Font size
WorksheetsDEMOKRASI DAN PILIHANRAYA - PENGAJIAN AM
Total questions: 13
Worksheet time: 8mins
Yang manakah alasan bagi sesuatu keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah?
Perbuatan merasuah pengundi yang dilakukan oleh calon pilihan raya
Ketidakpatuhan calon terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya
Calon gagal menurunkan poster dan bendera parti selepas hari mengundi
Calon gagal menghantar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan
Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?
Mendengar petisyen pilihan raya
Menyemak sempadan pilihan raya
Meminda undang-undang pilihan raya
Mendakwa calon yang melanggar peraturan pilihan raya
Yang manakah pengundi yang berhak untuk mengundi sebagai pengundi pos
Pegawai pilihan raya yang menjalankan tugas pada hari mengundi
Pegawai perkhidmatan awam yang bekerja pada hari mengundi
Pesalah yang menjalani hukuman penjara pada hari mengundi
Pasakit yang terlantar di hospital pada hari mengundi
Yang manakah benar tentang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya?
Lantikannya oleh Perdana Menteri
Saraannya di bawah peruntukan Parlimen
Pemecatannya dibuat oleh Jemaah Menteri
Terma jawatannya ditentukan oleh Ketua Setiausaha Negara
Yang manakah benar tentang sistem kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia?
Ketua negara dipilih dalam pilihan raya
Pengundian pilihan raya diadakan secara sulit
Semua ahli Majlis Parlimen dipilih oleh rakyat
Rakyat perlu memilih wakil kawasan mereka ke Dewan Rakyat
Yang manakah sebab seseorang calon yang kalah dalam pilihan raya membuat petisyen pilihan raya?
Calon yang menang tidak berdaftar sebagai pengundi
Calon yang menang mempunyai jentera pilihan raya yang ramai
Calon yang menang tidak patuh terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya
Calon yang menang gagal menghantar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan
Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?
Membuat kajian dan persempadanan kawasan pilihan raya
Mengawal keselamatan dalam tempoh pilihan raya
Meluluskan persempadanan kawasan pilihan raya
Mengadili petisyen pilihan raya
Yang manakah yang menggambarkan kebebasan sesebuah suruhanjaya?
Anggota suruhanjaya dipilih dalam pilihan raya
Saraan anggota suruhanjaya ditetapkan oleh kabinet
Suruhanjaya tidak boleh dianggotai oleh ahli politik
Anggota suruhanjaya boleh dipecat melalui tribunal khas
Pilihan raya kecil perlu diadakan kerana
rombakan kabinet
kematian Setiausaha Dewan Negara
kemuflisan Ahli Dewan Undangan Negeri
peletakan jawatan Setiausaha Dewan Rakyat
Pernyataan yang manakah yang benar tentang Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan raya ?
Boleh memegang jawatan berpendapatan tetap
Saraan ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong
Ahli-ahlinya terdiri daripada ahli Majlis Parlimen
Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-raja
Pernyataan yang manakah yang benar tentang kebebasan pilihan raya ?
Rakyat bebas memilih wakil mereka.
Undian rakyat ditentukan oleh ketua parti
Rakyat bebas mengundi mengikut kaedah
pilihannya.
Parti politik bebas berkempen mengikut
undang-undang
Yang manakah yang benar mengenai sistem kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia?
Pilihan raya boleh diawalkan dari tempoh yang ditetapkan, iaitu lima tahun
Pilihan raya peringkat persekutuan dilaksanakan apabila Parlimen dibubarkan
Pilihan raya perlu diadakan selepas Perdana Menteri membubarkan Parlimen
Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 30 hari selepas Parlimen dibubarkan
Kekosongan kerusi Dewan Rakyat berlaku apabila Ahli Parlimen kawasan tersebut
diisytiharkan muflis dan belum dilepaskan
didakwa di mahkamah atas kesalahan membunuh
dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan
didapati gagal mengisytiharkan jumlah harta yang dimilikinya kepada Speaker Dewan
