wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tadbir urus negara

Total questions: 20

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara berikut merupakan definisi tadbir urus negara?

a)

Tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam pelbagai peringkat pengurusan untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan awam negara.

b)

Meliputi jentera pentadbiran yang mengurus dan melaksanakan dasar serta pentadbiran negara dalam pelbagai aspek.

c)

Tindakan yang dilaksanakan oleh golongan yang mempunyai kuasa daripada pelbagai peringkat pengurusan untuk mencapai kecemerlangan, kecekapan, persamaan, penglibatan yang menyeluruh, ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan dan pentadbiran.

d)

Meliputi proses, pengurusan dan pentadbiran dari pihak atasan dalam sesebuah pengurusan dalam kerajaan.

2.

Berikut merupakan aspek utama dalam tadbir urus negara kecuali

a)

Pengurusan

b)

Tatacara

c)

Struktur

d)

Proses

3.

Manakah antara berikut merupakan objektif tadbir urus?

a)

Menyemai dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan untuk melaksanakan dasar yang telah dimandatkan oleh kerajaan.

b)

Memastikan pengurusan perkhidmatan awam berjalan dengan lancar melalui pelaksanaan pelbagai dasar.

c)

Membolehkan rakyat menikmati sistem pengurusan yang baik dan bebas daripada masalah dalam menyelesaikan sesuatu masalah..

d)

Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam melalui dwiobjektif, pengukuhan prinsip ketelusan akauntabiliti dan peningkatan integrity pengurusan serta pentadbiran perkhidmatan awam.

4.

Yang manakah antara berikut merupakan ciri-ciri tadbir urus?

a)

Mengekalkan akauntabiliti dalam sistem penyampaian awam

b)

Memastikan ‘value for money’ dengan mengurangkan pembaziran sumber/dana.

c)

Menumpukan kepada prestasi menyampaikan perkhidmatan secara cekap dan berkesan

d)

Mematuhi undang-undang, peraturan dan piawaian yang diguna pakai.

5.

Nyatakan prinsip-prinsip utama dalam tadbir urus?

(a)  

6.

Berikut merupakan sistem dan struktur pentadbiran Persekutuan Malaysia kecuali

a)

Kerajaan negeri

b)

Kerajaan pusat

c)

Kerajaan kayangan

d)

Kerajaan tempatan

7.

Yang manakah benar tentang tadbir urus yang baik?

a)

Keputusan dibuat berdasarkan budi bicara

b)

Penambahan masa perkhidmatan di kaunter dengan kerja lebih masa

c)

Penambahan pegawai kerajaan yang mempunyai kelulusan ikhtisas dan perkhidmatan

d)

Ketelusan dalam perkongsian maklumat dan prosedur kerja

8.

Tadbir urus yang terbaik dalam sektor awam adalah berteraskan prinsip

a)

Prosedur

b)

Budi bicara

c)

Akautabiliti

d)

Keihlasan

9.

Manakah antara berikut merupakan bidang kuasa yang terletak dalam senarai persekutuan?

a)

Kewarganegaraan

b)

Keselamatan dalam negeri

c)

Hal ehwal agama Islam

d)

Bekalan air

10.

Manakah antara berikut merupakan bidang kuasa yang terletak dalam senarai negeri?

a)

Pendidikan

b)

Hari kelepasan am negeri

c)

Undang-undang dan adat istiadat bumiputera

d)

Kesihatan

11.

Manakah antara berikut merupakan bidang kuasa yang terletak dalam senarai bersama?

a)

Pelancongan

b)

Jentera Kerajaan Negeri

c)

Perancangan bandar dan kampung

d)

Biasiswa

12.

Tadbir urus yang cekap bertujuan untuk

a)

Mengekalkan karenah birokrasi dalam prosedur kerja

b)

Meningkatkan keupayaan kerajaan melaksanakan dasar

c)

Menambahkan sumber manusia berdasarkan kelayakan

d)

Melaksanakan penguatkuasaan secara budi bicara

13.

Yang manakah ciri untuk memastikan tadbir urus baik dapat dilaksanakan dengan berkesan dalam perkhidmatan awam?


I. Proses kerja yang jelas

II. Tahap keilmuan yang tinggi

III. Keputusan dibuat berdasarkan budi bicara

IV. Ketelusan dalam perkongsian maklumat dan prosedur

kerja

a)

I dan III

b)

II dan IV

c)

II dan III

d)

I dan IV

14.

Manakah antara merupakan kesan akibat Sistem Penyampaian Khidmat Awam yang lemah?

a)

Memudahkan urusan rakyat dalam perkhidmatan awam

b)

Wujudnya budaya kerja negatif yang berleluasa

c)

Meningkatkan tahap kepuasan pelanggan

d)

Menjejaskan kemasukan pelabur asing

15.

So far, soalan macamana?

a)

Sangat senang! Kacang ja

b)

Boleh tahan

c)

Susah oh

16.

• Meningkatkan keyakinan orang awam terhadap kerajaan

• Mengongsi maklumat yang jelas dengan pihak yang

berkepentingan

a)

Ketelusan

b)

Akautabiliti

c)

Pengawasan

d)

Beretika

17.

Apakah aspek utama yang diberi penekanan dalam tadbir urus terbaik?

(a)  

18.

Mengapa bidang kuasa kerajaan Persekutuan terbahagi kepada tiga kuasa bidang mengikut senarai?

a)

Untuk mengelakkan pertindihan kerja dan memudahkan perjalanan sistem pentadbiran

b)

Untuk membolehkan kerajaan menjalankan tugasnya dengan amanah

c)

Dapat menguasai dan memonopoli sistem pentadbiran negara

d)

Untuk meningkatan prestasi penyampaian Khidmat Awam

19.

Tadbir urus terbaik akan dapat memacu setiap pegawai ke arah pemantapan sistem penyampaian yang efektif dan berkesan bagi menentukan kecemerlangan

a)

Benar

b)

Salah

20.

Tadbir urus negara yang baik meliputi tatacara, struktur dan proses berurusan dengan pelbagai (a)