wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengajian Am : Kabinet, YDPA & Majlis Raja-Raja

Total questions: 50

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri?

a)

Perkapalan

b)

Pelesenan panggung wayang

c)

Buruh dan keselamatan sosial

d)

Kawalan mengenai musuh tanaman

2.

'X' bertanggungjawab memaklumkan keputusan pemilihan Yang Di Pertuan Agong kepada Parlimen. 'X' merujuk kepada?

a)

Peguam Negara

b)

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

c)

Timbalan Yang Di Pertuan Agong

d)

Peguam Negara

3.

Yang manakah yang diselaraskan dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja?

a)

Penggunaan tanah rizab orang Melayu

b)

Perubahan sempadan antara negeri-negeri

c)

Amalan atau upacara agama Islam meliputi seluruh Persekutuan

d)

Peruntukan kewangan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri

4.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang Majlis Raja-Raja?

a)

Memberi pengampunan pesalah di Mahkamah Syariah

b)

Memberi persetujuan terhadap pelantikan Perdana Menteri

c)

Memberi persetujuan terhadap pelantikan Yang Dipertua Negari

d)

Memberi persetujuan terhadap pindaan undang-undang persempadanan negeri

5.

Siapakah yang bertanggungjawab mengumumkan keputusan pemilihan Yang Di Pertuan Agong?

a)

Parlimen

b)

Majlis Raja-Raja

c)

Perdana Menteri

d)

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

6.

Yang manakah jawatan yang pelantikannya dibuat melalui perbincangan dengan Majlis Raja-Raja?

a)

Ahli Dewan Negara

b)

Ketua Audit Negara

c)

Hakim Mahkamah Syariah

d)

Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya

7.

Kabinet dianggotai oleh ;

a)

Yang Di Pertuan Agong

b)

Perdana Menteri

c)

Timbalan Perdana Menteri

d)

Timbalan Menteri

8.

Yang manakah yang benar tentang kabinet kerajaan Persekutuan?

a)

Kabinet merupakan sebuah badan pemerintah

b)

Dasar dan arahan Kabinet dilaksanakan oleh jentera pentadbiran negara

c)

Kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang juga ahli Dewan Rakyat

d)

Kabinet berfungsi mengawal Kerajaan Negeri

9.

Yang manakah benar tentang ahli Kabinet?

a)

Perlu bertindak secara kolektif

b)

Dilantik oleh Perdana Menteri

c)

Merupakan Majlis Parlimen

d)

Memegang jawatan sehingga umur 60 tahun

10.

Yang manakah benar tentang Badan Eksekutif negara?

a)

Badan Eksekutif tertinggi ialah Kabinet

b)

Ketua eksekutif ialah Perdana Menteri

c)

Kuasa eksekutif dipegang oleh Perdana Menteri

d)

Pelaksana tugas eksekutif ialah Yang Di Pertuan Agong

11.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang jawatan Perdana Menteri?

a)

Beliau ialah Ketua Negara

b)

Seorang ahli Dewan Rakyat

c)

Dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong

d)

Dipilih ke jawatan ini secara langsung oleh rakyat melalui Pilihan Raya Umum

12.

Yang manakah merupakan badan pelaksana kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan?

a)

Kabinet

b)

Parlimen

c)

Majlis Raja-Raja

d)

Yang Di Pertuan Agong

13.

Yang manakah berikut merupakan peranan Perdana Menteri?

a)

Ketua Whip

b)

Ketua Negara

c)

Ketua Kerajaan

d)

Ketua Jemaah Menteri

14.

Yang manakah tanggungjawab Menteri kepada Parlimen?

a)

Tanggungjawab secara progresif

b)

Tanggungjawab secara bersama

c)

Tanggungjawab secara inovatif

d)

Tanggungjawab secara individu

15.

Yang manakah berikut meruppakan tugas Setiausaha Jemaah Menteri?

a)

Memanggil mesyuarat Jemaah Menteri

b)

Mengadakan siding akhbar selepas mesyuarat Jemaah Menteri

c)

Memberi cadangan dan pendapat dalam mesyuarat Jemaah Menteri

d)

Menyampaikan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri kepada badan-badan pelaksana

16.

Yang manakah benar tentang Ketua Setiausaha Negara?

a)

Pengerusi Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri

b)

Setiausaha Jawatanukuasa Perancangan Pembangunan Negara

c)

Setiausaha Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM)

d)

Pengerusi Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH)

17.

Yang manakah terletak di bawah kuasa Kerajaan Negeri?

a)

Tanah

b)

Biasiswa

c)

Pertahanan

d)

Perumahan

18.

Yang manakah perkara yang terdapat dalam Senarai Bersama?

a)

Pendidikan

b)

Bekalan Air

c)

Projek Perumahan

d)

Kebudayaan dan Sukan

19.

Yang manakah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?

a)

Perkapalan

b)

Ternakan Binatang

c)

Pekerjaan Profesional

d)

Bekalan dan Perkhidmatan Air

20.

Yang manakah yang tertakluk dalam bidang kuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?

a)

Perancangan bandar dan desa

b)

Pertanian dan perhutanan

c)

Kutipan zakat dan fitrah

d)

Kesihatan awam

21.

Yang manakah ciri asas sesebuah negara?

a)

Diterajui oleh parti politik tertentu

b)

Ditadbir secara demokrasi berparlimen

c)

Diperintah oleh kerajaan yang berdaulat

d)

Diperkukuh oleh system ekonomi yang baik

22.

Yang manakah ciri konsep asas sebuah negara?

a)

Raja yang berdaulat

b)

Penduduk yang tetap

c)

Sistem ekonomi yang kukuh

d)

Sistem kerajaan yang teratur

23.

Yang manakah yang menjadikan Malaysia negara berdaulat?

a)

Penduduk yang berbilang kaum

b)

Parti politk yang memimpin negara

c)

Keupayaan mengawal hal ehwal dalam negara

d)

Perkembangan Persekutuan yang menjamin kestabilan negara

24.

Yang manakah yang menunjukkan Malaysia ialah sebuah negara berdaulat?

a)

Sistem pentadbiran yang telus

b)

Bebas daripada pengaruh dan tekanan kuasa asing

c)

Identiti kebangsaan berteraskan Rukun Negara

d)

Kepimpinan negara yang berwawasan dan berkarisma

25.

Yang manakah mengenai kerajaan Malaysia?

a)

Kerajaan Kesatuan

b)

Parlimen bercorak Westminster

c)

Perdana Menteri sebagai ketua negara

d)

Kerajaan pusat mempunyai kuasa mutlak

26.

Yang manakah pelanggaran kebebasan asasi menurut Perlembagaan Persekutuan?

a)

Encik P tidak dibenarkan memasuki negeri Sarawak

b)

Encik Q diambil tanahnya dengan bayaran pampasan yang dipersetujui

c)

Encik R dirampas hartanya kerana terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram

d)

Encik S dihalang daripada berunding dengan peguam pilihannya semasa dalam tahanan

27.

Yang manakah benar tentang Perlembagaan Persekutuan?

a)

Tidak boleh dibuat pindaan

b)

Asas kepada pembentukan kerajaan

c)

Merupakan undang-undang tertinggi

d)

Diluluskan oleh Mahkamah Persekutuan

28.

Yang manakah pindaan berikut memerlukan sokongan 2/3 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan perkenan Sultan?

a)

Penganugerahan bintang kebesaran

b)

Keistimewaan Dewan Undangan Negeri

c)

Bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri

d)

Pelantikan, pemecatan dan penurunan waris takhta Sultan

29.

Yang manakah berkaitan dengan pindaan Perlembagaan?

a)

Mendapat persetujuan 2/3 ahli Majlis Parlimen

b)

Mendapat kelulusan dari Kerajaan Negeri

c)

Mendapatkan suara majoriti dalam Parlimen

d)

Mendapatkan persetujuan selepas berunding dengan agensi pusat

30.

Yang manakah tentang Doktrin Pengasingan Kuasa?

a)

Pengasingan kuasa antara Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

b)

Pengasingan kuasa antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri

c)

Pengasingan kuasa mengikut Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama

d)

Pengasingan kuasa antara Badan Eksekutif, Badan Legislatif dan Badan Judisari

31.

Doktrin Pengasingan Kuasa diamalkan di Malaysia untuk

a)

mengelakkan penyalahgunaan kuasa

b)

rakyat terlibat sama dalam pentadbiran

c)

system demokrasi tulen dapat dilaksanakan

d)

mewujudkan pemerintahan yang terbuka untuk semua rakyat

32.

Yang manakah benar tentang Perlembagaan Persekutuan?

a)

Mengandungi perlindungan kepada Sabah dan Sarawak

b)

Menentukan konsep pembahagian kuasa

c)

Hanya boleh dipinda dengan persetujuan Majlis Raja-Raja

d)

Prosiding terhadap raja-raja hanya boleh dilakukan di Mahkamah Persekutuan

33.

Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen yang mengandungi

a)

semua undang-undang di Malaysia

b)

hak asasi rakyat bagi menjaga kepentingan mereka

c)

peraturan dan tatacara bagaimana memerintah negara

d)

perkara-perkara yang berkaitan cara hidup masyarakat majmuk

34.

Yang manakah tentang kepentingan Perlembagaan Malaysia?

a)

Sebagai asas membentuk kehidupan yang berguna

b)

Menjamin hak warganegara untuk hidup aman dan harmoni

c)

Merupakan panduan kepada kerajaan mengadakan pilihan raya

d)

Menjadi panduan rakyat untuk menentukan hala tuju hidup berpendapatan tinggi

35.

Yang manakah berkaitan dengan agama dalam Perlembagaan Persekutuan?

a)

Agama Islam merupakan agama bagi Persekutuan

b)

Kuasa mengubal undang-undang Islam merupakan kuasa Parlimen

c)

Setiap orang boleh menyebarkan ajaran agamanya kepada penganut agama lain

d)

Setiap orang boleh menubuh dan menyelenggara yayasan bagi agamanya

36.

Yang manakah cara perolehan kewarganegaraan bagi anak warganegara Malaysia yang dilahirkan di luar sempadan Malaysia?

a)

Permohonan

b)

Pendaftaran

c)

Percantuman Wilayah

d)

Kuat kuasa undang-undang

37.

Cik Shane, seorang warganegara Australia telah berkahwin dengan Encik Ramdan seorang warganegara Malaysia. Apakah jenis kewarganegaraan yang diperoleh Cik Shane?

a)

Pendaftaran selepas bermastautin selama dua tahun di Malaysia

b)

Pendaftaran sebaik sahaja permohonan kewarganegaraan dibuat

c)

Naturalisasi sebaik sahaja permohonan kewarganegaraan dibuat

d)

Kuatkuasa undang-undang selepas bermastautin selama dua tahun di Malaysia

38.

Yang manakah tidak perlu merujuk kepada Perlembagaan?

a)

Darurat

b)

Pilihan Raya

c)

Bidang kuasa mahkamah

d)

Bidang kuasa Raja atau Sultan

39.

Yang manakah jabatan terlibat dengan pengesahan kewarganegaraan seseorang anak yang dilahirkan daripada bapanya seorang pemastautin tetap?

a)

Jabatan Imigresen Malaysia

b)

Jabatan Pendaftaran Negara

c)

Jabatan Polis Diraja Malaysia

d)

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

40.

Yang manakah pernyataan yang menepati konsep ketertinggian Perlembagaan Persekutuan?

a)

Perlembagaan tidak boleh dipinda

b)

Parlimen berkuasa mentafsir peruntukan Perlembagaan Persekutuan

c)

Perlembagaan Persekutuan menjadi punca semua jenis undang-undang

d)

Mahkamah tidak berkuasa membatalkan undang-undang yang bercanggah dengah Perlembagaan Persekutuan

41.

Yang manakah tertakluk kepada kuasa budi bicara Yang Di Pertuan Agong?

a)

Memecat menteri kabinet

b)

Melantik Ketua Hakim Negara

c)

Memperkenankan pindaan Perlembagaan Persekutuan

d)

Memberikan persetujuan kepada permintaan pembubaran Parlimen

42.

Yang manakah tanggungjawab Yang Di Pertuan Agong dalam Badan Perundangan?

a)

Melantik seorang Senator

b)

Mengubal rang undang-undang

c)

Mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen

d)

Merasmikan pembukaan persidangan Dewan Rakyat

43.

Yang manakah tentang fungsi Dewan Negara?

a)

Menggubal undang-undang

b)

Membincangkan dasar-dasar kerajaan

c)

Menolak rang undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat

d)

Memulakan suatu rang undang-undang apabila Dewan Rakyat dibubarkan

44.

Yang manakah menyebabkan seseorang ahli Dewan Rakyat hilang kelayakannya sebagai Ahli Dewan?

a)

Memperoleh kewarganegaraan asing

b)

Menjalani hukuman penjara selama dua bulan

c)

Menjawat jawatan sepenuh masa dalam perkhidmatan awam

d)

Digantung daripada menyertai persidangan oleh Jawatankuasa Parlimen

45.

Tempoh hayat lima tahun Parlimen dikira daripada tarikh

a)

hari pilihan raya

b)

hari penamaan calon

c)

pembubaran Parlimen

d)

mesyuarat pertama Parlimen

46.

Yang manakah merupakan tugas Ketua Whip?

a)

Menentukan tarikh mengadakan mesyuarat

b)

Menentukan kehadiran atau menyokong sesuatu usul

c)

Memberi nasihat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat

d)

Menghantar notis untuk memulakan persidangan kepada ahli Dewan Rakyat

47.

Parlimen boleh dibubarkan lebih awal daripada tempohnya. Yang melaksanakan tugas tersebut ialah;

a)

Yang Dipertuan Agong

b)

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya

c)

Yang Dipertua Dewan Rakyat

d)

Yang Dipertua Dewan Negara

48.

Yang manakah tentang tugas Dewan Negara?

a)

Membahaskan rang undang-undang dari Dewan Rakyat

b)

Boleh menangguh rang undang-undang kewangan kurang 12 bulan

c)

Boleh memulakan semua jenis rang undang-undang yang diperuntukkan

d)

Tidak boleh meminda rang undang-undang kecuali diterima Dewan Rakyat

49.

Yang manakah benar tentang ahli Dewan Negara?

a)

Ahli Dewan Negara boleh dilantik sebagai menteri

b)

Ahli Dewan Negara memegang jawatan melebihi dua penggal

c)

Kedudukan ahli Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen

d)

Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Agong

50.

Yang manakah benar tentang Dewan Rakyat?

a)

Ahli Dewan Rakyat boleh menjadi ahli Dewan Negara?

b)

Setiausaha Dewan Rakyat mempengerusikan sidang Dewan Rakyat

c)

Yang Dipertua Dewan Rakyat mesti dipilih dalam kalangan ahli Dewan Rakyat

d)

Rang Undang-Undang Perbekalan dikemukakan dan dimulakan di Dewan Rakyat