WorksheetsKuiz 3 Pendidikan Moral Nilai Hemah Tinggi dan Nilai Hormat
Total questions: 50
Worksheet time: 50mins
Annie _____________ Jenn kerana Jenn tidak sengaja menumpahkan air pada bajunya.
menengking
memuji
memaafkan
Leonard __________ seorang murid yang memotong barisan ketika mereka sedang berbaris untuk membeli makanan di kantin sekolah.
menegur secara baik
memukul
menolak
Hafizi ___________________ kepada guru yang menegur dia dan rakannya yang berbual-bual semasa berada di dalam perpustakaan.
berperasaan benci
membalas dendam
meminta maaf
Redner menunggu giliran dengan ___________ untuk menggunakan komputer yang sedang digunakan oleh murid-murid yang lain.
sabar
perlahan
marah
Yang manakah menunjukkan contoh pertuturan yang sopan terhadap warga sekolah?
"Apa khabar, Maureen?" sapa Adeline ketika bertemu dengan rakannya di kawasan sekolah.
"Saya tidak suka Cikgu Anjely kerana dia sangat garang," kata Azmi.
"Tolong siapkan kerja sekolah saya ini," arah Fauzi kepada Ramli.
Yang manakah menunjukkan pertuturan yang tidak sopan terhadap warga sekolah?
"Saya akan tolong pak cik siram pokok-pokok bunga ini," kata Nani kepada tukang kebun sekolah.
"Hoi, Si Gemuk! Tolong belikan saya makanan," kata Raju.
"Selamat pagi, cikgu. Bolehkah saya tolong cikgu bawa buku ini ke bilik guru?" kata Joyce.
Kesan jika kita tidak bersopan dan berbudi pekerti mulia terhadap warga sekolah ialah ______________.
kita tidak disukai oleh warga sekolah.
kita berjaya dalam pelajaran.
kita dapat menjaga nama baik sekolah.
Rakan kamu menggunakan alat tulis kamu tanpa meminta kebenaran daripada kamu.
Apakah tindakan kamu?
Menasihatinya supaya meminta kebenaran dahulu
Memarahinya agar meminta kebenaran daripada saya
Tidak mengendahkan perbuatan rakan
Semasa kamu makan di kantin, rakan kamu berbual dengan suara yang kuat sambil makan.
Apakah tindakan kamu?
Turut berbual dengan suara yang kuat
Menasihatinya agar tidak berbual dengan kuat semasa makan
Membiarkan sahaja rakan berbual dengan suara yang kuat
Cikgu Pauline meminta kamu membantunya menyusun buku-buku teks di dalam stor buku teks.
Apakah tindakan kamu?
Mengelak untuk membantu cikgu
Berpura-pura tidak mendengar
Membantu cikgu menyusun buku-buku teks dengan ikhlas
Di kelas kamu ada seorang murid yang baharu berpindah. Dia seorang yang pemalu.
Apakah tindakan kamu?
Bersikap sombong terhadap murid itu
Berkenalan dan melayannya dengan baik
Mengajak rakan-rakan yang lain agar tidak berkawan dengan murid itu
Antara berikut, yang manakah kepentingan pergaulan yang sopan terhadap warga sekolah?
merenggangkan hubungan
melahirkan murid yang bertanggungjawab
tidak mempunyai ramai kawan
Rakan-rakan menjauhkan diri daripada Linda kerana dia ____________ dengan pencapaian yang cemerlang dalam pelajaran.
sombong
rendah diri
sedih
Kelas Tahun Tiga Anggerik menjadi ________________ kerana beberapa orang murid tidak membantu rakan-rakan mereka membersihkan kelas.
tersusun
kemas
tidak bersih
Murid-murid Tahun Tiga Bijak menggunakan meja dan kerusi di kelas dengan ___________.
cermat
kasar
laju
Rosdi _______________________ semasa sesi Google Meet bersama dengan Cikgu Rose yang mengajar Bahasa Melayu.
berbual dengan rakan di ruangan chat
bermain-main
menumpukan perhatian
Jacky berasa _____________ kerana menaiki bas dengan penuh tatatertib.
sedih
marah
senang hati
Saya berasa____________ kerana meminta izin daripada guru untuk pergi ke tandas.
gembira
kecewa
sedih
Kamu memberikan salam sebagai tanda hormat manakala rakan kamu melarikan diri apabila terserempak dengan guru besar.
Apakah tindakan kamu?
Berpura-pura tidak tahu
Memarahi rakan agar memberikan salam
Menasihati rakan agar menghormati orang yang lebih tua
Kamu menghormati semua pekerja di sekolah dan menganggap mereka _______________.
perlu dihormati
tidak perlu dihormati
perlu dipandang rendah
Kita perlu beradab sopan dalam kehidupan seharian untuk ______________________.
menjadi orang yang tidak berguna
menjadi orang yang berguna
menjadi orang yang pentingkan pujian
Gopal dan Kelvin meminta maaf sesama sendiri dan ___________________ ketika berlaku perselisihan faham antara mereka.
mengakui kesalahan masing-masing
menuduh antara satu sama lain
bertumbuk
Saya mengucapkan terima kasih kepada _____________________ kerana telah menjaga keselamatan murid-murid.
pekerja kantin
tukang kebun
pengawal keselamatan
Tina dimarahi gurunya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
Apakah yang perlu diucapkan oleh Tina?
Baiklah, cikgu. Saya akan membantu cikgu siapkan kerja sekolah.
Tahniah, cikgu memang hebat!
Maafkan saya, cikgu. Saya berjanji akan sentiasa menyiapkan kerja sekolah.
Fenny melihat seorang murid lelaki membuang sisa makanannya ke dalam longkang.
Apakah yang perlu diucapkan oleh Fenny?
Tolong kutip sampah itu dan buang ke dalam tong sampah.
Tahniah, tindakan awak itu memang betul!
Hei, kutip sampah itu sekarang!
Kamu ______________ semasa pelawat datang ke sekolah kamu sempena Hari Cintai Alam Sekitar yang diadakan di sekolah kamu.
berbuat bising
tidak bekerjasama
menunjukkan sikap hormat
Richard ____________ pekerja kantin sekolah mencari dompetnya yang hilang.
membantu
mengejek
tidak mempedulikan
Roger ___________ kepada pengawas sekolah kerana datang lewat ke sekolah.
berteriak
memberi duit
meminta maaf
Seorang pelawat bertanyakan arah ke pejabat sekolah dan kamu ______________________________.
menyuruhnya bertanya kepada orang lain
membantunya menunjukkan arah
melarikan diri
Yang manakah bukan kepentingan menghormati warga sekolah?
melahirkan murid yang berbudi bahasa
mewujudkan suasana harmoni
berlaku persengketaan
Guru besar amat _________ apabila murid-muridnya berdiri sebagai tanda menghormatinya.
gembira
sedih
kecewa
Hafiz berasa ________ dengan sikap rakannya yang tidak meminta maaf kerana tertumpahkan air murid yang lain.
seronok
kecewa
puas hati
Cikgu Fira __________ dengan sikap anak muridnya yang sering membantunya.
bangga
sedih
kecewa
Tetamu jemputan itu berasa sangat ______ apabila menerima sokongan daripada murid-murid di sekolah.
sedih
kecewa
terharu
Terdapat dua orang murid berbual-bual ketika guru sedang mengajar di hadapan kelas.
Saya akan_____________________.
berteriak agar mereka senyap
memberitahu guru tentang dua orang murid itu
menyertai mereka berbual
Kamu seorang pengawas. Kamu terlihat beberapa orang murid lelaki mengganggu murid perempuan.
Saya akan _________________________.
melapor kepada guru disiplin
berpura-pura tidak nampak
memarahi murid-murid lelaki itu
Murid-murid perlu memupuk nilai hormat dalam diri mereka agar ______________________.
menjadi orang yang sombong
berjaya dalam kehidupan
tidak disayangi oleh warga sekolah
Yang manakah bukan warga sekolah?
pekerja am sekolah
pengawal keselamatan
pelawat
Yang manakah kepentingan menghormati warga sekolah?
Dapat memahami dengan mudah apa yang diajar oleh guru
Tidak boleh membaca buku dengan tenang di perpustakaa n
Merosakkan nama baik sekolah
Eunice tidak makan di hadapan Izzah yang sedang berpuasa.
Adakah amalan ini menunjukkan sikap hormat?
Ya
Tidak
Jessi bercakap kasar dan mengejek rakan-rakannya yang lemah dalam pelajaran.
Adakah amalan ini menunjukkan sikap hormat?
Ya
Tidak
Ai Lin dan Zaza meminta izin untuk ke tandas semasa guru sedang mengajar.
Adakah amalan ini menunjukkan sikap hormat?
Ya
Tidak
Becky dan rakan-rakannya mengucapkan terima kasih kepada doktor gigi yang memberikan ceramah tentang penjagaan kesihatan gigi.
Adakah amalan ini menunjukkan sikap hormat?
Ya
Tidak
Gary yang sombong itu selalu bercakap kasar dengan warga sekolah.
Adakah amalan ini menunjukkan sikap hormat?
Ya
Tidak
Doris memarahi pekerja kantin yang tersalah memberikan baki wang semasa dia membeli makanan.
Adakah amalan ini menunjukkan sikap hormat?
Ya
Tidak
Barry memberikan senyuman kepada Mak Cik Kiah yang menyapu sampah di koridor kelas.
Adakah amalan ini menunjukkan sikap hormat?
Ya
Tidak
James mendengar arahan guru ketika aktiviti Pendidikan Jasmani dijalankan.
Adakah amalan ini menunjukkan sikap hormat?
Ya
Tidak
Rakan saya suka berbuat bising dan mengganggu saya ketika belajar.
Adakah amalan ini menunjukkan sikap hormat?
Ya
Tidak
Suzika sentiasa bercakap dengan sopan dan berhemah dengan rakan-rakannya.
Adakah amalan ini menunjukkan sikap hormat?
Ya
Tidak
Collin dan rakan-rakannya bersembunyi di stor sukan ketika perhimpunan sedang diadakan.
Adakah amalan ini menunjukkan sikap hormat?
Ya
Tidak
