NEW
Font size
WorksheetsKATA GANTI NAMA DIRI & TEMPAT/TUNJUK
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
“Ampun__________, bolehkah _____mengiringi mereka ke sana?” tanya Tuah kepada Sultan Mahmud Shah.
beta…hamba
baginda…hamba
yang mulia…beta
tuanku…patik
_______mesti berlatih bersungguh-sungguh jika ingin menentang_________,” kata ketua pasukan kepada sahabatnya.
awak… mereka
Anda … aku
Kita … mereka
Awak … saya
“Masalah itu patut ______ selesaikan supaya ____________ tidak merajuk lagi,” kata Ali kepada kawan-kawannya.
awak … mereka
engkau … beliau
aku … kita
kita … dia
“Ampun _______, apakah hajat ________meminta ______ datang menghadap?” sembah Bendahara Tun Perak.
baginda … tuanku … hamba
beta … baginda … hamba
tuanku … beta … patik
tuanku … tuanku … patik
_______ bertiga telah diarahkan oleh________membersihkan taman mini ini.
Kami … awak
Beta … dia
Mereka … beliau
Mu … kami
“Perbuatan ________memang tidak ________gemari,” kata Irfan kepada budak-budak itu.
anda … dia
kamu … ku
kita … beliau
awak … saya
Pen ini ________ hadiahkan kepada __________,” kata Ani kepada Ayuni.
nya … awak
kita … anda
aku … kami
ku … mu
Iqmal bermain bola sepak di padang. ________bermain bersama rakannya.
Mereka
Dia
Kami
Engkau
“Pukul berapa________akan sampai di rumah?” tanya Puan Aini kepada Hafiz.
kami
awak
mereka
kamu
Kami berikrar akan melakukan apa sahaja yang ________suruh.
kita
awak
mereka
kami
Datuk Hamidi telah meninggal dunia. Jenazah_________akan dimakamkan di kawasan perkuburan Kampung Ai.
beliau
baginda
dia
nya
“________ yang melakukan kesalahan, bukan saya,” kata lelaki itu sambil menunjuk ke arah Ah Hong.
Saya
Kami
Dia
Mereka
________ akan berangkat ke balai persidangan tidak lama lagi.
Baginda
Aku
Beta
Hamba
Murid-murid di dalam kelas itu mengutamakan kebersihan. _________ ingin belajar dalam suasana yang ceria.
Mereka
Kalian
Kita
Kamu
“________ telah dirompak oleh ________,” rintih kumpulan pelancong itu sambil menunjuk ke arah perompak yang melarikan diri.
Hamba ... dia
Kita ... nya
Kami ... mereka
Saya ... dia
Selva ialah anak angkat Encik Murugiah. Ibu bapa _______ meninggal dunia setahun yang lalu.
kami
mereka
kita
-nya
Ayah Amin sakit. Kami sudah melawat _______ di hospital semalam.
-nya
dia
mereka
beliau
Aini dan keluarga _______ telah berpindah ke Kangar sejak dua tahun yang lalu.
ia
kami
-nya
dia
Kepulangan ________ sekeluarga dari Mekah telah disambut oleh sanak-saudara dan penduduk kampung.
kita C B D
kami
saudara
ianya
Perdana Menteri telah sembuh selepas ________ diberi rawatan di hospital.
dia
baginda
kalian
beliau
“Mesin basuh yang baru tiba itu ___________?” tanya Fatihah kepada jurujual itu.
mana
apa
ini
siapa
Peristiwa ______________ masih segar dalam ingatan Pak Mihad.
ini
itu
sini
situ
Ulang tahun kemerdekaan negara kita pada tahun _____________ jatuh pada hari Jumaat.
itu
ini
sana
sini
Suriati tidak ke _______________ sepanjang cuti persekolahan yang lalu.
apa-apa
bila-bila
mana-mana
siapa-siapa
“Wakil rakyat itu akan datang ke _______________ sebentar lagi,” kata ketua kampung kepada pemuda di sebelahnya.
sana
ini
sini
itu
Para tetamu diminta duduk di ________________ tempat yang masih kosong.
mana-mana
mana
apa-apa
sesiapa
Letakkan meja dan kerusi rosak ini di _____________ bilik yang mempunyai ruang,” kata guru disiplin kepada murid – murid.
mana-mana
bila-bila
siapa-siapa
apa-apa
“Di ___________kah letaknya masjid Putrajaya?‟ tanya Encik Amri kepada lelaki itu.
mana
apa
berapa
siapa
“Awak berasal dari ______________?” tanya Umaira kepada jiran barunya.
apa
siapa
mana
bila
Jika tiada ______________ pertanyaan tentang kertas soalan, mulalah menjawab soalan itu.
mana-mana
apa-apa
bila-bila
siapa-siapa
Puisi _____________ saya tujukan untuk ibu tersayang yang telah pergi buat selama – lamanya,” kata Mira Edora.
sini
sana
itu
ini
Kedai hiasan dalaman di seberang jalan ____________ dihias sangat cantik.
itu
ini
sana
begitu
Di _____________lah berlakunya kemalangan ngeri yang menyebabkan semua penumpangnya meninggal dunia.
ini
begitu
sini
begini
Perbuatan pemuda itu mencuri barang-barang surau akan menimbulkan kemarahan penduduk di _____________.
ini
begitu
situ
demikian
Jika ada _____________ perkara yang tidak diingini, sila maklumkan segera kepada pihak polis.
apa-apa
mana-mana
bila-bila
siapa-siapa
Ketuhar ________________ lah yang dimenangi oleh Mak Siti secara percuma semasa acara cabutan nombor bertuah yang diadakan di Pasar Raya Utama.
situ
sini
ini
sana
Pilih ________________ kasut yang padan warnanya dengan baju kebaya itu.
siapa-siapa
mana-mana
bila-bila
apa-apa
________________ lah nasib yang dialami oleh Lebai Malang itu.
begini
begitu
situ
sini
________________ sajalah buah tangan yang dapat saya berikan kepada kamu.
ini
itu
sana
sini
Kita perlu berusaha gigih, rezeki ada di ______________ .
bila-bila
apa-apa
siapa-siapa
mana-mana
