NEW
Font size
WorksheetsKuiz 03_Jenis Ayat
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Tukar ayat cakap pindah kepada cakap ajuk.
Encik Faizul mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Muzamil yang telah dinaikkan pangkat.
Kata Encik Muzamil,"Tahniah, Faizul kerana telah dinaikkan pangkat."
Kata Encik Faizul,"Tahniah Muzamil kerana telah dinaikkan pangkat dan selamat maju jaya."
Kata Encik Faizul ,"Ucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Muzamil yang telah dinaikkan pangkat."
Kata Encik Faizul,"Muzamil telah dinaikkan pangkat. Ucapkan tahniah kepada beliau."
Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah.
"Mendermalah kepada fakir miskin ," kata Ustaz Faizul kepada Izhar.
Ustaz Faizul menasihati Izhar supaya memberikan derma kepada fakir miskin.
Ustaz Faizul memujuk Izhar supaya mendermakan hartanya kepada golongan miskin.
Ustaz Faizul memerintahkan Izhar supaya menyerahkan wangnya kepada fakir miskin.
Ustas Faizul meminta Izhar supaya menghulurkan wang saku kepada fakir miskin.
Pilih ayat yang sama maksud.
Pertunjukan itu akan bermula lima minit lagi tetapi penyanyi itu belum tiba jua.
Penyanyi itu masih belum sampai walaupun pertunjukan sudah bermula dalam masa lima minit.
Hanya selepas lima minit setelah pertunjukan bermula, penyanyi itu pun tiba .
Setelah tiba, penyanyi itu mendapati pertunjukan akan bermula lima minit lagi.
Penyanyi itu masih belum muncul walaupun pertunjukan itu akan bermula lima minit lagi.
Pilih ayat yang sama maksud.
Berkotak-kotak ubat diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke kawasan pedalaman Sabah.
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kotak-kotak ubat itu dibawa ke kawasan Sabah dan pedalamannya menaiki kapal terbang.
Ubat-ubat itu terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke kawasan pedalaman Sabah.
Ubat yang berkotak-kotak itu dibawa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke kawasan pedalaman dengan kapal terbang.
Dengan menaiki kapal terbang, kotak-kotak ubat itu dihantar ke pedalaman Sabah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Pilih ayat yang sama maksud.
Sungai-sungai di negara ini semakin tercemar kerana tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab untuk menjaga kualiti alam sekitar.
Manusia sentiasa bertanggungjawab menjaga kualiti alam sekeliling agar sentiasa bersih.
Manusia menjadi sangat penting apabila sungai semakin tercemar.
Sikap manusia yang sering mengabaikan peranan terhadap alam sekitar telah menyebabkan sungai-sungai sentiasa tercemar.
Sungai merupakan unsur alam yang paling diabaikan oleh manusia sekarang sehingga tercemar.
Pilih ayat yang betul.
I. Shakila menerima surat daripada sepupunya yang tinggal di Kuala Lumpur.
II. Encik Borhan baru tiba dari Kedah.
III. Baju itu dibuat daripada kain sutera.
IV. Ramlah menonton televisyen dari pagi hingga petang.
I dan II
II dan III
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Pilih ayat yang betul.
I. Lauk-pauk yang dihidangkan oleh Puan Fazidah sungguh lazat.
II. Keadaan kelas itu menjadi riuh-miuh apabila guru keluar dari kelas tersebut.
III. Daun kelapa itu liang-liuk apabila ditiup angin.
IV. Ramai yang lalu-lalang di hadapan kedai itu.
I dan II
II dan III
II dan IV
I, III dan IV
Pilih ayat yang betul.
I. Dedaun berguguran pada musim kemarau.
II. Pelbagai jenis buah bergantungan di gerai tepi jalan itu.
III. Kami hanya berbantal beg semasa menyertai perkhemahan itu.
IV. Kumpulan itu berpandu peta yang dibekalkan oleh jurulatih sewaktu mengikuti aktiviti meredah hutan.
I dan II
II dan III
I, II dan III
II, III dan IV
Pilih ayat yang betul.
I. Mereka mendapat tepukan yang gemuruh daripada hadirin.
II. Bau minyak wangi yang dipakai oleh bapa sungguh semerbak.
III. Pakaian di dalam almari yang selerak itu angkara seekor tikus.
IV. Gelembung pada tangan kakak yang terkena minyak itu masih belum hilang.
I dan II
II dan III
I, II dan III
I, II, III dan IV
Pilih ayat yang betul.
I. Setiap keluarga mangsa banjir itu akan menerima bantuan berupa wang dan makanan.
II. Malaysia kini punyai lebih daripada lima saluran televisyen.
III. Setiap pelajar harus berazam untuk lanjut pelajaran ke menara gading.
IV. Pendidikan ialah agenda penting dalam pembangunan sesebuah negara.
I dan III
I dan IV
I, II dan III
I, II, III dan Iv
