wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ 2.1-2.4

Total questions: 12

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Cik Madhuri adalah seorang pengurus pemasaran di syarikatnya. Tugas beliau ialah merangka perancangan untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Dalam hal ini beliau ialah seorang pengurus di peringkat __________

a)

ATASAN

b)

PERTENGAHAN

c)

BAWAHAN

d)

TIADA PILIHAN YANG TEPAT

2.

Cik Adillah adalah seorang pengurus yang berpengalaman di Syarikat Cinderella Sdn. Bhd. Beliau telah diberi tugas untuk tentukan matlamat atau arah tujuan bagi organisasinya. Proses ini dikenali sebagai ___________

a)

PERANCANGAN

b)

PENGAWALAN

c)

PENGORGANISASIAN

d)

KEPIMPINAN

3.

Kemampuan untuk melihat organisasi secara menyeluruh dan memahami bagaimana satu bahagian dalam organisasi boleh memberi kesan kepada satu bahagian lain dalam organisasi tersebut merujuk kepada kemahiran

a)

TEKNIKAL

b)

TAKTIKAL

c)

KEMANUSIAAN

d)

KONSEPTUAL

4.

Secara umumnya perancangan boleh dikelaskan kepada 4 jenis iaitu perancangan jangka panjang,perancangan jangka sederhana,perancangan jangka pendek dan perancangan jangka singkat

a)

BETUL

b)

SALAH

5.

Peracangan jangka pendek memerlukan tempoh kurang dari setahun

a)

BETUL

b)

PALSU

6.

Jika Encik Kamal membuat perancangan jangka panjang, Encik Ghazali memperincikan perancangan Encik Kamal dan Encik Basri menyediakan perancangan operasi. Diantara berikut pilih satu kenyataan yang BENAR mengenai Encik Kamal, Encik Ghazali dan Encik Basri.

a)

Encik Basri boleh mengarahkan Encik Kamal

b)

Encik Kamal adalah seorang pengurus peringkat bawahan

c)

Encik Basri adalah seorang pengurus peringkat baris pertama

7.

Setiap 10 tahun Encik Shahnaz akan membuat perancangan baru untuk syarikat di mana beliau bekerja, biasanya perancangan yang dibuat lebih tertumpu kepada dasar-dasar umum, polisi dan matlamat umum. Perancangan yang dibuat memerlukan Encik Shahnaz memahami syarikatnya secara menyeluruh dan mempunyai keupayaan mental yang tinggi.Situasi di atas menunjukkan Encik Shahnaz terlibat dalam perancangan jenis

a)

PERANCANGAN PROGRAM

b)

PERANCANGAN STRATEGIK

c)

PERANCANGAN TAKTIKAL

d)

PERANCANGAN OPERASIAN

8.

Carta organisasi sesebuah perniagaan boleh digunakan untuk mengenalpasti individu yang akan melapor kepada siapa. Perkara ini merujuk kepada konsep

a)

KEFORMALAN

b)

RANTAIAN ARAHAN

c)

KESATUAN ARAHAN

d)

PEMUSATAN

9.

Ali dan Ahmad bekerja di Syarikat DEFG Sdn Bhd. Walaupun mereka bekerja di barisan pemasangan, mereka mempunyai kuasa untuk membuat keputusan mengenai kerja mereka. Syarikat DEFG Sdn Bhd boleh dikatakan mempunyai

a)

PEMUSATAN

b)

PEMENCARAN

c)

AUTORITI

d)

AUTORITI STAF

10.

Manusia diandaikan secara semulajadinya bertanggungjawab, bercita-cita tinggi, suka kepada tanggungjawab dan bekerja untuk mencapai matlamat tertentu yang ditetapkan dan sebagainya. Andaian ini terdapat dalam

a)

TEORI X

b)

TEORI Y

c)

TEORI Z

11.

Johan percaya bahawa pekerjanya bertanggungjawab, kreatif dan boleh bekerja dengan arahan yang minimum. Beliau mengamalkan _______________.

a)

GAYA KEPIMPINAN AUTOKRATIK

b)

GAYA KEPIMPINAN DEMOKRATIK

c)

GAYA KEPIMPINAN ISLAMIK

d)

GAYA KEPIMPINAN LAISSEZ-FAIRE

12.

Encik Aziz, seorang pengurus yang berjaya sering melibatkan pengurus dan pekerja bawahan dalam hal-hal pengurusan seperti penetapan matlamat, penyelesaian masalah, perancangan dan sebagainya. Kaedah memotivasikan pekerja yang digunakan oleh Encik Aziz dikenali sebagai ___________.

a)

KAEDAH PENETAPAN MATLAMAT

b)

REKABENTUK KERJA

c)

PUSINGAN KERJA

d)

PENGGUPAYAAN