wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Asas Ilmu Dakwah

Total questions: 30

Worksheet time: 2hrs 30mins

Name
Class
Date
1.

Definisi dakwah menurut Dr. Abdul Karim Zaidan ialah

a)

Berdoa kepada Allah dengan khusyuk dan penuh berharap

b)

Menyeru atau mengajak manusia kepada agama Allah iaitu Islam

c)

Memberi nasihat kepada orang supaya meninggalkan maksiat

d)

Melaksanakan undang-undang Islam dan berjihad melawan musuh Allah

2.

Pendakwah melihat seorang yang sedang dalam kelalaian dan sedang melakukan maksiat, maka dia ...

a)

Memarahi orang tersebut dengan bahasa ejekan

b)

Mengambil video dan menyebarkan kepada awam

c)

Menyapa orang itu dengan nasihat yang tuntas

d)

Membenci maksiat itu dan memalingkan diri darinya

3.

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."

(Surah Ali-Imran : 104)


Berdasarkan maksud ayat di atas, apakah hukum berdakwah?

a)

Sunat Muakkad

b)

Harus

c)

Fardhu Kifayah

d)

Fardhu Ain

4.

“Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah daripada yang munkar, merekalah orang-orang yang beriman.”


Terjemahan ayat al-Quran di atas menyatakan tentang amalan "Amar Ma'ruf Nahi Mungkar". Apakah maksud amalan tersebut?

a)

Suruhan menjauhi rasuah dan penyelewengan

b)

Suruhan membuat kebaikan dan menjauhi kejahatan

c)

Saranan mengetahui ilmu Islam dan menafikan jahiliah

d)

Saranan membuat munkar dan menafikan ma'ruf

5.

Bagaimanakah ganjaran yang diterima oleh seorang mukmin sekiranya dia ikhlas dalam berdakwah?

a)

Mendapat syafaat ilmu para anbiya’ dan solehin

b)

Mendapat pertolongan dan pujian daripada manusia

c)

Mendapat kekayaan di dunia dan dipandang mulia

d)

Mendapat pahala yang berganda serta janji syurga dari Allah

6.

Apakah yang dimaksudkan dengan "Dakwah Fardiyah"?

a)

Dakwah secara beramai-ramai dan diterima oleh semua orang.

b)

Kaedah dakwah kepada Allah yang menekankan hubungan peribadi di antara pendakwah dengan sasaran dakwah (mad’u) yang berlaku secara langsung.

c)

Kaedah dakwah yang paling mudah dilakukan oleh pendakwah dalam menyebarkan agama Islam.

d)

Dakwah secara berseorangan melalui program dan media

7.

Berapa lamakah dakwah secara rahsia dilakukan oleh Rasulullah SAW?

a)

3 Tahun

b)

Setahun

c)

20 Tahun

d)

5 Tahun

8.

Rasulullah berdakwah di Mekkah selama...

a)

9 tahun

b)

10 tahun

c)

11 tahun

d)

12 tahun

e)

13 tahun

9.

Berikut ini adalah orang-orang pertama yang menyambut dakwah Rasulullah SAW KECUALI

a)

Khadijah binti Khuwailid

b)

Ali bin Abi Thalib

c)

Zaid bin Haritsah

d)

Abu Bakar Shiddiq

e)

Umar bin Khattab

10.

Dakwah dari sudut bahasa adalah seperti berikut KECUALI

a)

Menyeru

b)

Mengajak

c)

Menyampai

d)

Melatih

e)

Memujuk

11.

Berikut adalah prinsip yang telah menjadi dasar dalam dakwah para nabi dan rasul sebelum zaman Rasulullah s.a.w. KECUALI

a)

Memperkenalkan mukjizat masing-masing kepada umat masing-masing supaya manusia taat kepada Allah dan nabi serta rasul di zaman tersebut.

b)

Mengakui kebenaran risalah nabi dan rasul yang terdahulu setelah membersihkannya dari segala penyelewengan dan kepalsuan.

c)

Menyempurnakan risalah yang terdahulu untuk memimpin manusia melakukan kebaikan dan memerangi syirik serta kezaliman.

d)

Membuka jalan kepada risalah yang akan datang dengan memberi ingatan tegas supaya mengikuti dan memberi sokongan kepada nabi dan rasul yang akan dibangkitkan.

12.

Berikut adalah perbezaan di antara nabi dan rasul KECUALI

a)

Nabi diberikan as-Suhuf manakala Rasul diberikan al-Kitab.

b)

Nabi menyampaikan aqidah manakala Rasul menyampaikan aqidah dan syariat.

c)

Nabi mempunyai karomah manakala Rasul mempunyai mukjizat.

d)

Nabi diutus secara beramai-ramai manakala Rasul diutus secara berseorangan.

13.

Rukun Dakwah meliputi semua yang berikut KECUALI

a)

Uslub

b)

Wasilah

c)

Maudhu'

d)

Mad'u

e)

Du'a

14.

Antara akhlak pendakwah ialah benar. Bagaimanakah benar yang dimaksudkan? Pilih 3 jawapan yang paling tepat.

a)

Benar pada niat adalah ikhlas semata-mata kerana Allah

b)

Benar pada pertuturan adalah dengan menggunakan lidah menyatakan perkara yang haq

c)

Benar pada amalan adalah menjadikan segala perbuatan berlandaskan syari’at

d)

Benar pada pemikiran adalah menjadikan segala pemikiran berfikir berlandaskan syari’at

15.

Berikut adalah sifat-sifat wajib bagi pendakwah KECUALI

a)

Rendah hati

b)

Sabar

c)

Kasih

d)

Pandai

16.

Pilih tiga persediaan awal pendakwah menurut Dr. Abdul Karim Zaidan.

a)

Ilmu yang luas

b)

Faham yang mendalam

c)

Iman yang teguh

d)

Akhlak yang baik

e)

Hubungan yang erat

17.

Pilih jawapan-jawapan yang tepat berkenaan strategi dakwah nabi SAW selepas berhijrah ke Madinah.

a)

Pembinaan Masjid Quba dan Masjid Nabawi

b)

Pembukaan pasar menjalankan urusniaga riba

c)

Perjanjian dengan penduduk Madinah

d)

Persaudaraan Muhajirin dan Ansar

e)

Projek peperangan terhadap musuh Islam

18.

Nyatakan tiga peringkat dakwah paling tinggi menurut Imam Hasan al-Banna. (Maratibul Amal)

a)

Membimbing masyarakat

b)

Memperbaiki kerajaan

c)

Memulihkan negara umat Islam

d)

Memimpin dunia

e)

Membebaskan tanah air

19.

Syarat-syarat menjadi pendakwah adalah seperti berikut KECUALI

a)

Manusia

b)

Islam

c)

Berakal

d)

Berilmu

e)

Berharta

20.

Mengapa kita perlu berdakwah? Pilih jawapan-jawapan yang tepat.

a)

Kerana Allah mengutuskan Rasulullah SAW untuk semua manusia supaya semuanya menjadi Islam, dan berkekalan seruan itu sehingga berlaku kiamat.

b)

Kerana dengan berdakwah dapat menghalang kecelakaan dan azab kepada orang Islam. Diazab kerana tidak menunaikan tanggungjawab atau kerana membiarkan kejahatan berlaku di sekelilingnya.

c)

Kerana masih ada kesyirikan dan kekafiran di atas muka bumi yang akhirnya memberi kesan kepada lambatnya Islam tertegak di bumi.

d)

Kerana dengan dakwah hidup menjadi tenang dan gembira kerana manusia berkomunikasi dengan baik dan sejahtera.

21.

Peringkat dakwah Rasulullah yang kedua ialah ___________

a)

Dakwah secara rahsia

b)

Dakwah secara terus terang kepada kaum kerabat

c)

Dakwah secara terus terang kepada masyarakat awam

d)

Dakwah secara terus terang kepada Musyrikin Mekah.

22.

Kebanyakkan penganut pada peringkat dakwah secara rahsia adalah terdiri daripada kalangan _________ dan orang miskin

a)

pembesar

b)

hamba

c)

peniaga

d)

sahabat

23.

Antara sebab Rasulullah SAW berdakwah secara rahsia ialah ajaran yang dibawa oleh baginda bertentangan dengan ___________ masyarakat Arab pada masa itu.

a)

ibadat

b)

adat tradisi

c)

kepercayaan

d)

amalan biasa

24.

Kenapakah golongan pengukir dan peniaga berhala menentang dakwah Rasulullah?

a)

Umat Islam suka mencaci berhala.

b)

Islam menyeru merosakkan berhala.

c)

Islam melarang penyembahan berhala.

d)

Umat Islam suka mencuri berhala.

25.

Rasulullah s.a.w telah menunjukkan contoh teladan terbaik dalam usaha dakwah baginda. Bagaimanakah kita dapat mencontohi baginda agar dapat mengulangi kejayaan yang sama dalam berdakwah?

a)

Sentiasa memilih untuk menjadi pemimpin di sekolah

b)

Bersikap positif dalam mengendalikan masalah

c)

Membantu pelajar lain menyiapkan kerja sekolah

d)

Mengamalkan akhlak yang terpuji dalam kehidupan

26.

Berikut merupakan bentuk penentangan yang dihadapi oleh Rasulullah SAW KECUALI

a)

Nabi Muhammad SAW dituduh sebagai penipu, ahli sihir dan orang gila.

b)

Meyeksa orang Islam antaranya Bilal Bin Rabah yang dijemur di tengah panas tanpa diberi makan dan minum.

c)

Nabi Muhammad SAW diberikan harta dan kemewahan yang sangat banyak

d)

Memulau nabi, keluarga Bani Hashim dan Bani Mutalib

27.

Sasaran dakwah menurut Sheikh Abdul Karim Zaidan terbahagi kepada dua kategori yang dihuraikan kepada empat golongan. Pilih DUA kategori yang TEPAT.

a)

Tahap kepercayaan

b)

Tahap kemasyarakatan

c)

Tahap kematangan

d)

Tahap keilmuan

28.

Bukankah dakwah tanggungjawab golongan agama sahaja berdasarkan surah Ali Imran ayat 104. Bagaimanakah cara menjawab kekeliruan dakwah yang ditimbulkan seperti penyataan diatas?

a)

Rasulullah SAW bersabda ::"Jika manusia melihat kezaliman namun tidak menyanggahnya, kelak Allah SWT akan menurunkan azab kepada mereka".

b)

Allah SWT dan dirinya lebih mengetahui kadar ilmu dan kuasa yang dimiliki

c)

Perlu difahami kalimah منكم dalam ayat tersebut

bermaksud sebahagian dari kamu (umat manusia).

d)

Surah Ali Imran ayat 110 menyuruh supaya

menyampaikan Islam menunjukkan dakwah itu adalah fardhu ‘ain

29.

Usaha bersepadu bersama pendakwah yang lain dalam sebuah organisasi bagi menjalankan islah terhadap masyarakat. Apakah konsep yang paling bertepatan dengan penyataan tersebut?

a)

Wasilah Khariji

b)

Wasilah Tabligh

c)

Dakwah Rabbaniyyah

d)

Dakwah Jama'iyyah

30.

Kata Imam al-Ghazali, "pemerintah pula mesti membantu dan memberikan gaji kepada petugas petugas dakwah". Berikut adalah tanggungjawab dakwah bagi pemimpin yang mempunyai kuasa kerajaan KECUALI

a)

Amar Makruf Nahi Mungkar

b)

Menyediakan Tempat dan Kemudahan Untuk Mengembangkan Dakwah

c)

Membasmi Fitnah Agama dan Ajaran Sesat

d)

Menghapuskan Tempat Ibadat Agama Lain