wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2. Sejarah Tingkatan 2, Bab 5 (Kesultanan Melayu Melaka)

Total questions: 70

Worksheet time: 1hrs 10mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah pemilihan lokasi strategik penting dalam pembentukan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka

b)

Membina banyak petempatan di lokasi tersebut

c)

Mengambil banyak kayu bakau untuk membina rumah

d)

Memudahkan kapal-kapal belayar keluar mengikut angin

2.

Pelabuhan Melaka sering terlindung daripada tiupan angin monsun. Apakah angin monsun yang sering bertiup di Alam Melayu?

a)

Angin Monsun Timur Laut dan Angin Monsun Barat Daya

b)

Angin Monsun Timur Laut dan Angin Monsun Barat Laut

c)

Angin Monsun Barat Daya dan Angin Monsun Barat Laut

d)

Angin Monsun Barat Laut dan Angin Monsun Tenggara

3.

Ciri utama yang meletakkan Melaka sebagai lokasi yang strategik dalam pemilihan untuk mengasaskan sebuah kerajaan ialah.....

a)

Sumber alam yang banyak

b)

Terlindung daripada tiupan angin monsun

c)

Pengaruh perdagangan antarabangsa

d)

Adanya pemerintah yang berwibawa

4.

Apakah peranan besar yang dimainkan oleh pokok bakau dan api-api yang terdapat di pesisir pantai Melaka?

a)

Hasil hutan yang bermutu tinggi

b)

Tempat pembiakan hidupan laut

c)

Bahan untuk membuat perahu dan kapal

d)

Benteng pertahanan dan perlindungan semulajadi

5.

-Simbol perpaduan dan kemakmuran

- Ketua angkatan tentera

- Mengetuai hubungan diplomatik

- Menyelaras kegiatan ekonomi


Pernyataan di atas menerangkan tanggungjawab .....

a)

Raja

b)

Bendahara

c)

Laksamana

d)

Penghulu Bendahari

6.

Bilakah bermulanya pengasasan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Awal abad ke-12

b)

Awal abad ke-13

c)

Awal abad ke-14

d)

Awal abad ke-15

7.

Siapakah pengasas Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Sultan Muzaffar Syah

b)

Parameswara

c)

Raja Ibrahim

d)

Sultan Mahmud Syah

8.

Pemerintah Kesultanan Melayu Melaka beasal daripada zuriat keturunan anak raja Palembang yang dikatakan bersusur galur daripada Raja Iskandar Zulkarnain.


Apakah impak perkara di atas terhadap pemerintah Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Kerajaan-kerajaan Alam Melayu yang lain dengan rela menjadi negeri naungan Melaka

b)

Raja-raja kerajaan Alam Melayu membayar ufti kepada Melaka

c)

Pemerintah Kesultanan Melayu Melaka digeruni oleh raja-raja kerajaan Alam Melayu yang lain

d)

Taraf kedudukan pemerintah Kesultanan Melayu Melaka menjadi tinggi

9.

Apakah yang menghalang tiupan angin monsun terhadap pelabuhan Melaka?

a)

Pulau Jawa

b)

Pulau Sumatera

c)

Banjaran Titiwangsa

d)

Gunung Ledang

10.

Lokasi Melaka di Selat Melaka dikatakan lokasi yang strategik. Mengapa?

a)

Dapat mengawal laluan kapal dagang

b)

Mempunyai benteng pertahanan

c)

Sering didatangi pedagang-pedagang asing

d)

Air Sungai Bertam yang dalam

11.

Berikut merupakan faktor-faktor yang membawa kepada lahirnya kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka kecuali

a)

Kepimpinan seorang raja

b)

Keluasan empayar yang dibina

c)

Keberkesanan sistem pentadbiran

d)

Sistem perundangan yang mantap

12.

Apakah maksud empayar?

a)

Kawasan luas yang mempunyai kumpulan masyarakat yang membebaskan diri daripada penguasaan pihak lain

b)

Kawasan luas yang tidak ditadbir oleh mana-mana pihak

c)

Kawasan luas meliputi kumpulan beberapa bangsa dan negara

d)

Kawasan luas yang meliputi kumpulan yang mengandungi pelbagai bangsa yang berdaulat

13.

Mamat sedang berniaga di pasar pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tiba-tiba dia terlihat perlakuan pelik oleh para pedagang Arab apabila berurus niaga. Ini menyebabkan dia tertarik dan berminat untuk mengetahui sebab pedagang Arab bersikap sedemikian.


Berdasarkan situasi di atas, bagaimanakah agama Islam mudah bertapak di bumi Melaka?

a)

Sikap pentingkan diri dalam urusan jual beli

b)

Sikap jujur yang terdapat dalam diri pedagang Arab

c)

Sikap bangga diri yang ada pada pedagang Arab

d)

Sikap malas yang ditunjukkan oleh pedagang Arab

14.

Kemunculan pelabuhan Melaka sebagai pelabuhan diminati untuk disinggahi oleh para pedagang disebabkan oleh .....................

a)

Mempunyai petempatan mewah yang boleh didiami oleh para pedagang

b)

Keindahan yang dimiliki di pelabuhan Melaka

c)

Keramahan penduduk yang ada di pelabuhan Melaka

d)

Kedudukan pelabuhan yang sangat strategik

15.

Apakah peranan yang dimainkan oleh jawatan syahbandar di pelabuhan Melaka?

a)

Menjaga kebajikan para pedagang luar yang datang

b)

Menjadi orang perantaraan antara pedagang

c)

Menjadi ketua kepada semua para pedagang

d)

Membantu pedagang luar menangkap mereka yang melakukan jenayah

16.

Pembesar Empat Lipatan dalam Kesultanan Melayu Melaka mentadbir kerajaan pada peringkat .........

a)

Pusat

b)

Jajahan dan pusat

c)

Kampung dan mukim

d)

Kampung dan pelabuhan

17.

Pemberian sebahagian daripada hasil tanaman yang dikerjakan oleh rakyat kepada pemerintah adalah amalan yang dinamakan ............

a)

Sistem Kerah

b)

Sistem Serah

c)

Sistem Paksa

d)

Sistem Rodi Tanaman

18.

Undang-undang ini ditulis semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah dan disusun semula semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Hukum Islam juga terdapat dalam undang-undang ini yang menyentuh tentang jenayah, urusan jual beli dan kekeluargaan.


Undang-undang yang dimaksudkan ini ialah......

a)

Undang-Undang 99 Melaka

b)

Undang-Undang Laut Melaka

c)

Hukum Kanun Melaka

d)

Undang-Undang Tanah Melaka

19.

Peranan Kiwi termasuklah.....

a)

Menyewa kapal atau perahu

b)

Mengutip cukai di pelabuhan

c)

Menghantar barang daganganuntuk diperdagangkan

d)

Menjaga keamanan kapal-kapal dagang

20.

Melaka menggunakan beberapa mata wang. Mata wang timah yang digunakan ialah .......

a)

Cowrie

b)

Calains

c)

Jongkong timah

d)

Serbuk emas

21.

Menasihati puteranya supaya adil terhadap rakyat, menyiasat segala tuduhan dengan teliti dan bekerjasama dengan pegawai-pegawai.


Siapakah tokoh yang terlibat dalam peristiwa tersebut?

a)

Sultan Muzaffar Shah

b)

Sultan Mahmud Shah

c)

Sultan Mansur Shah

d)

Sultan Iskandar Shah

22.

Mengurniakan kawasan pemakanan kepada pembesar Melaka.


Maklumat di atas berkaitan dengan tindakan yang dilakukan oleh Sultan Melaka. Siapakah yang dikurniakan kawasan tersebut?

a)

Pembesar berempat

b)

Pembesar berlapan

c)

Pembesar jajahan

d)

Pembesar enam belas

23.

Apakah peranan Temenggung terhadap Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Ketua urus setia istana

b)

Pegawai protokol istana

c)

Ketua turus angkatan perang

d)

Pegawai peribadi sultan

24.

Hukum Kanun Melaka


Berapakah jumlah fasal yang terkandung dalam undang-undang tersebut?

a)

25 fasal

b)

32 fasal

c)

44 fasal

d)

47 fasal

25.

Apakah faktor perluasan pengaruh antara kerajaan Melaka dengan kerajaan Majapahit?

a)

Perkahwinan diraja

b)

Penaklukan kawasan

c)

Penganugerahan kawasan

d)

Penghantaran pendakwah

26.

- Hakim di darat

- Ketua polis dan penjara


Pembesar Kesultanan Melayu Melaka manakah yang mempunyai peranan seperti di atas?

a)

Bendahara

b)

Laksamana

c)

Temenggung

d)

Penghulu Bendahari

27.

Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka merupakan sistem perundangan dalam Kesultanan Melayu Melaka.


Apakah kesan daripada pelaksanaan undang-undang tersebut?

a)

Melaka mencapai kemajuan

b)

Melaka mencapai kegemilangan

c)

Melaka berjaya meluaskan empayar

d)

Melaka berjaya menyatu padukan rakyat

28.

Apakah peranan ulama dari Timur Tengah dan India dalam perkembangan agama Islam dalam Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Mengajar agama Islam di Istana

b)

Menjalankan dakwah Islamiyah

c)

Mengembangkan ajaran tasawuf dan sufi

d)

Membina masjid dan madrasah

29.

Apakah faktor yang menyumbang kepada perkembangan pelabuhan Melaka sebagai pusat perdagangan dunia?

a)

Pusat perniagaan

b)

Pusat perkapalan

c)

Pusat pentadbiran

d)

Pusat Perundangan

30.

- Melaka

- Demak


Apakah hubungan yang terjalin di antara kerajaan di atas?

a)

Dasar buka pintu

b)

Dasar ekonomi bersama

c)

Dasar kepentingan bersama

d)

Dasar keselamatan sejagat

31.

Mengapakah pentadbiran oleh pembesar-pembesar Melaka menjadi lemah menjelang pertengahan abad ke-16?

a)

Hilang kuasa mentadbir

b)

Tidak mendapat sokongan rakyat

c)

Perbalahan sesama sendiri

d)

Kedatangan kuasa Barat

32.

Pada tahun 1526, pusat pemerintahan Sultan Mahmud Shah telah dimusnahkan oleh pasukan tentera Postugis.


Di manakah pusat pemerintahan tersebut?

a)

Riau

b)

Bentan

c)

Kampar

d)

Inderagiri

33.

Yang manakah lokasi terakhir yang diduduki oleh Sultan Mahmud Shah selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis?

a)

Siak

b)

Muar

c)

Kampar

d)

Bengkalis

34.

Pada tahun 1511, kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mengalami kemerosotan dan berakhir akibat serangan tentera Portugis.


Mengapakah tentera penjajah mudah menumbangkan sebuah kerajaan yang terkuat di Alam Melayu pada masa itu?

a)

Terdapat perpecahan dalam kalangan para pentadbir

b)

Tiada tentera yang mempertahankan Melaka

c)

Ketakutan yang melanda dalam diri askar-askar Melaka

d)

Kekuatan armada Portugis yang didatang khas dari Goa, India

35.

Mengapakah Parameswara memilih Orang Laut sebagai penjaga keamanan dan keselamatan Melaka?

a)

Mahir dalam urusan perdagangan

b)

Memberikan taat setia kepada raja

c)

Merupakan penduduk asal Melaka

d)

Mempunyai hubungan rapat dengan Siam

36.

Apakah keistimewaan Sungai Melaka sehingga menyebabkan Parameswara mengasaskan kerajaan di tempat berkenaan?

a)

Sesuai dibangunkan kawasan petempatan

b)

Tanahnya yang subur

c)

Mudah memperoleh sumber makanan

d)

Terlindung daripada tiupan angin monsun

37.

Bagaimanakah hubungan antara Kesultanan Melayu Melaka dengan China sehingga dapat membantu perdagangan di Melaka?

a)

Melaka dapat bantuan kewangan daripada China

b)

Melaka dapat mengawal pedagang-pedagang China

c)

Melaka dapat perlindungan China daripada ancaman luar

d)

Melaka dapat menguasai barang dagangan yang dibawa dari China

38.

- Melaka

- Makasar


Apakah aspek yang membawa kepada kewujudan hubungan dua hala kerajaan di atas?

a)

Kesenian dan Perkapalan

b)

Perkapalan dan Perkahwinan

c)

Kesenian dan ketenteraan

d)

Perdagangan dan ketenteraan

39.

Budak Raja merupakah hadiah yang telah diberikan oleh kerajaan luar kepada pemerintah Kesultanan Melayu Melaka.


Hadiah tersebut diterima oleh Melaka daripada ........

a)

Kerajaan Ryukyu

b)

Kerajaan Pasai

c)

Kerajaan Makasar

d)

Kerajaan Pegu

40.

Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka berakhir apabila Melaka dikuasai oleh Portugis.


Peristiwa tersebut berlaku pada tahun ........

a)

1509

b)

1510

c)

1511

d)

1512

41.

Berapakah Kadar cukai rasmi yang dikenakan terhadap pedagang dari Arab, India, Ceylon,Siam dan Pegu?

a)

10%

b)

6%

c)

50%

42.

Apakah peranan orang laut?

a)

Menjual ikan

b)

Petunjuk arah kepada pedagang

c)

Pengawal raja

43.

Apakah antara kandungan Hukum Kanun Melaka?

a)

Peraturan di laut

b)

Pelantikan syahbandar

c)

Undang-undang jenayah

d)

Peranan nakhoda

44.

Bagaimanakah cara Melaka meluaskan kuasanya?

a)

Peperangan

b)

Penaklukan dan ugutan

c)

Penaklukan dan perkahwinan

d)

Perkahwinan dan pemberian ufti

45.

Apakah kesan pelaksanaan undang-undang Hukum Kanun Melaka terhadap Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Mengurus pewarisan takhta

b)

Mengatasi masalah jenayah

c)

Mengawal peraturan pelayaran

d)

Melancarkan urusan perdagangan

46.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan maksud dengan kawasan naungan?

a)

Kawasan diperintah oleh wakil sultan Melaka

b)

Mengakui ketuanan Melaka dan menghantar ufti

c)

Wilayah menjalinkan hubungan perdagangan dengan Melaka

d)

Kawasan yang menerima putera Raja Melaka sebagai pemerintah

47.

Mengapakah wilayah naungan dan jajahan Melaka memeluk agama Islam?

a)

Mendapatkan layanan istimewa

b)

Sebagai tanda persahabatan antara kerajaan

c)

Mendapatkan jaminan keselamatan

d)

Sebagai tanda taat setia kepada Sultan Melaka

48.

Apakah faktor yang menyumbang kepada kejayaan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan terkenal?

a)

Ramai tenaga buruh

b)

Penduduk yang ramai

c)

Harga barangan yang murah

d)

Lokasi Melaka di tengah-tengah jalan perdagangan di antara India dan China

49.

Pelabuhan Melaka dikunjungi oleh pelbagai jenis kapal besar dan kecil.

Berikut merupakan antara kapal kecil yang mengunjungi Melaka kecuali

a)

Perahu

b)

Sampan

c)

Lancang

d)

Bahtera

50.

Antara berikut merupakan Kerajaan Alam Melayu yang menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Melaka kecuali

a)

Pasai

b)

Siam

c)

Makasar

d)

Majapahit

51.

Antara berikut, apakah tugas utama para pembesar dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?

I Menjaga kesihatan raja

II Membawa tenaga buruh dari luar

III Mengutip cukai melalui sistem serah

IV Membekalkan tentera untuk tujuan

peperangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

52.

Apakah kepentingan Undang-undang Laut Melaka dalam aktiviti perdagangan di Melaka?

a)

Urus niaga berjalan dengan lancar

b)

Keselamatan rakyat jelata terpelihara

c)

Dasar monopoli perdagangan terjamin

d)

Pelbagai kemudahan disediakan di pelabuhan

53.

Apakah tanggungjawab Syahbandar seperti yang termaktub dalam Hukum Kanun Melaka?

a)

Menjaga kebajikan penduduk tempatan

b)

Menjaga kebersihan kawasan pelabuhan

c)

Mengawal keluar masuk pedagang luar

d)

Memeriksa alat timbang di pelabuhan

54.

Melaka menjalinkan hubungan dengan Siam atas dasar diplomatik dan perdagangan.

Apakah kesan hubungan baik tersebut?

I Menjamin keselamatan

II Mendapat perlindungan

III Menguasai jalan perdagangan

IV Memperoleh bekalan kayu jati

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

55.

Apakah faktor yang menyebabkan kejatuhan Kerajaan Kesutanan Melayu Melaka pada awal abad ke-16?

I Dasar perdagangan

II Masalah perpaduan

III Masalah kepimpinan

IV Pemberontakan penduduk

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

56.

Apakah kesan kebijaksanaan Parameswara memilih lokasi yang strategik?

a)

menjadikan Paremeswara terkenal

b)

menyaingi kerajaan Alam Melayu yang masyhur

c)

mendorong kemodenan kerajaan Melaka

d)

mendorong Melaka muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa.

57.

Kesultanan Melayu Melaka telah meneruskan tradisi kegemilangan kerajaan yang unggul di Alam

Melayu. Berapakah bilangan bahasa yang dipertuturkan di Melaka ketika itu?

a)

81 jenis bahasa

b)

82 jenis bahasa

c)

83 jenis bahasa

d)

84 jenis bahasa

58.

Mengahwini Raden Galuh Cendera Kirana


Apakah kesan daripada perkahwinan tersebut?

(m/s 80)

a)

Perkembangan perluasan pengaruh Melaka

b)

Perkembangan agama Islam ke Majapahit

c)

Permulaan pembentukan empayar Melaka

d)

Penyebaran agama Islam di Melaka.

59.

Antara berikut, yang manakah tidak membantu dalam penyebaran agama Islam oleh Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Peranan ulama dan mubaligh

b)

pengislaman pemerintah

c)

peluasan kuasa

d)

persuratan

60.

Berapakah bilangan penumpang yg boleh dimuatkan oleh kapal jong?

a)

20 - 40 orang

b)

30 - 80 orang

c)

40 - 100 orang

d)

50 - 120 orang

e)

10 - 20 orang

61.

" Pekerjaan yang dibuat tanpa sebarang upah". Maklumat tersebut merujuk kepada istilah...

a)

Serah

b)

Kerah

c)

Paksa

d)

Sukarela

62.

Mengapakah Kesultanan Melayu Melaka melakukan penaklukan wilayah?

a)

Memperkukuh kedudukan di Alam Melayu

b)

Menguasai laluan perdagangan di Alam Melayu

c)

Menjamin keselamatan dan kemakmuran kerajaan

d)

Menguasai perdagangan rempah ratus yang menguntungkan

63.

"Barang siapa menguasai Melaka, ia boleh menggugat Venice". Siapakah yang melontarkan pernyataan tersebut?

a)

Tom Pires

b)

Vasco Da Gama

c)

Christopher Colombus

d)

Alfonso de alburquerque

64.

[m/s75] Antara alat kebesaran diraja ialah

a)

Meriam diraja

b)

Cop mahar

c)

Keris

d)

Mahkota raja

65.

[m/s75] Namakan nama 2 orang Sultan yang menjadi contoh "Sultan Berjiwa Rakyat"

a)

Sultan Hasbuljalil Riayat Shah

b)

Sultan Muzaffar Shah

c)

Sultan Alauddin Riayat Shah

d)

Sultan Alhambra Shah

66.

Kedatangan ____________merupakan salah satu faktor kejatuhan Melaka

a)

Belanda

b)

Portugis

c)

Jepun

d)

British

67.

Amalan pilih kasih, rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran telah memajukan Kerajaan Melaka

a)

Betul

b)

Salah

68.

Matlamat utama Kedatangan Portugis ke Alam Melayu ialah mencapai...

a)

Perdagangan, Memberi bantuan dan keagamaan

b)

Kekayaan, keagamaan dan Kemasyhuran

69.

Bagaimanakah rakyat mengakui kedaulatan raja?


Tandakan semua jawapan yang betul

a)

memberikan taat setia

b)

membayar cukai

c)

Tidak menderhaka

d)

menghadiahkan hasil tanaman

70.

Apakah kesan sosial yang berlaku akibat pembentukan empayar Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Mengeratkan hubungan antara kerajaan

b)

Mewujudkan penyebaran agama Islam

c)

Menyekat pengaruh kuasa serantau

d)

Mewujudkan masyarakat majmuk