Font size
WorksheetsSimpulan Bahasa Tahun 6
Total questions: 70
Worksheet time: 2hrs 20mins
Pak Khamis yang _______ itu masih kuat mengusahakan kebun kelapanya.
A bongkok sabut
B manis mulut
C kering hati
D hati muda
Abang terpaksa ber _______ apabila tapak gerai yang dipohonnya jatuh ke tangan orang lain.
A tikam lidah
B gelap hati
C putih mata
D alih angin
Fatin tidak gemar membeli pakaian di kedai itu kerana harganya _______ .
atas pagar
paku belanda
naik angin
kera sumbang
Sikap Amin yang suka _______ itu menyebabkan dia tidak disukai.
angkat mata
angkat kaki
angkat diri
angkat sumpah
Mira tidak berani mendekati mangsa kemalangan itu kerana dia mudah _______.
mabuk darah
hisap darah
naik darah
hutang darah
Encik Zakir dapat hidup senang hasil _______ nya berbakti kepada tanah.
jalan buntu
makan suap
kacang hantu
titik peluh
Pekerja itu _______ menanggung kepayahan hidup di rantauan.
besar hati
ada hati
cekal hati
sampai hati
Kecemerlangan Salmi dalam peperiksaan telah menjadi _______ orang kampungnya.
buah fikiran
buah tangan
buah mulut
buah hati
Munirah mengambil sikap _______ dengan tidak memihak kepada sesiapa pun dalam perselisihan itu.
atas pagar
pilih kasih
hentam kromo
berpeluk tubuh
Pekerja itu sering ditipu oleh majikannya kerana dia _______.
pekak badak
pisau cukur
pening lalat
buta huruf
Aida suka membaca, maka dia digelar _______.
ulat buku
puteri lilin
kaki bangku
ayam tambatan
Ali dan kawan-kawannya masih melepak di simpang jalan itu walaupun _______ sudah turun.
bunga dedap
embun jantan
buah hati
buaya darat
Mira _______. Dia suka membocorkan rahsia orang.
mulut murai
mulut tempayan
lidah bercabang
berat mulut
Datuk saya _______ untuk menyiapkan perahu yang ditempah khas oleh pelanggan.
bertegang urat
berputih tulang
bermandi peluh
berpeluk tubuh
Berita penangkapan pegawai kerajaan yang _______itu disiarkan di dalam akhbar-akhbar utama.
makan hati
makan angin
makan tuan
makan suap
Rizal mendapat _______ apabila dipilih sebagai pemenang utama peraduan itu.
mata duitan
buah tangan
gaji buta
durian runtuh
Datuk Amar telah dilantik menjadi _______ negara di Mesir.
ayam tambatan
orang harapan
buah hati
duta besar
Pandangan golongan _______ perlu diambil kira terlebih dahulu bagi menggelakkan timbulnya masalah di kemudian hari.
ulat buku
cerdik pandai
mata duitan
kutu rayau
Tuan Kamal suka akan sikap Encik Halim yang _______dalam mengendalikan kerja-kerjanya
panjang tangan
lepas tangan
ringan tangan
ringan mulut
Kami terpaksa _______kerana terdapat kejadian tanah runtuh yang menghalang perjalanan kami.
berpatah arang
berpatah balik
berubah hati
bertegang urat
Setelah lima kali gagal dalam temu duga,Ong Wee Kiat _______hendak mencuba lagi
sakit hati
baik hati
tawar hati
iri hati
Aidan naik angin apabila Cikgu Ikmal _______ saja setelah mengesyaki dirinya terlibat dalam pergaduhan itu.
tarik diri
tangkap muat
bendera putih
tangkap buta
Zaidi _______ kerana menolong nenek Siti mengangkat bakul yang berat itu.
ringan mulut
ringan tulang
ringan lidah
ringan kepala
Pemuda itu sanggup _______ demi menyelamatkan budak yang hampir dilanggar kereta itu.
sakit hati
sakit mata
sabung nyawa
pening lalat
_______ yang berlaku antara Wan dan Amir berpunca daripada salah faham.
Pilih kasih
Perang mulut
Pening lalat
Pilih bulu
Aisyah _______ apabila Cikgu Murni memujinya.
senyum simpul
senyum tawar
senyum kambing
senyum sumbing
Walaupun telah bermesyuarat selama empat jam, mereka masih belum mendapat _______ untuk mengatasi masalah yang rumit itu.
jalan keluar
jalan belakang
jalan pintas
jalan tengah
Tiada siapa yang menyangka Haslin yang ________ itu dapat menyelesaikan masalah yang rumit.
bongkok udang
bintang terang
bodoh sepat
buaya tembaga
Setelah isterinya meninggal dunia, Hisham _______ dan berkahwin pula dengan adik isterinya.
patah kandar
hilang akal
ganti tikar
retak seribu
Seman dan kawan-kawannya masih bermain dam di pondok menunggu bas di simpang jalan itu walaupun _______ sudah turun.
bunga dedap
embun jantan
kacang hantu
bintang terang
Nenek Yati tinggal _______ di pondok buruknya itu.
sekapur sirih
isi perut
sebatang kara
orang harapan
Kamil yang telah menjadi _______ Jepun amat ditakuti oleh penduduk Kampung Panji.
tali barut
halwa telinga
tulang belakang
ayam tambatan
Ayah membayar _______ sebanyak RM10 000 untuk membeli kereta Gen-2.
air muka
hutang darah
wang hantaran
wang muka
Majid menanam sayur di tanah yang luasnya hanya _______ di hujung kampung untuk menyara hidupnya.
teluk rantau
retak seribu
sekangkang kera
sehelai sepinggang
Fuad _______ apabila Aiman menuduhnya mengambil duit Kelab Rakan Muda untuk membeli raket baru.
buruk siku
hilang akal
makan diri
hangat hati
Nelayan-nelayan di perkampungan itu kerap ditindas oleh ________ itu.
muka tembok
lintah darat
pisau cukur
alim kucing
Sekiranya kamu tidak pasti, jangan cuba _______ kerana buruk padahnya.
sakit mata
serkap jarang
ringan mulut
tangan terbuka
Masalah itu masih belum selesai kerana setiap rundingan sentiasa menemui _______ .
jauh hati
jalan buntu
kera sumbang
makan
Sekiranya Ikmal ada, tentu kita _______ kerana ada saja kelakar yang dibuatnya.
tak kering gusi
makan hati
telinga lintah
tin kosong
Ayah dan ibu turun ke sawah sebaik sahaja _______ .
bintang terang
makan garam
fajar menyinsing
pasar gelap
Kerani bank itu menjadi _______ apabila melihat wang yang banyak di hadapannya.
senyum kambing
gelap mata
goyang kaki
angkat kaki
Pembahas itu berhujah dengan memberikan contoh yang _______ kepada hadirin.
panjang akal
cari akal
masuk akal
ada akal
Hasil kraf tangan ini adalah _______ orang-orang yang cacat penglihatan.
ringan tangan
bekas tangan
buah tangan
dalam tangan
Tiba-tiba sahaja pemuda itu _______ lalu mengamuk di kawasan kampung.
gelap hati
rambang mata
durian runtuh
gelap fikiran
Mereka mendapat _______ apabila syarikat mereka mencapai keuntungan besar.
tulang belakang
langkah kanan
durian runtuh
langkah kiri
Rahsia kita telah dibocorkan oleh si _______ itu.
mulut murai
mulut tempayan
mulut manis
mulut biawak
Sesiapa sahaja yang _______ akan didakwa di mahkamah.
makan suap
makan hati
makan darah
makan angin
Mereka _______ kerana gagal memasuki perlawanan akhir bola sepak peringkat daerah.
putih hati
putih tulang
putih mata
mata putih
Umaira merupakan _______ pasukan bola jarring sekolahnya.
tulang belakang
batu loncatan
senapang bambu
kucing bertanduk
Jika tiada _______ itu, sudah tentu mereka tidak bertikam lidah.
batu loncatan
kepala batu
hati batu
batu api
Syakir menjadi _______ apabila melihat kasut impiannya di pusat beli-belah itu.
mata keranjang
rambang mata
tanda mata
mata hati
“Berhati-hatilah ketika bergurau dengannya. Dia itu _______,” nasihat abang.
makan angin
mulut murai
ada angin
mulut tempayan
Kadar _______ di kalangan penduduk luar bandar sudah jauh berkurangan.
buta ayam
buta hati
buta huruf
buta tuli
Banyak syarikat terpaksa _______ akibat pandemik koronavirus yang melanda seluruh dunia.
ganti tikar
cekik darah
makan angin
gulung tikar
Encik Haidar gemar mendengar muzik klasik sebagai _______ pada masa senggang.
halwa telinga
buah pena
buah hati
telinga lintah
Pengadil perlawanan akhir itu ditegur oleh pihak media massa kerana bersikap _______.
buruk siku
putih mata
pilih kasih
anak emas
Pemuda yang kurang siuman itu tersengih-sengih seperti _______ apabila lalu di hadapan gadis itu.
cacing kepanasan
kerang busuk
kera sumbang
hidung tinggi
Hilmi dan Hanani iaitu kembar tidak seiras yang telah mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR merupakan _______ Encik Halim dan Puan Mariam.
buah pena
bidan terjun
nyiur gading
mata petai
Usahlah kamu berharap Encik Salman yang sememangnya terkenal dengan gelaran _______ itu akan menghulurkan derma kepada anak-anak yatim.
lintah darat
ketam batu
buaya tembaga
bodoh sepat
Peragawati itu berjalan melenggang-lengguk seperti _______ semasa memperagakan kebaya moden.
bongkok sabut
patah kandar
tali barut
cupak hanyut
Penghulu menasihati _______ nya supaya sentiasa hidup bantu-membantu antara satu sama lain.
anak emas
anak buah
angak angkat
anak tiri
Shasha tidak disukai oleh kawan-kawannya kerana sikapnya yang _______ .
hidung tinggi
buah mulut
bulat hati
harga diri
Pak long dan mak ngah sanggup ber _______ hanya kerana berebut harta pusaka.
hisap darah
patah arang
angkat kaki
retak seribu
Puan Emi _______ dengan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab.
makan diri
makan gaji
makan hati
makan suap
Cikgu Dayani terpaksa _______ apabila melihat murid-muridnya sedang bertengkar.
mulut murai
buruk siku
campur tangan
pilih kasih
Hikmi terpaksa _______ kerana belum mendapat gaji lagi.
ikat perut
mulut tempayan
pekak badak
lipas kudung
Najwa selalu bergaduh dengan abangnya kerana dia _______.
kacang hantu
pisau cukur
anjing kurap
telinga nipis
Sikap Suhana yang _______ semasa bekerja tidak disenangi oleh majikannya.
buah pena
berat tulang
nyiur gading
mata petai
Jangan bersikap _______ketika mengadili sesuatu permainan.
buruk sangka
berat sebelah
serkap jarang
cangkul
Orang tua itu seorang yang kaya raya di kampung, tetapi dia seorang _______ .
kaki bangku
tangkai jering
bulat hati
harga diri
