Font size
WorksheetsKUIZ DIGITAL BAHASA MELAYU (TAHAP 2)
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Berikut adalah contoh kata nama am kecuali
Guru
Kucing
Telefon
Harimau Malaya
Apakah maksud bagai tikus membaiki labu?
Orang yang tidak tahu mengenang budi.
Orang yang cuba membaiki sesuatu yang tidak diketahui dan hanya menambah kerosakan.
Mendapat untung yang besar.
Tidak mahu mendengar nasihat orang lain.
Permaisuri Laila mengiringi anakanda baginda. Puteri Intan Suraya keletihan dan mengantuk selepas bermain di taman istana diraja.
Apakah yang dilakukan oleh Puteri Intan selepas itu?
beradu
berangkat
bersemayam
bertitah
"Kamu mestilh menjaga ......... ketika berada di dalam muzium nanti," pesan Cikgu Rohana kepada ahli rombongan sekolah.
tatasusila
tatacara
tatakerja
tatatertib
Kata sinonim bagi perkataan "asli"?
tiruan
salinan
palsu
jati
Semua di bawah adalah contoh kata adjektif sifat kecuali...
cantik
bijak
rajin
manis
Penjodoh bilangan yang sesuai bagi perkataan "tentera" ialah
angkatan
bungkus
butir
cebis
Pilih ayat yang betul.
Sebahagian besar penduduk-penduduk di daerah itu mengusahakan padi sawah.
Kami akan berlatih dengan bersungguh-sungguh demi untuk kejayaan sekolah.
Orang ramai suka mengunjungi pulau peranginan itu kerana terdapat banyak tempat yang menarik di situ.
Kakak berasa gembira kerana mendapat hadiah pakaian yang berharga ....... ringgit.
jutawan
ratusan
berdekad-dekad
menawan
Dua ekor kambing peliharaan Pak Abu telah ........ oleh Pak Belang malam tadi.
digigit
ditelan
dibaham
dimakan
Maksud simpulan bahasa "dalam tangan" ialah
terlibat dalam urusan orang lain
tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan
hasil usaha sendiri
sesuatu yang pasti akan dimiliki
Apakah maksud flashmob dalam Bahasa Melayu?
aksi rasa kilas
penghibur jalanan
tunafoto
iklan acah
Apakah maksud foodtruck dalam Bahasa Melayu?
Persantaian
Kendera saji
suri teladan
lori makanan
Yang manakah antara berikut bukan kata majmuk bentuk mantap?
antarabangsa
matahari
ketua-ketua
pesuruhjaya
Pak Hadi ...... koleksi barangan tembaganya sehingga berkilat.
mengesat
mengelap
mengasah
menggilap
Halim dan anak-anaknya ...... kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidangkan.
langkah kanan
langkah bendul
langkah seribu
langkah kiri
Pilih perkataan yang betul untuk menggantikan perkataan yang bergaris.
Mak Leha meletakkan nasi lemak untuk dijual di gerai itu di setiap pagi.
apabila
ke
pada
antara
Puan Shila memasukkan ...... asam jawa dan ...... garam ke dalam masakannya.
sebiji
sekepal
sekeping
secubit
seketul
sepotong
sepotong
secubit
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Semua pekerja Datuk Murad menyenangi sikapnya yang peramah.
Sikap Datuk Murad yang peramah disenangi oleh semua pekerja beliau.
Datuk Murad dan semua pekerja beliau disenangi kerana bersikap peramah.
Semua pekerja Datuk Murad disenangi oleh Datuk Murad yang peramah.
Sikap peramah semua pekerja disenangi oleh Datuk Murad.
Bendahara yang mendengar perintah sultan pun segera menjawab, " ......... akan menguruskan segala yang ..... titahkan itu dengan secepat mungkin."
Patik ... beta
Patik .... tuanku
Hamba .... tuanku
Hamba ... baginda
