wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERTANDINGAN KUIZ KERJAYA MENENGAH RENDAH

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan pekerjaan yang hampir pupus akibat kemajuan dan kepesatan teknologi masakini, KECUALI

a)

A.Jurutol

b)

B.Penghantar surat khabar

c)

C.Juruanimasi

d)

D.Juruwang

2.

_______________________ adalah seseorang pakar perubatan dalam hal kesihatan mata seperti :-

i. jenis penyakit mata yang dihidapi oleh pesakit,

ii. merawat dan memberi preskripsi ubatan yang tertentu, iii. melakukan pembedahan mata seperti katarak, juling dan glaucoma.

Kerjaya yang dinyatakan di atas adalah berkenaan _______________________

a)

A.Optometris

b)

B.Juruoptik

c)

C.Akupuntur

d)

D.Oftalmologi

3.

Apakah kepentingan bimbingan dan kaunseling kerjaya kepada murid di sekolah ?

a)

A.Memupuk nilai menyayangi antara satu sama lain.

b)

B.Membantu murid mencapai kecemerlangan akademik.

c)

C.Membantu murid mengenalpasti ciri-ciri personaliti.

d)

D.Membantu murid merancang kerjaya masa depan.

4.

Gaya hidup masyarakat hari ini banyak memberi kesan negatif kepada kesihatan termasuklah kesihatan fizikal contohnya sakit belakang dan leher, sakit dalam mana-mana sendi seperti di lutut, bahu, siku, tangan, dan kaki serta banyak lagi. Kesakitan berkenaan tidak boleh dipulihkan oleh seorang doktor, dan doktor akan merujuk pesakit kepada ______________________ kerana mereka sahaja tahu kaedah pemulihan yang bersesuaian dengan pesakit. Kerjaya ini bukan sahaja diperlukan di hospital kerajaan malah mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan hospital dan pusat pemulihan (rehabilitasi) swasta.

a)

A.Ahli farmasi

b)

B.Ahli fisioterapi

c)

C.Pakar psikiatri

d)

D.Pegawai psikologi

5.

Ahmad bercita-cita menjadi seorang guru Bahasa Inggeris di sekolah menengah selepas tamat STPM. Ahmad boleh memohon kursus Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Awam melalui .........

a)

A.UPU Online

b)

B.JPA Online

c)

C.JPJ Online

d)

D.Institut Pengajian Guru

6.

Tony berminat untuk menjadi seorang juruterbang namun dia gagal dalam ujian untuk mendapatkan lesen penerbangan. Apakah rancangan masa depan yang patut dilakukan oleh Tony?

a)

A.Menjalankan perniagaan online

b)

B.Menjadi pramugara syarikat penerbangan

c)

C.Menyambung pelajaran dalam bidang perniagaan

d)

D.Merancang menjadi juruteknik kapal terbang dan menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan penerbangan.

7.

Dalam Teori Kerjaya Holland, kerjaya manakah dalam kod REALISTIK?

a)
b)
c)
d)
8.

Semua murid-murid Sekolah Menengah tingkatan 1 dan 3 perlu menjawab pentaksiran psikometrik yang dapat mengenalpasti kod kerjaya mereka. Apakah nama pentaksiran ini?

a)

A.INVENTORI TRAIT PERSONALITI

b)

B.INVENTORI MINAT KERJAYA 2.0

c)

C.INVENTORI KEMATANGAN KERJAYA

d)

D. INVENTORI PERSONALITI WARNA

9.

Antara berikut yang manakah TIDAK menggambarkan kerjaya di atas

a)

A. mesti mempunyai kreativiti yang diperlukan untuk menghasilkan cara untuk menceritakan cerita menggunakan imej

b)

B.menjalankan kerja di studio atau mengangkut dan memasang kelengkapan di lokasi tugasan

c)

C.tidak perlu kemahiran menggunakan teknologi digital dan memanipulasi hasil imej pada komputer;

d)

D.mengaplikasikan prinsip dan amalan merakam dan menyunting imej dan bunyi supaya dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja

10.

Berikut merupakan beberapa kepentingan maklumat kerjaya kepada seseorang individu kecuali

a)

A.Menolong individu untuk membuat perancangan yang efektif dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan sesuatu kerjaya

b)

B.Membantu seseorang individu mendapat pekerjaan

c)

C.Membantu individu membuat persediaan awal untuk peralihan dari zaman persekolahan ke dunia pekerjaan yang sebenar

d)

D.Menerapkan nilai-nilai tentang perlunya seseorang berusaha dengan lebih gigih dan menghargai kemuliaan tentang sesuatu bidang pekerjaan

11.

Instrumen psikometrik yang wajib dijalankan oleh murid Tingkatan 1 dan 4 ialah

a)

A.Inventori Tret Personaliti

b)

B.Inventori Minat Kerjaya

c)

C.Inventori Kecerdasan Pelbagai

d)

D.Inventori Kematangan Kerjaya

12.

Individu adalah seorang yang sosial. Individu suka berinteraksi dan dikelilingi oleh orang ramai di samping berasa tidak selesa duduk bersendirian.- Ciri-ciri di atas menunjukkan individu ini merupakan seorang yang mempunyai personaliti?

a)

A.Bersandar

b)

B.Agresif

c)

C.Ekstrovert

d)

D.Autonomi

13.

Azalea adalah seoarang murid yang pintar di sekolah. Dia meminati mata pelajaran Sains dan Matematik. Azalea tidak gemar melaksanakan tugasan berkumpulan. Malahan dia lebih selesa menyiapkan tugasannya sendirian.Menurut Teori Kerjaya Holland, apakah pekerjaan yang TIDAK sesuai untuk Azalea?

a)

A.Saintis

b)

B.Jurutera Elektrik

c)

C.Pramugari

d)

D.Penyelidik

14.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang kerjaya dalam bidang forensik?

a)

A.Forensik patologi adalah satu bidang di mana prinsip-prinsip perubatan dan patologi digunakan untuk menentukan punca kematian atau kecederaan dalam konteks siasatan undang-undang.

b)

B.Forensik daktiloskopi adalah pemeriksaan saintifik dan analisis struktur dan produk yang berkaitan dengan kegagalan atau punca kerosakan terhadap harta benda atau kecederaan individu.

c)

C.Forensik kejuruteraan adalah satu cabang forensik perakaunan, di mana pemeriksaan dan penilaian maklumat kewangan syarikat atau individu untuk digunakan sebagai bukti di mahkamah.

d)

D.Forensik audit ialah kajian cap jari atau identifikasi cetak tangan, di mana proses ini membuat perbandingan dua keadaan kulit geseran rabung.

15.

Sebagai seorang ___________________ di syarikatnya, peranan utama Hael adalah mencegah serangan siber ke atas sistem maklumat syarikatnya. Selain itu, dia bertanggungjawab untuk menjaga maklumat kewangan dan data sulit syarikatnya daripada digodam oleh mana-mana pihak. Isikan tempat kosong dengan pekerjaan yang paling tepat untuk Hael.

a)

A.Pakar Analisa Data

b)

B.Pakar Keselamatan Siber

c)

C.Pengaturcara Komputer

d)

D.Juruteknik Komputer.

16.

Halim memiliki kelayakan untuk memasuki universiti dan berjaya dalam bidang perniagaan tetapi dia terpaksa bekerja selepas tamat SPM kerana masalah kewangan, apa tindakan yang patut Halim lakukan?

a)

A. Merancang untuk belajar secara separuh masa atau Pendidikan jarak jauh

b)

B. Teruskan bekerja

c)

C. Memohon pinjaman Pendidikan

d)

D. Berkahwin

17.

Ahmad sangat suka melukis dan mereka bentuk lukisan, logo dan iklan. Antara berikut pekerjaan yang manakah sesuai untuk Ahmad?

a)

A. Pereka bentuk fesyen

b)

B. Pereka bentuk grafik

c)

C. Pereka bentuk kejuruteraan

d)

D. Pereka bentuk automotif

18.

Antara ciri-ciri keterampilan seorang pegawai pemasaran adalah seperti berikut KECUALI:

a)

A. Personaliti yang menarik.

b)

B. Bekerja tidak mengira masa

c)

C. Pasif dan tidak mengikuti trend pasaran semasa

d)

D. Bijak berhubung dengan orang lain

19.

Apakah faktor yang tidak memberi kesan kepada peluang pekerjaan?

a)

A. Kepadatan penduduk

b)

B. Pengaruh keluarga

c)

C. Faktor iklim

d)

D. Pengaruh kestabilan ekonomi

20.

Apakah BUKAN peranan pegawai forensik?

a)

A. membantu siasatan sehingga sabitan kesalahan terhadap individu-individu dapat dilakukan berpandukan kepada bahan bukti yang diperolehi.

b)

B. menghadiri tempat kejadian untuk melakukan pemeriksaan kes yang melibatkan jasad/ mayat

c)

C. Forensik memainkan peranan penting dalam proses mengenalpasti tulang yang ditemui dan memastikan cara atau punca kematian.

d)

D. Hanya mengumpul bukti daripada kes jenayah yang melibatkan kematian sahaja