NEW
Font size
WorksheetsSMKBBBK - KOMSAS TING.4- PROSA TRADISIONAL
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Tujuh orang penjurit yang dihantar ke Melaka untuk membunuh sultan dan Laksamana Hang Tuah mati dibunuh di ........
Bukit Hantu
Bukit Melawati
Bukit Cina
Bukit Tonyok
Laksamana Hang Tuah mengatur strategi untuk menangkap Kertala Sari yang suka ........
merompak dan membuli orang ramai.
mencuri dan mengamalkan ilmu sakti ketika mencuri.
merompak dan melakukan silap mata
mencuri dan mengamalkan amalan silap mata ketika mencuri.
Kertala Sari masuk ke dalam istana untuk mencuri tetapi membatalkan niatnya kerana dia berasa takut apabila.....
senjata-senjata yang diletakkan di kawasan istana berlawan sesama sendiri.
pasu bunga yang diletakkan di kawasan istana berjatuhan tanpa henti.
senjata-senjata yang diletakkan di dalam stor berlawan sesama sendiri.
senjata-senjata yang diletakkan di kawasan istana berterbangan tanpa henti.
Laksamana Hang Tuah berjaya membunuh Kertala Sari di ..................... dengan menikam dadanya sehingga tembus ke belakang dan alat sulit Kertala Sari telah dipotong.
pasar malam
pasar pagi
tengah pasar
hujung pasar
Pengagihan harta telah dilakukan secara .......... Patih Gajah Mada tidak berputus asa mencari individu yang dapat melunaskan dendamnya untuk menewaskan .........
kejam ... Majapahit
adil .... Majapahit
kejam .... Melaka
adil ..... Melaka
Kertala Sari seorang pahlawan yang berasal dari ........
Melaka
Majapahit
Filipina
Batam
Ayah Kertala Sari telah dibunuh oleh ....
Raja Majapahit
Laksamana
Saudagar kaya
Rakyat asing
Siapakah yang berazam untuk membalas dendam kepada Sultan Melaka dan Laksamana Hang Tuah atas kematian bapanya?
Sultan Majapahit
Patih Gajah Mada
Kertala Sari
Pembesar Melaka
Siapakah yang berusaha untuk menjatuhkan Melaka disebabkan oleh sifat dengki/khianatnya.
Kertala Sari
Raja Majapahit
Patih Gajah Mada
Pembesar Melaka
Apakah pernyataan yang tepat tentang negeri Majapahit?
Negeri yang dijajah oleh Melaka.
Negeri yang diperintah oleh Seri Betara Majapahit dan pembesarnya, Patih Gajah Mada.
Negeri yang disukai semua saudagar-saudagar dari kepulauan Melayu.
Negeri yang kejam menyebabkan rakyat hidup dalam kemiskinan dan ketakutan.
Apakah pernyataan yang tepat tentang Bukit Cina, Melaka?
Tempat Sultan Melaka dan pembesar Melaka bermesyuarat.
Terletaknya kediaman atau tempat persembunyian Laksamana.
Tempat persembunyian Kertala Sari selepas merompak Istana Melaka.
Tempat Kertala Sari menyembunyikan segala harta yang dicurinya daripada orang-orang Melaka.
Di manakah Kertala Sari mula-mula mengenali Laksamana Hang Tuah ketika beliau mengikut Patih Kerma Wijaya dan orang-orang Jawa yang lain menghadap Sultan Melaka?
Bukit Cina, Melaka
Istana Melaka
Majapahit
Rumah Temenggung
Nyatakan pengajaran berdasarkan peristiwa yang diberikan di bawah.
Sultan menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua negara apabila menitahkan Temenggung supaya berkawal dan menangkap pencuri setelah baginda mendapat aduan daripada mangsa kecurian.
Kita mestilah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan apabila menjadi ketua.
Kita haruslah mempunyai semangat cinta akan tanah air demi mempertahankan negara daripada musuh.
Kita mestilah adil dalam membuat keputusan agar tidak menganayai orang lain.
Kita mestilah taat akan perintah ketua demi kebaikan sesebuah negara.
Nyatakan pengajaran berdasarkan peristiwa yang diberikan di bawah.
Laksamana Hang Tuah sangat taat kepada perintah Sultan Melaka sehingga dia dipercayai dan disayangi oleh sultan.
Kita haruslah mempunyai semangat cinta akan tanah air demi mempertahankan negara daripada musuh.
Kita mestilah taat akan perintah ketua demi kebaikan sesebuah negara
Kita mestilah adil dalam membuat keputusan agar tidak menganayai orang lain.
Kita mestilah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan apabila menjadi ketua.
Nyatakan pengajaran berdasarkan peristiwa yang diberikan ini. Sultan Melaka adil kerana baginda menyerahkan kembali harta yang dicuri oleh Kertala Sari kepada rakyat. Rakyat diminta mengecam dan mengambil semula barang kepunyaan mereka
Kita mestilah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan apabila menjadi ketua.
Kita mestilah taat akan perintah ketua demi kebaikan sesebuah negara.
Kita haruslah mempunyai semangat cinta akan tanah air demi mempertahankan negara daripada musuh.
Kita mestilah adil dalam membuat keputusan agar tidak menganayai orang lain.
Nyatakan pengajaran berdasarkan peristiwa yang diberikan ini. Laksamana Hang Tuah mempunyai semangat cinta akan tanah air apabila beliau sanggup menggadaikan nyawa demi mempertahankan Melaka daripada dihancurkan oleh Kerajaan Majapahit.
Kita mestilah taat akan perintah ketua demi kebaikan sesebuah negara.
Kita mestilah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan apabila menjadi ketua.
Kita haruslah mempunyai semangat cinta akan tanah air demi mempertahankan negara daripada musuh.
Kita mestilah adil dalam membuat keputusan agar tidak menganayai orang lain.
Berikan maksud hikmat penjurit Jawa yang tahu-tahu.
Maksud hikmat penjurit Jawa yang tahu-tahu ialah kekayaan pejuang Jawa
Maksud hikmat penjurit Jawa yang tahu-tahu ialah ketampanan para penjurit
Maksud hikmat penjurit Jawa yang tahu-tahu ialah kebolehan pejuang Jawa
Maksud hikmat penjurit Jawa yang tahu-tahu ialah nikmat menjadi penjurit.
Kertala Sari telah memikirkan beberapa perkara yang akan dilakukan apabila tiba di Istana Sultan Melaka. Nyatakan perkara-perkara yang difikirkannya itu.
Perkara-perkara yang difikirkannya ialah untuk memperisterikan isteri-isteri raja yang masih muda.
Perkara-perkara yang difikirkannya ialah mencuri harta raja dan membakar setelah habis harta raja dicuri. Akhirnya dia berfikir untuk memperisterikan isteri-isteri raja yang masih muda.
Perkara-perkara yang difikirkannya ialah mencuri harta raja dan mengamuk setelah habis harta raja dicuri. Akhirnya dia berfikir untuk memperisterikan isteri-isteri raja yang masih muda.
Perkara-perkara yang difikirkannya ialah mencuri harta raja, membakar dan mengamuk setelah habis harta raja dicuri. Akhirnya dia berfikir untuk memperisterikan isteri-isteri raja yang masih muda.
Apakah nilai yang sesuai dengan pernyataan ini. Sultan menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua negeri yang menjaga kebajikan rakyat.
Bertanggungjawab.
Hemah tinggi
Keberanian
Berkasih sayang
Kertala Sari telah berdendam dengan Laksamana dan Ratu Melaka. Pada pendapat anda, apakah keburukan sifat dendam sesama manusia?
Pada pendapat saya, keburukan sifat dendam sesama manusia ialah masyarakat akan menjadi huru-hara .
Pada pendapat saya, keburukan sifat dendam sesama manusia ialah masyarakat akan menjadi huru-hara kerana banyak pergaduhan yang akan berlaku akibat sifat dendam.
Pada pendapat saya, keburukan sifat dendam sesama manusia ialah masyarakat akan menjadi kucar kacir. Selain itu ekonomi negara akan berkembang dan membantu pertumbuhan ekonomi.
Pada pendapat saya, keburukan sifat dendam sesama manusia ialah masyarakat akan menjadi huru-hara. Selain itu ekonomi negara tidak akan berkembang dan membantutkan pertumbuhan ekonomi negara.
