmad, Adnan, Sophia, Pak Saidi

c)

Mak Milah, Adnan, Ahmad, Pak Saidi, Sophia

d)

Ahmad, Adnan, Mak Milah, Pak Saidi, Sophia

32.

Apakah tujuan Adnan dihantar ke London?

a)

Untuk menyertai perlawanan tinju

b)

Untuk berperang dengan Jepun

c)

Untuk menyertai perbarisan pertabalan King George VI

d)

Untuk berunding tentang kemerdekaan

33.

Apakah yang dikurniakan oleh King George kepada Adnan?

a)

Sepasang uniform tentera British

b)

Sepasang kasut tentera British

c)

Sepasang persalinan yang mewah

d)

Senjata api yang moden dan lengkap

34.

Siapakah yang terselamat dalam perang di Pasir Panjang dan menceritakan tragedi yang menimpa Leftenan Adnan?

a)

Penghulu Deraman

b)

Koperal Yaakob

c)

Sarjan Hasan

d)

Sarjan Arshad

35.

Bagaimanakah Leftenan Renya Mutuguchi fasih bercakap bahasa Melayu?

a)

Kerana dia belajar di sekolah Melayu.

b)

Kerana kebanyakan tentera Jepun diajar bahasa Melayu sebelum dihantar ke Tanah Melayu.

c)

Kerana bahasa Melayu mudah untuk dipelajari.

d)

Kerana dia ada banyak kawan Melayu.